Sunday, February 27, 2011

::: Jangan Takut Kahwin Awal :::




Bagaimana  seorang pelajar tahun akhir universiti yang  hampir bunuh diri kerana  depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah  kehidupannya 180  darjah menjadikannya insan yang paling bahagia  di muka bumi ini dengan perkahwinan  di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari  hati dan mata pena beliau.

*****
 ini satu cerita saya terbaca dalam satu artikel.... sblm tu, pesanan kepada semua, janganlah membebankan kaum muslimin sekiranya anda ingin berkahwin... sbb tu skarang ramai muslimin takut untuk berkahwin.... 
Saya  berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami  saya  berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa?   Pasir?"

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya  pernah  teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari  tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun,  saya  ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur,  saya  hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar  kehadiran suami saya yang sudah 4  tahun menunggu peluang. Pada mulanya,  saya ingat sekadar 'cinta  rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan  dan bercintan, suami saya  melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya  ingat satu gurauan. Akhirnya  si dia berani hubungi ayah saya dan minta  izin untuk berkahwin kerana  takut kehilangan saya lagi.

Ayah  saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat  ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2  bulan  untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan  saya  sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami   berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran,   tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti  ingin berikan segala yang terbaik untuk  bakal isteri anda.

Dan, kalau  anda perempuan seperti saya, semestinya  inginkan hantaran yang tinggi  (lulusan ijazah sekarang, hantaran  RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya  bukan jual diri, saya tidak  perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri  sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah  kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan  lulusan ijazah, saya ada tulang 4  kerat, dan saya boleh berusaha,  kenapa perlu mengharap dengan lelaki?  Suami bukan untuk dibebani, tapi  untuk disenangi. Isteri bukan untuk  dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos  kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran,  majlis,  belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan  masih  ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat  majlis  di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal  untuk  katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan  peralatan.  Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul  depan  orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."

"Isk, buat malu  belajar  tinggi-tinggi, tak dapat hantaran." 

Hai, ni mentaliti Barat.  Bagi yang  beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas  kahwin yang  penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan  untuk anak  pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin  bukan murah.  Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada  RM400-500. Tapi di  hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat  tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di  pasar? Harga lampin pakai  buang? Dan sekarang, anda masih terfikir  pelamin itu penting? Ini tak  kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.  Pening!!

Jadi jangan bebankan  diri anda dengan majlis perkahwinan yang  membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar  dengan suami tanpa rasa takut dan  malu, disentuh lelaki bukan mahram.  Dan suami saya tidak perlu takut  saya diambil lelaki lain seperti dahulu.  Apa semua yang pasangan bercinta  lakukan, kini kami lakukan dengan  halal. Dan kami boleh lakukan lebih  dari itu, dengan halal. Tidak perlu  risau. Kami aman dan bahagia. Saya  dan suami masih bercinta. Masih  belajar mengenal sesama sendiri. Dan  percayalah, tak guna bercinta  lama-lama. 

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk  anda. Saya dan  suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya  mampu tanggung  hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa  menyusahkan suami?  Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi  pelajar perubatan,  anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan  yang cemerlang. Saya  tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur  cintakan suami saya. Saya  tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa  senang dengan saya. 

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang  ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami  anda. Dan  bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima  kekurangan dan  kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian,  perbezaan itu  melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga  anda semua merasa tenang dan bahagia. 

- Artikel iluvislam.com 

Nota : Perkongsian di atas merupakan satu contoh bahawa perkahwinan di usia muda merupakan satu pilihan atau [I]option[/I] yang ada bagi masyarakat kita. Walaubagaimanapun, keputusan mendirikan rumah tangga perlu dibuat dengan hikmah bergantung kepada keadaan pasangan masing-masing kerana kehidupan selepas bernikah adalah cabaran sebenar dan pastinya kita inginkan rumah tangga yang berkekalan sehingga akhir hayat.

