Tuesday, April 26, 2011

..Syukuur,, Alhamdulillah Ya Allah.

awal kalam, bismillahirrahmanirrahim..
dh lama ana x mencoretkan serba sedikit disini (ayat skema)

kalau tgkkn tajuk entry ni, mesti kalian tertanya2 knp ya..
hi2..
xder apa puun...
biasa bg student utk study las2 minit..kn3..
hrni 26/4/11~2.30 ptg, PC20(28).. paper minor(almadkhal ila al nahw al'arabi)

nk djadikan cerita.. smalam 25/4/11...
awal2 pg agy niat dihati nk study..
but.. somthing berlaku..
niat dihati nk cuba utk tahan.. tp xmampu... 
so terpaksa msj kawan suh hantarkan ke klinik..(nk pergi sndiri mmg xboleh nk jalan dh)

dr klinik NABILAH-HOSPITAL SLIM RIVER
(1st time kna cucuk n masukkan air-sakit weii)
3jam stgh dlm  hospital,, buat penukaran ke hospital KB(memandangkan cuti pnjang)
satu hari tu mmg xleh nk stdy.. 
malam2 nya buat hal lagi.. setiap 5-6 jam, mesti makan ****..
redha jer apa nak berlaku hrni bila exam.. 
tp alhamdulillah..
syukur sangat2..
semuanya dapat jawab dengan yakin...


SYUKUR ALHAMDULILLAH

THANKS USTAZ, THANKS SAHABAT2...
xlupa juga kpd mek, ayah, kakak, abang2,, yang x putus2 tepon saya ni... hu3..
trima motivasi pn banyak.. terima jelaaahhh..

thaanks jugak ***,, sanggup call dari jauh... 

C'MAR-PEMBAWA HARTA2 SAYA
C'MOQ-DRIVER KAMI
C'LEY-PENEMAN..


c'da n c'tin (peneman ke klinik nabilah )
k.nana- pelawat malam
c'moq-nurse sambilan sambil2 check ubat...
alamak, xmakan agy ni..


ANIS SAKINAH-SYUKRAN KERETA ANDA

Sunday, April 24, 2011

lukisan alam~hijjaz


Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar… hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang… awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengaharpkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam… taburkanlah baktimu
Dalam tenang… buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu

~layan nasyid~

Friday, April 22, 2011

2nd paper MAJOR...PC09


ayunya awak.. nk ngorat bleh??







ish7.. berebut2 nih,,, sabarlah ..(mar ckp)



ciannya muka sbelah.. kik kik kik



 mana sorg agy???sbnrnya pnggil k.nilam n kulla suh dorg tlg ambikkn pic..tp,, berebut msuk skali.. hi8



cian c'da.. mcm kna dera dek k.nana..
dhla sama2 kecik..
k.nilam plk tiup apa tu??



kt sini ada terpancar cahaya2 something...
teka la....
(yeay2.. nk dpt kawan..<3)



dasyat6



gmbr cntik kabur plk.. hrmmmmmm



tgk kt mana tuuu..

p/s: heppy bila bersama2..
masing2 menantikan 30 april ni...
port lain plk n yok pki warna sama..
hrni 3 biru, 2 itam, 2 merah n 2 cream

SUNNAH-SUNNAH HARI JUMAAT YANG DILUPAKAN

  بسم الله الرحمن الرحيم   



"DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"   Perkongsian Bersama Untuk Anda & Diri Saya:   

 jom kita sama2 ingat mengingati... <3 <3 <3

  “Katakanlah (Wahai Muhmmad): 

Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali 'Imraan, 3:31)   Hari Jumaat sebagai penghulu segala hari adalah bukti kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Inilah hari yang terkumpul di dalamnya sekian banyak fadhilat dan kelebihan seperti yang dinukilkan dalam dalil al-Quran dan al-Sunnah. Adalah wajar kaum muslimin merebut peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti amalan mereka menurut petunjuk Nabi Muhammad shallallahu’alaihi wasallam.   Rasulullah sebagai penerima wahyu telah mengajarkan kepada kita beberapa amalan sunnah yang wajar dilakukan pada hari Jumaat. Namun mungkin akibat keterlekaan dan kealpaan kita membuat kita terlupa untuk melazimi sunnah-sunnah tersebut. Oleh itu, di sini kita cuba menyenaraikan kembali sunnah-sunnah yang semakin luput dan dilupakan beserta dalil sebagai panduan bersama.   

