Tuesday, November 30, 2010

..:: Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,,,,

Monday, November 29, 2010

KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???



Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

~ qunut nazilah~


qunut nazilah~ panjang2kan doa kita..mudah2an Allah sampaikan pertolonganNya~

:: relax sebentar ::

sentiasa jagalah hati anda walau dimana anda berada..

bestkan tajuk tu?? 
tp perlu ka tajuk sebegitu??
sebenarnya dalam belajar ni, xder istilah relax.
tp aku??
biasa lah.. hepi sebentar bila dh abis paper minor..
alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..
tp ni ada agy 3 paper..
jumaat, n sabtu ada 2 paper..
yang pastinya paper hr sabtu x baca agy..
ok.. malam ni kita pulun erk
sambil2..tuuuuuuuuuuuuuuuuuut..

td lepas jer abis exm,, sampai msj dr family angkat (pahang)..
dorg rindu sbb lama anknya ni x call..
bkn x ingat,, tp cibuk cikit..
cibuk2 pn, tepon mak ayah kt umh hari2..
kdg2 lbh dari sekali shari tepon..
biasalah, ank bongsu kn
xleh dgr suara mak ayah x sah..

sbnrnya ada benda tepon slalu tu.. tp mak still x bgtau.. hu3.. 
myb dia nk bersemuka kot.. segan la nanti.. hu3.
dhla abg3 ramai kt umh.. tp xper.. jujur jelah
dorg pn dh tau dh cikit3....
...SABAR3...

 terngiang2 di telinga.."kak, akan sem 3 kn?? course pen Islam ka???
hihihi... senyum.." xlah,, PAKK"
tersenyam adik tu... 
tp mcm knl jer...
xper lah.. xpenting pun..

bittaufiq wannajh 4 the next paper..

Sunday, November 28, 2010

Puding Strawberi



Bahan-bahan:
10 gm agar-agar serbuk
700 gm air
1 gelas gula
2 biji telur - asingkan putih dan kuningnya
1/4 tin susu cair
Sedikit pes strawberi

Cara Menyediakan:
1. Masak agar-agar bersama gula dan air hingga mendidih.
2. Bahagikan kepada dua bahagian, ketepikan.
3. Pukul putih telur hingga kembang, campurkan ke dalam satu bahagian agar-agar bersama pes strawberi, kacau rata.
4. Sediakan bekas-bekas kecil, tuangkan sedikit adunan berpes strawberi ke dalam bekas.
5. Agar-agar selebihnya dicampurkan dengan susu cair dan kuning telur. Masak hingga mendidih.
6. Tuangkan adunan ini ke dalam bekas yang berisi agar-agar berpes strawberi tadi.
7.  Sejukkan dan hias mengikut suka.
p/s : sedap weh.. saper nk tulun buat ni??

Ehem, Gambar Muslimahkah Itu?



Terkadang bila melayari facebook dan weblog rakan-rakan, saya merasa hairan melihat sesetengah facebook dan weblog muslimah yang bertudung dan yang menutup aurat; mereka tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.
Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda wahai muslimah sekalian, namun sayangnya anda terlupa bahawa gambar yang anda letak itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu yang enggan melihat wajah-wajah itu dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ia ditutup dari pandangan umum?
Muslimahku, dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya.
Dikalangan mereka, ada yang bagus; yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur yang bermaksud:
"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa Yang mereka kerjakan."
Hati Yang Sakit Bertambah Sakit.. Kasihanilah Masyarakat..
Namun, kita harus akui bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.
Muslimahku, kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih pantas; sesegera mee segera.
Alangkah malangnya andai wajah-wajah yang terpamer itu mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki. Lelaki yang mantap imannya akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda... untuk menikahi anda tidak mengapa, tetapi jika sekadar mahu memuaskan nafsu?
Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin ia juga fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi dan dengan perkongsian itu, secara tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, berhati-hatilah!
Jalan Penyelesaian?
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya.
Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Adakah memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?
Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan perkongsian atau posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar kepada rakan muslimah anda itu.
Ingat, wajah anda adalah anugerah Allah SWT.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.
Selamat bermujahadah sahabat muslimahku!