"Dan  antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa  Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada  jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA  dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH  SAYANG dan BELAS KASIHAN." ([B]Surah Ar-Rum, 21[/B])

** kalau ana pula mcamana??? 23 vs 25.. ok dah kan.. hik4... insyaallah kami akan adakan sesederhana yang mungkin... sekadar memenuhi syariat.. bukannya adat...
* kepada kawan2, sekiranya keadaan ini terjadi, ana meminta maaf kepada kalian... jangan berkecil hati yer.. :) 
* pasang telinga, jangan pasang mulut... 

Thursday, February 24, 2011

Soalan maut dari Paderi!


awal kalam, bismillahirrahmanirrahim..
hari ini, ana ada terbaca satu post yang telah di postkan oleh sahabat dalam fb.. mula2 terbaca note ni, ana rasa diri ini amat kerdil kerana jahil tentang semuanya...soo.. terasa nk share disini,, mungkin sebagai rujukan untuk kita... 

Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.
Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."
Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya.Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.
Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "
Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"
Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."
"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"
"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"
"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.
- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"
mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "
Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "
Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
(Di petik dan disusun dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah )

p/s : masih memerlukan ilmu dan pengetahuan yang banyak...

Tuesday, February 22, 2011

"BILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUKNYA"


♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥  

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak
cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan
*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?? *

semoga bermanfa'at

Oleh:Admin Muslimah sholehah Andhika Al-Banjari Mtp

 Ambil Hikmah sebuah Pengalaman

Dipersilahkan bagi yang ingin share or copas,
semuanya milik bersama

✿ Prinsip ABC ✿

✩ A mbil yang baik
✩ B uang yang buruk
✩ C iptakan yang baru

Keep Istiqomah wa HAMASAH

Monday, February 21, 2011

.:: keputusan pilihanraya :::;



6.00 petang - 21/2/2011
-berada di BEL8 kerana menghadiri kelas maharat Al-Kitabah,
-Ustaz memberikan result test last week-Alhamdulillah
-sedih kerana xdapat bersama2 di SITC tempat pengiraan undi


6.45 petang 
-sedang khusyuk menelaah pelajaran, grrrrr,grrrrrrrr,
( vibrate hs berbunyi- ada mesej masuk la tuuu )
-nyorok2 bukak mesej dari akhawat....( Alhamdulillah,, kita menang ,, TAKBIR!!! )
-mulut dah tersengih dengan sendirinya, xingat ustaz masih berada di dalam kelas...(ops.. minta maaf ustaz) :)
-xsabar nk tunggu detik2 akhir... kelas tamat jam 7.10petang..
-cepat2 keluar kelas tepon mak kt kg,,, mengkhabarkan tentang berita gembira ini..
ALAHAMDULILLAH.... boleh sujud syukur ni..- insyaallah-


semoga dengan perjuangan MAHASISWA PENDIDIK yang digelar jihadist muda akan lebih gemilang..INSYAALLAH..


tahniah..!! perjuangkan hak mahasiswa..
ape yg pntg jalankan tggjwb yg diamanahkan dgn sebaiknya..
alhamdulillah..tepat pilihan kami..semOga pegang dgn kte2 yg selalu disuarakan..'jaga rohaninya, jaga sosialnya n jaga tugasnya'

..:: demam pilihanraya kampus ::

bismillahirrahmanirrahim...
syukur kehadrat illahi, kerana dengan limpah kurnianya dapat ana meneruskan kudrat ana untuk menulis dalam blog kesayanganku ini...
semua org tahu, skarangt, musim pilihanraya kampus bagi pemilihan MPP baru..
alhamdulillah, hari ini, semua orang membuang undi di tempat2 yang telah ditetapkan,..