 

 1.Mandi, membersihkan diri, bersugi, dan memakai wangian, dan mengenakan pakaian yang terbaik.   Ini berdasarkan hadith yang disampaikan oleh Salman al-Farisi radhiallahu’anh daripada Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam, baginda bersabda:   “Tidak mandi seorang lelaki pada hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yang termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi-wangian harum yang dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), lalu dia bersolat apa yang diwajibkan atasnya. Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yang akan datang ”. [Riwayat al-Bukhari]    



 2.Bersegera ke masjid dan tinggalkan urusan lain.   Firman Allah Ta’ala di dalam surah al-Jumu’ah ayat 9,“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)"
     

3.Membaca Surah al-Kahfi BUKAN Surah Yaasin pada malam atau siang hari Jumaat.     Membaca Surah Yaasin adalah sesuatu yang mulia dilakukan oleh setiap muslim, sepertimana mambaca surah-surah al-Quran yang lainnya. Namun, untuk mengkhususkannya pada waktu tertentu seperti pada malam Jumaat adalah suatu yang tidak dijumpai dalam mana-mana dalil sahih malah bercanggahan dengan petunjuk Baginda nabi. Sedangkan setiap ibadah adalah terhenti (tidak dilakukan) sehinggalah dijumpai dalil atau nas yang menunjukkan pensyariatannya.Oleh itu, saya dengan segala rendah diri mengajak kalian semua untuk meninggalkan amalan yang bercanggahan dengan sunnah Baginda ini. Adapun pada malam Jumaat, Rasulullah telah mengajarkan kita untuk membaca keseluruhan surah al-Kahfi sebagaimana sabdanya:“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat”. [Riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi, dan al-Hakim] 
   
 4.Menuju ke masjid dengan berjalan kaki, bukan berkenderaan.   “Sesiapa yang mandi dan membersihkan diri pada hari Jumaat dan bersegera (keluar menuju ke masjid) dengan mencari posisi paling hampir dengan imam dalam keadaan diam, maka setiap jejak langkahnya itu pahala seumpama puasa setahun pada siangnya dan mendirikan ibadah pada sebelah malamnya. Hal demikian itu bagi Allah adalah sangat mudah”. [Riwayat Imam Ahmad, al-Thabarani, dan Ashab al-Sunan. Disahihkan oleh Ibn Khuzaimah] 

   

 5.Mendirikan solat sunat MUTLAK.   Solat sunat Mutlak bukanlah satu yang popular di kalangan umat Islam di Malaysia, lantaran mereka sudah terbiasa dengan solat sunat Qabliyah Jumaat. Hal ini agak menghairankan kerana Imam Syafi’I rahimahullah sendiri telah membincangkan pensyariatan solat sunat Mutlak dalam karyanya yang agung, kitab al-Umm.Berkenaan solat sunat Mutlak ini, Syeikh Nasiruddin al-Albani rahimahullah berkata:“Dianjurkan bagi orang yang masuk masjid pada hari Jumaat (bila saja) untuk mengerjakan solat sunat Mutlak sebelum duduk tanpa terikat dengan bilangan (rakaat), juga tidak ditentukan waktunya, hingga imam keluar. Atau duduk ketika masuk masjid setelah Tahiyyatul Masjid atau sebelumnya”. [Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, al-Awjiba an-Naafi’ah ‘an As’ilati Lajnah Masjid al-Jaami’ah, dinukil daripada buku Panduan Solat Sunat Cara Nabi oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus, mukasurat 105]   Berkenaan riwayat yang menunjukkan adanya solat sunat qabliyah Jumaat, -wallahua’lam- tiada satu pun daripada riwayat-riwayat tersebut yang dapat dijadikan hujah lantaran kelemahan dan kecacatan yang berbeza-berbeza. Berkata al-Hafiz al-‘Iraqi:“Tidak ada diriwayatkan dari Nabi Shallahu’alaihi wasallam bahawa baginda solat sebelum Jumaat (Qabliyah Jumaat – penulis), kerana beliau biasa keluar rumah menuju solat Jumaat, lalu datang muadzin azan di hadapan beliau, kemudian beliau terus berkhutbah” [ Nailul Authar 3/216]. Dinukil dari kitab Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, al-Awjiba an-Naafi’ah ‘an As’ilati Lajnah Masjid al-Jaami’ah. Edisi terjemahan dalam bahasa Indonesia bertajuk "Jawaban Penting Pertanyaan Seputar Solat Jumaat" oleh Abu Umar Basyir al-Maidani, al-Qowam, mukasurat 51]  

  

 6.Memendekkan khutbah dan memanjangkan solat.   Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh ‘Ammar radhiallahu’anh,“Sesungguhnya lamanya berdiri solat seorang lelaki dan pendeknya khutbah yang dibacanya adalah petanda kemahiran ilmu fiqhnya (mendalam pengetahuan agamanya). Maka hendaklah kamu memanjang solat dan memendekkan bacaan khutbah!” [ Riwayat Muslim] 