..:: bufday girl :::.

sesuai ke tajuk ni?? sesuai kot.. hi3.. hari2 bufday girl..
hari ni bknnya bufday saper2 pun.. cma 2, 3 hari lepas ada la salah srang housemate ku punya bufday..
masa hr kejadian tu kami dh mam kek..
tp hrni nk celebrate agy..
tp yang bestnya bufday girl yang masak..
macam2 dia masak..
ada tomyam, ikan kering, telur goreng, masak sardin, n sorg ahli tu masak bubur jagung,
cz dia mengidam nk mam bubur jagung.
bkn stakat mkanan tu jer ada, tp jajan2, gula2, kepok2,, suma ada..
pelengkap selera lah katakan erk.. hi3
kami memg berkelah r td.. penuh umh ni.. ramai sgt3..
best gak mam ramai2 ni.. hi2
kami kekenyangan hr ni.. masak nasik pun berlebihan..
tp xper.. nanti mkn plak kan4..
goreng pg esk pn bleh..
hepi2 hr ni, walhal esk ada paper ni.. ayoookk..
baca yok..

...Hukum Menggugurkan Kandungan Masalah...




Drama TV3 semalam bertajuk "Penggali" mengisahkan seorang adik perempuan yang mengandung dari perbuatan zina dengan beberapa orang teman lelakinya yang ingin mengugurkan kandungan. Atas nasihat abang melarang si adik dari melakukan dosa besar selepas melakukan dosa zina sebelum itu. 

Dari kisah si ayah yang hidup mewah dengan hasil duit rompakan dari syarikat keselamatan menunjukkan kepada kita bahawa sumber duit haram itu tidak diberkati dan kesannya keatas sesebuah keluarga itu tidak akan mendapat kebahagiaan dan selalu dirundung masalah. Jadi terfikir pagi ini untuk membuat tajuk berkenaan hukum mengugurkan anak dalam kandungan.

Jika ada wanita hamil, dan pada kehamilan awal (sekitar 2-3 bulan) lalu di ramalkan oleh doktor bahawa bayi itu mengalami penyakit, dan akan membahayakan ibu dan bayi jika dipaksakan untuk hamil, lalu doktor menyarankan untuk digugurkan kandungannya.

Bagaimanakah hukumnya dalam Islam, apakah diperbolehkan untuk di gugurkan?

1. Apabila pengguguran kandungan itu dilakukan setelah diitupkannya roh atau setelah 120 hari, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah saw bersabda,

”Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya diperut ibunya selama empat puluh hari berupa nuthfah (air mani), lalu menjadi ‘alaqah (segumpal darah) selama itu pula, lalu menjadi mudhghoh (segumpal daging) selama itu pula kemudian Allah mengutus malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya..” 

Maka tidak ada perbezaaan dikalangan para ulama' akan pengharaman pengguguran kerana perbuatan itu termasuk membunuh jiwa dengan cara yang tidak dibenarkan.

2. Apabila pengguguran kandungan dilakukan sebelum ditiupkan roh maka terjadi perbezaaan pendapat dikalangan para ulama':

a. Sebahagian ulama' mazhab Hanafi berpendapat bahawa pengguguran kandungan dibolehkan sebelum terbentuknya makhluk, sama seperti pendapat para ulama' Hambali yang membolehkannya sebelum persis empat puluh hari.

b. Pendapat para ulama' Hanafi sebenarnya adalah membolehkan jika terdapat uzur.

c. Para ulama mazhab Maliki berpendapat bahawa pengguguran kandungan sebelum usia empat puluh hari adalah makruh.

d. Sedangkan pendapat yang dipegang oleh para ulama mazhab Maliki, ini juga merupakan pendapat para ulama Syafi’i dan Hambali adalah diharamkan.