ana xnak bercakap panjang, cuma ana nak kongsi2 sedikit dengan semua, n myb sbagai ingatan buat ana nanti..
semalam adalah malam terakhir untuk berkempen..
ana ni memang jenis excited r...
biasalah, dh cukup umur untuk mengundi..

memang GAMAT kes semalam,, 
saper yang tengok ana, memang tau mcamana ana masa tu..
sama2 bersama calon2 dalam perarakan (MP)
sama2 melaungkan TAKBIR..
sama2 beristighfar, 

HIDUP HIDUP, MAHASISWA,
BANGKIT BANGKIT, MAHASISWA
HANCUR HANCUR, KEZALIMAN
TAKBIR!!!ALLAHUAKBAR..
HIDUP ISLAM!!!

memang suasana politik betul tu ada..
majlis tamat dalam jam 1pagi..
tp masing2 mata xmengantuk langsung..

insyaallah, MP dapat memegang / menyandang MPP bagi tahun ini.. 
ini doa semua..amin..
tahniah jugak buat sahabat kt UPM
krn telah menjadi calon bagi Pro-M...

disini, ana nk kongsi sedikit gambar2 yang ana ambil..
videonya banyak, tp malas ah nk upload..:)


suasana semasa konvoi MP tiba di tempat berkumpul...
TAKBIR!!
allahuakbar


gelombang kuning mahasiswa pendidik..


saper kenal budak ni???
semangat x???..bkn hanya menyokong luaran, tetapi insyaallah akan
terus mengekalkan perjuangan..
amiin..
naper xpakai baju kuning (MP) dik???
xsempat nk beli lah..hik4..



mendengan amanat terakhir drp ZAHAR


pelepasan belon setelah tamatnya kempen semalam..


pic ni di snap hrni.. sblm poster2 semuanya ditanggalkan..

nota : xsabarnya nak menunggu bulan 6 ini...:) i like n i love it..
saranghae..

BERMULA DARI SMALAM JUGA, ANA TERASA SEDIH..KNP???krn hrmm.. hanya mereka yang terlibat sahaja mengetahuinya...
terkilan sangat3... langsung xbgtau apa2 berita pun.. tup2 dengar ..........
slama ni analah yang slalu *******,, hal ni.. tp hrmmm..
hrmm.xperlah... nk wt macamana, bukan rezeki..mungkin ada hikmah..
MINTAK MAAF semua, mungkin perubahan saya pd hr ini n akan datang, ada kaitnya dengan hal itu...
:)

Friday, February 18, 2011

DUHAI PUJAAN HATIKU_KU IKHLAS MENCINTAIMU & KU INGIN MENIKAHIMU



ஜ۩۞۩ஜஜ۩۞۩ஜஜ۩۞۩ஜஜ۩۞۩ஜ


DUHAI PUJAAN HATIKU - Ku Mencintaimu Dalam Diam, Dari Kejauhan, Dengan Kesederhanaan Dan Keikhlasan




Aku takkan lelah menunggu
Hingga waktu ajal menjemputku
Takkan pernah ada sesalku untuk menunggumu



Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti aku berbaring
Sampai mati aku akan tetap menunggumu



Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu



Ku ingin kau tahu tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku sampai mati



Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti aku berbaring
Sampai mati aku akan tetap akan tetap menunggumu

ஜ۩۞۩ஜஜ۩۞۩ஜஜ۩۞۩ஜஜ۩۞۩ஜ

nk knl kami???

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

ni masa habis kelas membaca.. kami2 tetiba nk bergambar semuanya..
memandangkan semua ahli cukup, so,..
trik sorang utk tolong snapkan pic utk kami..
SYUKRAN buat AZI..


ana terpaksalah me"RENDAH"kan diri ni.. nanti org blakang xnampak plak..


tgk ni..masing2 dh nk buat jahat..

ukhwah fillah, abadan abada...