   

 7.Tidak mengangkat tangan berdoa di antara dua khutbah dan ketika imam berkhutbah.   Sedia maklum bahawa perbuatan menadah tangan adalah suatu yang disunnahkan tatkala berdoa. Namun, menadah tangan dalam khutbah Jumaat bukanlah suatu sunnah, malah ia bercanggahan pula dengan sunnah Baginda. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Abu Daud:“Daripada 'Umarah ibn Ru'aibah yang melihat Bishr ibn Marwaan ketika di atas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah : apabila melakukan do'a pada hari Jumaat), dan berkata, “Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya” dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya”.     



8.Mendirikan solat sunat Ba’diyah Jumaat.   Para ulama’ telah bersepakat bahawa solat sunat ba’diyah Jumaat adalah disyariatkan. Terdapat dua pilihan bagi mengerjakannya; iaitu samada dilakukan dua rakaat atau empat rakaat dan kedua-duanya adalah sunnah. Ini berdasarkan kepada hadith-hadith di bawah:   a) Daripada Abu Hurairah rahiallahu’anh, bahawa Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda:“Barangsiapa di antara kamu yang hendak bersolat, maka hendaklah bersolat empat rakaat sesudah (solat) jumaat”. [Riwayat Imam Muslim]   b) Daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’anhuma, dia berkata:“ Rasulullah shallahu’alaihi wasallam bersolat dua rakaat sesudah (solat) Jumaat dua rakaat di rumahnya”. [Riwayat Imam al-Nasaei]       



9.Merebut peluang dan ruang yang dikatakan waktu mustajab doa pada hari Jumaat.   Ini berdasarkan hadith Abu Hurairah radhiallahu’anh beliau berkata, Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda:“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)   Di dalam laman web beliau, Ustaz Zaharuddin telah memberi komentar tentang hadith ini:“Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib”.   Demikian antara sunnah-sunnah pada hari Jumaat sepertimana yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad al-Musthofa shallallahu’alaihi wasallam kepada kita yang semakin dilupakan dan kurang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat.Oleh yang demikian wahai sekalian muslim yang budiman, mari koreksi diri kita sejauh mana kita dalam mengamalkan sunnah Baginda. Apakah kita layak menggelar diri kita pengikut sunnah jikalau sunnah Jumaat pun sering diabaikan. Ingatlah, betapa besarnya ganjaran buat mereka yang berpegang teguh kepada sunnah tatkala umat lalai kepadanya.     Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), karena setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).   Semoga memberi manfaat kepada kita. Wallahu'alam.  


Wednesday, April 20, 2011

Cute la awak ni! :D


Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

 kdg2 tanpa dsdari kite tlh mlkukan byk kslpn yg kite rasakn bnde yg biasa j....tguran dr yg mydari itu sgt pntg bg yg dh mla tsasar dr lndasan yg sbnar.kite sbg mnusia biasa xlri dr mlkukan kslpn...sm2 la kite sling tgur mngur k arah kbaikn dan kredhaan Allah.....trima ksih kpd yg mbrikan tguran yg baik spy x trus myimpang dr jln yg lurus.....=)

Elly bangun tidur. Terus ke meja study. On laptop.