Terkait dengan permasalahan ini maka tidak dibolehkan (haram) menggugurkan kandungan meskipun usia kandungan baru berusia 2 – 3 bulan (sebelum ditiupkan ruh) kerana perbuatan tersebut termasuk kedalam merosak keturunan sebagaimana firman Allah swt :

Ertinya: “Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan keturunan, dan Allah tidak menyukai kebinasaan.” (Surah. Al Baqaroh: 205)

Namun demikian para ulama' membolehkan pengguguran kandungan sebelum masa ditiupkan roh apabila diketahui bahawa janin yang dikandung itu telah meninggal didalam perut ibunya atau akan membahayakan kehidupan si ibu jika kehamilannya dilanjutkan berdasarkan ketetapan para doktor yang dipercayai.

masa untuk menghafal

apa nak buat??
menghafal??
malam ni xleh tido
sbb nk habiskan menghafal ni..
adooi
dh lama tinggal hafalan2 ni..
harap2 n doa2 moga senang nk ingat n susah nk lupa
hu3..
harapan besar tu..
tp hingga saat ni x hafal lagi
men2 lg
so bila nk start??
kul 2??
kul 3??
kul 4??


esk??
lusa dh ader paper..
mana sempat..
shuhada.. masa itu emas
sedar sikit..
kawan2.. jom tolong saya menghafal ni..
pleaseeeeeeeeeeeee
tolonglaaa
:( :( :( 
nk minum nesc 5 + 1 yang kcip ftmah punya utk x bg mgntuk..
takut plak sbb nanti pening kpala..
xper la..
insyaallah xtido mlm ni..
qiam sambil2..
rajin konon..
hi3..
k lah..
no blog for today..
but ym still on..
biasalah..
chatting memang xleh tinggal..
hrmm..
jauh kaaaaaaaannnnnnn
gud luck ya shuhada..
 A for LINGUISTIK AM BAHASA ARAB..
amiiiin.
insyaallah..

p/s : jangan malas2..

Saturday, November 27, 2010

~~ alhamdulillah utk 2nd paper...

syukur yaAllah kerana memberiku peluang utk menempuh exam hrni iaitu paper ke2..
hepi sesangat bila 2 paper dh beres..
jz ada lg 4 peper..( walaupun ada sesetengah orang dh merdeka )huhuhu
balik jer exam td, dlm kul 4.30..
pas solat asar kt PC.. kami pn balik ke kampus..
xbalik K-HAR terus sbb nk pegi ngn pekan (pasar malam) nek bas konon2nya laa
sampai jer kampus,, satu habuk bas ke pekan xdok,,
so ambik langkah pendek.. yok jalan kaki..
sambil2 excersice r.. hi3.. suma kn on diet.. so, suma setuju jalan kaki..
lalu kot jejantas..
sampai jer pekan, ujan renyai2 turun..
sbnrnya xtau ap pn nk beli kt pekan..
tp tabiat sbb dh lama xp pekan.. hu3..
syok3 jalan.. ujan makin lebat.. aku bawak payung,, tp biasa lah, malas nk bukak.. so buat bodoh jelah,..
redah ujan.. lama2 xtahan wei..
nek lencun dah..
terpaksalah bukak payung..
( sama jer berpayung ngn x,,lencun jugak )
tpok cikit r..
memang keseksian terserlah r time tu.. sejuk pn ada.. dhla dalam dewan exam tp pn sejuk ketor..
macam dk overc pn ada..
lari kadaan plak..
habis lencun kami
pastu xkesah dah, balik kolej ngn basah lencun..
tp kami bli banyak gak r td,..
balik terus mandi,, nanti dmm kalau x manci cz kna ujan.. hu3
lepas mandi makan..perut dh sakit sbb 2 hari xmakan..
( tau kt kg kna marah teruk ni)
maafkan ore erk.. bkn xnk mkn, tp malas nk turun bli makanan. hi3..
ok.. coming sooon..