Thursday, February 17, 2011

Satu kad satu saat tiga kali sehari


Foto


PADA usia 17 bulan, kanak-kanak ini sudah boleh membaca dan menyebut perkataan dengan lancar. Malah, lebih menakjubkan apabila dia mula mengenal huruf pada kad imbasan menjelang usia enam bulan. Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi kanak-kanak seusianya.
Malah, ketika berkunjung ke Genius Baby On Board yang terletak di Puchong, Selangor, Rania Qarissa Rizal Saiful Rizal, 3, sama seperti kanak-kanak lain, namun kesukaan pada bahan bacaan amat terserlah apabila sepanjang masa dia memegang buku, kad imbasan atau berdamping dengan komputer peribadi. Kini, dia juga mula mendalami bahasa Arab dan Cina hanya berpandu kepada cakera padat di bawah pengawasan ibunya, Norhidawati Abdul Aziz, 30MENONTON CAKERA PADAT...masa dua beradik ini banyak dihabiskan di hadapan televisyen dengan bantuan ibu mereka.

BIJAK...Qarissa bersama adiknya Quzayra tekun membaca kad imbasan.

Menurut Norhidawati atau mesra dipanggil Watie, apa yang berlaku kepada Qarissa bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini kerana semua bayi dan kanak-kanak adalah bijak dan mereka mampu melakukan apa saja sekiranya mendapat rangsangan yang betul daripada ibu bapa. 

Apa yang penting, ibu bapa harus mendapatkan ilmu terlebih dulu mengenai kepentingan memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak sejak dilahirkan dan sehingga pembesaran mereka.




Ibu kepada dua cahaya mata comel ini memberitahu, keterujaannya untuk melihat anaknya membaca pada usia awal kerana rasa tercabar apabila menonton video kanak-kanak di luar negara yang mampu membaca pada usia enam bulan. Sejak itu, dia sanggup melakukan apa saja demi melihat anaknya mampu membaca pada awal usia.




“Perkara pertama dilakukan ialah dengan membeli kad imbasan lalu menunjukkan pada Qarissa menggunakan teknik satu kad satu saat sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam. Sepanjang melakukan aktiviti itu, Qarissa tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun saya tetap meneruskannya dan tidak berputus asa. 

“Menjelang hari keempat, Qarissa mula menangis kerana ingin memegang kad, namun saya tidak membenarkannya dan tetap menunjukkan kepadanya,” ujarnya yang mengakui apabila anak mula menyukainya, itulah masa sesuai untuk membentuk minat membaca kepada anak-anak. 

Kesukaran mencari produk sesuai untuk bayi terutama dalam konteks pengajaran di Malaysia, memberi cabaran kepada Watie, namun dia bernasib baik kerana pada usia Qarissa 11 bulan, dia terjumpa laman sesawang Little Reader ketika sedang melayari Internet lantas dia menggunakan peluang yang ada untuk mengajar Qarissa dengan berpandukan kepada laman sesawang itu.

“Menariknya, proses pembelajaran menerusi Little Reader tidak membosankan dan menyeronokkan kerana semua aktiviti dilakukan menerusi gambar dan muzik serta kaedah bermain. Jadi anak-anak tidak berasa tertekan kerana pengajaran dilakukan seperti mana bermain. 

“Lebih penting anak anda mampu membaca dalam tempoh yang singkat. Namun, semuanya terpulang kepada ibu bapa bagaimana mereka berkeinginan membentuk anak mereka,” katanya.

Sepanjang tempoh itu Watie mengajar anaknya tanpa jemu, walaupun ada masanya Qarissa tidak menunjukkan minat dan membiarkan saja. Namun, Watie tidak berputus asa kerana dia percaya bagi mendapat hasilnya bukanlah dalam tempoh singkat walaupun perlu mengajar sehing�ga 100 atau 1,000 kali sekalipun dia yakin Qarissa akan menunjukkan perubahannya. 

Memang benar ada kalanya apabila rasa tidak yakin, Qarissa terus saja menunjukkan perubahan positif sehingga pada suatu hari Qarissa boleh membaca dengan lancar setiap baris ayat dan inilah saat paling meng�gembirakan bagi Watie. Baginya, kebolehan ditunjukkan anaknya itu membuktikan semua bayi adalah genius. 

“Saya selalu tidak yakin dengan kemampuan Qarissa, tetapi apabila dia menunjukkan perubahan di luar jangkaan menyebabkan saya percaya ibu bapa harus menanam rasa percaya dengan kebolehan anak-anak. Jangan berprasang�ka anak tidak bijak dan tidak boleh melakukannya,” katanya.

Dia sering merangsang otak kanan anaknya dengan perasaan kasih sayang manakala pada waktu malam menggunakan teknik sheseida iaitu bercakap dengan anak ketika anak sedang tidur bagi merangsang otak kiri mereka. 

Selepas kelahiran anak kedua Rania Quzayra, Watie terus berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya, malah dia tidak menunggu masa yang lama untuk merangsang otak Quzayra. 

Pada usia lima bulan, dia terus menggunakan cara yang sama seperti mana diberikan kepada Qarissa dan semakin percaya yang semua bayi adalah bijak. Quzayra dilahirkan tanpa tulang pada tangan kanan bermula daripada pergelangan sehingga jari dan hanya daging semata-mata yang membentuk tangan dan jari. 

Walaupun mempunyai ruas, jarinya tidak dapat dibuka, ditutup mahupun digerakkan seperti kebiasaannya. Istimewanya juga kerana tangan itu boleh dilentur ke mana saja tanpa rasa sakit. 

Menurut Watie, kelahiran Quzayra cuma satu antara 32,000 kelahiran dan sebagai kanak-kanak istimewa berpenyakit symbrachydactyly, dia mahu membuktikan Quzayra mampu seperti mana kanak-kanak lain. 

“Saya dapat rasakan yang sesungguhnya kelahiran Quzayra adalah untuk membuka mata saya dan suami terhadap keagungan ciptaan Allah dan menyebarkan setiap inci maklumat menerusi penglihatan, perasaan dan proses menerusi deria mata dan otak, seterusnya berkongsi dengan masyarakat melalui penulisan di alam maya. 

“Ini bertujuan supaya masyarakat sedar betapa Allah SWT menciptakan setiap makhluknya itu sempurna dan kesempurnaan itu terlalu subjektif, terpulang kepada kita sendiri untuk melihatnya dalam bentuk yang berbeza,” ujarnya.

Kini, Quzayra yang dilahirkan pada 7 April 2010 menga�gumkan ibunya dengan kebijaksanaannya. Quzayra memanipulasikan kekurangan dirinya dengan begitu baik sehingga tidak nampak kekurangannya. 

Contohnya, walaupun memiliki tapak tangan kanan kecil dan lembut, dia bertepuk tangan menggunakan pergelangan tangan yang bertulang dan bukannya tapak tangan. Ini kerana sekiranya bertepuk tapak menggunakan tangan pasti tidak akan berbunyi berbanding lengan bertulang. 

“Sebagai ibu saya berharap apa yang berlaku kepada Quzay�ra akan memberikan motivasi kepada ibu bapa yang memiliki anak istimewa supaya percaya dengan kebolehan anak-anak bagaimana sekalipun keadaan mereka. 

“Tanamkan dalam diri yang anak kita boleh, bijak dan pandai, malah anak kita genius untuk melakukan apa yang kita tidak sangka dan dia boleh melakukannya. 

“Tanamkan dalam minda yang kita teruja untuk melihat setiap inci perkembangan terbaru anak dan yakin mereka akan menun�jukkan kehebatan mereka,” katanya.

Tambah Watie, apabila ibu bapa berada dalam minda positif, aura positif akan terpancar dan sentiasa mengelilingi diri mereka setiap masa. Ini sangat baik untuk perkembangan mental atau fizikal anak.