Khas Boo What Sahabat2ku



Pertemuan telah ditakdirkan
Antara kita tidak pernah dirancangkan
Manalah takdir hendak dilawan
Semuanya ketentuan Tuhan
Wahai sahabat sematkan semua kenangan
Yang telah bersama-sama  kita lalui
Suka dan duka memburu impian
Moga teguhnya ikatan ini
Sahabat yang amat ku kasihi
Susah senang kau disampingku
Kehadiran dikau disisi
Mengubat sepi dihatiku
Wahai sahabat sematkan semua kenangan
Yang telah bersama-sama kita lalui
Suka dan duka memburu impian
Moga teguhnya ikatan ini
Sahabat yang amat ku cintai
Susah senang kau disampingku
Kehadiran dikau dimata
Namun kau tetap dihatiku


Oooohooooo
Sahabat bertuahnya ku rasa
Mendapat teman sepertimu
Membimbing menasihatiku
Hanya satu dalam beribu
Oooooohoooooooo
Sahabat yang amat ku cintai
Susah senang kau disampingku
Walau kini  hilang dimata
Namun kau tetap dihatiku
Namun kini hanyalah tinggal kenangan
Pertemuan kita dilaman perpisahan
Kemesraan memekar diakhir perkenalan
Sayu menitiskan air mataku

p/s : istimewa ana nukilankan lagu ini buat Nur Diyana Saat, Marhamah Abu Zahar, Nurul Nabihah Ismail, Fatin Ahmad Nordin, Saidah Nafisah Manshor, Zaleha Mamat, Suriana Mohd Razali dan Nur Shafiqah Mokhtar


Friday, November 26, 2010

Ciri-ciri pemimpin Islam


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
“Setiap kamu adalah gembala (pemimpin), dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap rakyatnya” Hadis riwayat al-Bukhari
berdasarkan hadis diatas, sebenarnya memberi gambaran kepada kita, Rasulullah s.a.w mengingatkan kepada kita bahawasanya setiap daripada kita adalah pemimpin, dan pasti akan dipertanggungjawab dan dipersoalkan oleh Alah s.w.t diakhirat kelak tentang apa yang telah kita pimpin. Tidak kira sama apa yang kita pimpin adalah sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara atau peringkat.
Untuk menjadi pemimpin Islam yang cemerlang dan diredhoi Allah s.w.t, kita mestilah menerapkan diri kita dengan akhlaq-akhlaq berikut :
1 - Ikhlas kerana Allah s.w.t - hendaklah sentiasa bersihkan diri daripada sifat riya’, ‘ujub, cintakan pangkat dan mengharapkan sanjungan.
2 -Fikiran cergas, bijaksana, memperluas pengalaman dan pengetahuan, cepat memahami masalah, tidak pelupa, tidak buntu fikiran waktu marah dan gawat.
3 - Tenang, tidak pemarah, bertimbang rasa dan pengasih.
4 - Lemah lembut.
“Bahawasanya Allah itu lemah-lembut, sukakan kepada lemah-lembut, dan memberi melalui lemah lembut apa yang tidak memberi melalui kekerasan dan melalui apa jua selain daripadanya”
5- Berani, tidak penakut, tidak gopoh dan bermaruah. Sebaik-baik berani ialah yang berterus terang pada hak dan menyembunyikan rahsia, mengakui kesalahan dan insaf pada diri sendiri.
6- Bercakap benar dalam semua keadaan.
“cukuplah seorang itu berbohnong apabila ia bercerita dengan semua yang dia dengar”
7 - Tawadu’ dan merendah diri terhadap orang-orang mu’min.
“Dan rendahkanlah diri kamu kepada pengikut-pengikut kamu dan kepada orang yang-orang mukmin” (As-Syura : 215)
“….merendah diri kepada orang beriman dan memuliakan diri terhadap orang-orang kafir…”
(al-Maidah : 54)
8 - bersifat pemaaf, menyembunyikan kemarahan dan berbuat baik kepada pesalah.
“…..dan orang-orang yang menyembunyikan kemarahannya dan memafkan kesalahan-kesalahan manusia dan Allah sukakan kepada orang yang bersifat ihsan dan memberi maaf”
(ali-Imran : 134)
9 - Tunai janji. sifat terpuji yang menjadi ukuran kepada kejujurannya, yang membuahkan keceriaan orang ramai dan pengikut disamping mnimbulkan kerjasama dan puas hati. Sebaliknya jika tidak menepati janji akan menimbulkan syak wasangka dan kecuaian dan kehampaan pengikut.
10 - Sabar yang tinggi
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan pertahankanlah dengan kesabaran dan tetaplah dipengkalan dan bertaqwalah kepada Allah mudah-mudahan kamu berjaya” (Ali-Imran :200)
“Wahai orang-orang beriman minta pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat, bahawasanya Alah bersama orang yang sabar”
(al-Baqarah : 153)
11- Bersih daripada menjaga kepentingan diri dan bersifat murah hati
12 - wara’ dan Zuhud
13 - Bersifat adil dan Insaf
14- Menjaga agama dan batas-batasnya
15- Memelihara perpaduan
16 - Tegas dan sentiasa bertawakal kepada Allah s.w.t
17 - Bersederhana dan berpatutan dalam urusan mahupun membuat keputusan
18 - Tetap diatas kebenaran
19 - Jauh daripada bangga dengan kejayaan dan tidak memuji diri
20 - Sentiasa berwaspada. mampu menyelamatkan sesorang daripada perasaan kurang yakin dan terlalu yakin.
….dan banyak lagi akhlaq-akhlaq lain (tidak disebut disini) yang patut ada pada diri sesorang yang bergelar pemimpin. seperti sntiasa bermanis muka, menjauhi perbuatan bidaah dan syubhah, menjaga perbuatan atau amalan sunnat dan sebagainya.
Ianya bagi memastikan sesiapa sahaja yang kita pimpin termasuklah diri kita sendiri mendapat Rahmat dan Keberkatan daripada Allah s.w.t. Kerana boleh jadi, kesan daripada akhlaq-akhlaq ini kita abaikan, menyebabkan kebencanaan dan keroasakan berlaku pada diri kita dan pada pengikut-pengikut kita,kerana ianya mungkin adalah kafarah daripada Allah s.w.t atas kesalahan atau dosa-dosa yang telah kita lakukan kita. wallahualam.
Rujukan :’Amal Jama’i (pengertian dan tuntutannya) Ust Hj Yahya Othman

Thursday, November 25, 2010

..apa dh jadik???

apa dh jadik??
terkejut gak ni..
huhuhu..
marah??? hepi???
nth.. bercampur baur..

kawan siap cakap agy..
syu ni.. muka relex ler.. xmarah ker???
nk marah macamana.. benda dh jadik.. biar jelah..
xkesah pun..

ok jer..
lepastu tengok plak kotaknya..
ops... baru lah terasa panas.. kotaknya habis kena minyak..
huhuhu..
nampak sangan x jaga...
aku mgadu kt kawan..
"susahla nk simpan, nanti semut sbb ada minyak,pastu masuk lam wayar, pastu semua rosak"
hu3.. sedihhh...
sedih sangat3..
xgtau mak agy ni... 

aku ni, kalau bleh pinjam barang orang ni, lagi lah kita nk jaga
lebih dr barang sendiri..
sbb takut apa2 jadi..
hu2..

xper lah..
REDHA jer..



apa ni??

apa2 pun, syukur Ya Allah kerana engkau telah kurniakan kesabaran yang tinggi kepada ku dan engkau kurniakan hati yang tenang kepadaku.. amiin.. semoga ianya berkekalan hingga keakhir hayatku..walau dalam apa jua keadaan, aku tetap tenang menghadapinya..