Password : ******
~~~~~~~~
Welcome
Cursor di arah ke YouCam.

nak snap pic dulu la. Muka baru bangun tidor..yeeaaahh!!
Klik..klik..klik…
Save in…’aku cute’ folder.

Cursor di arah ke Celcom..double click! Connect…
“Yes! Dapat pun connect. Ingatkan dah terminate..hehe”


email                                              password
aku_cute@yehaa.combact           ******


upload photo
create album : buchuk baru bangun tdo!ngee~
location : -

da settle da upload..yes!

Muhd Khairy likes your photo
Boboy commented on your photo
Haziq, haikal, boboy  and 26 others friends commented on your photo.

Giler banyak..hehe baru je letak kot

Boboy : awk ni cute sgt la..mcm amoy!
Khairi : cun abis~
Haziq : sgt comel la dia br bngun tdo..alolo~

Elly : eh..xla..mne ade..trime kasih..xcute pun…

1 message received
Opening……
Unknown :
“wah..cantik gambar. Awak ni memang suka tayang muka kat orang ke? Tahu la muka tu cantik tapi tak perlu lah nak tayang sangat der. Jaga la muka tu untuk suami. Kalau setakat 2 3 gambar ok jugak tapi kalau dah bangun tidur pun awak nak bagi tunjuk kat orang, koyak la macam ni..koyak iman kaum adam weh…nak bertanggungjawab ke kalau iman lelaki koyak disebabkan awak?? Saya tengok gambar awak yang da lama bangun tidur pun macam baru bangun tidur je sebab tak bertudung. Setahu saya orang baru bangun tidur, tak bertudung. Lagipun dress up awak gempak sangat la…baju mahal tapi kain sikit. Duit dah banyak keluar beli baju, tapi ketat-ketat jugak. Saya yang tengok ni pun dapat rasa sempit dada pakai baju macam tu. Bukan sengaja nak tengok, dah korang tunjuk, susah la saya & lelaki lain nak jaga pandangan. Tolonglah kasihankan ktorang ni. Ni yang saya nak tanya sangat ni..gambar awak yang lain mata semua hitam2 dek celak, bibir merah dek lipstick memang macam anak patung la. Rajin pulak korang make-up macam tu kan?hehe agak-agak antara pakai make-up dengan berwudhuk, mana lebih cepat & senang? K la..saya tahu awak tahu y awak sendiri TAHU y awak tengah mendedahkan aurat awak pada orang yang tak sepatutnya. Janganlah jadi perosak iman kami. Terima kasih luangkan masa..salam =)  ”

Logout

p/s : sama2lah kita muhsabah diri kita.. wallahuaklam.

Tuesday, April 19, 2011

Jangan dengar bisikan syaitan


share ramai2..."jgn dgr ckp setan"...

1)Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..

2)Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.

3)Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.

4)Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.

5)Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari. ia stroke. ............

Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .

Yang ini anda pikirilah sendiri

> Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.

Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !"

~~SEBAR SEBARKAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan……

Monday, April 18, 2011

.:: Futuwwah Cinta ::.


Inilah dia cinta
Pak Rahmat mengatakan, cinta itu dakwah, dan dakwah itu cinta.
Dan dakwah ini mengenal kita pada Dia.
Mentaqarrubkan kita pada Dia.

Masuliyah fardhiyah kita adalah untuk sentiasa mendampingi kitabNya, mengikuti sunnahNya dan beriltizam dengan akhlak QuraniNya.

Dan seluruhnya dibuatkan kerana Dia.
Dan Dia semata.
Dan itulah dia cinta.
Bila segalanya dihadapkan pada Dia.
Dan cinta itu mengalunkan kita pada syahadahNya
Menerokai puncak-puncak kekuasaanNya,
dan mengegarkan kita akan azabNya,
akan kelam kelibut hari kebangkitan.
Mengetarkan hati kita pada Hari AkhiratNya.
Dan itulah dakwah ini mengenalkan kita.
Akan hari akhirat yang pasti, tempat terdorongnya kita untuk bertemu dengan Dia.
Dan bila segalanya dipusatkan pada Dia, adakah pilihan lain selain dari bertawakal kepadaNya?
Menyerahkan semua urusan kepadaNya?
Yakin akan janjiNya memberikan sesuatu yang terbaik buat diri kita, hambaNya.
Dan demikianlah itu cinta.
ianya yakin
redha
dan saliim..
Cinta itu menautkan hati kita pada semua hambaNya.
Dalam cinta yang tidak dimengertikan
walau tak pernah bersua
mengenal
mahupun bersentuh
itulah dia cinta
anugerah atas cinta keranaNya
Dan itulah dia cinta,
tidak meresahkan,
tidak mengelisahkan
tidak merisaukan,
apatah lagi menyebabkan putus asa.
Kerana setiap pilihan kita,
tindakan kita
dan langkah kita,
adalah demi cintaNya.
Yakinlah,
Allah akan sentiasa bersama kita,
melukiskan kanvas yang indah buat kita.
Samada di dunia, mahupun di syurga kelak..
Insya-Allah..
Inilah dia sepotong doa baginda buat kita:
Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.
Moga aku menyintai mereka yang mendekatkan aku akan cintaNya... amiin...

Friday, April 15, 2011

SALAM IMTIHAN DUNIA



tetiba tergerak hati nk post benda2 gini... kik kik kik

realiti or fantasi?? rasa2nya kalin gini x???.. kecian.....



STUDY3,, JANGAN TIDUUUUUUUUUUUR!!



PENATNYAAAA.. AUWWWWWW

ISH7...


STUDY SAMBIL TIDUR LAH PLAK.. LAST2 BUKU YANG STUDY TUANNYA..





ALL THE BEST MY FREN...

*Salam Imtihan buat semua... kemaafan dipinta andai perkenalan mencetuskan persengketaan.. semoga kita sama2 meraih kejayaan bertapakkan MARDHATILLAH.. Semoga dgn apa y kita usahakan dan kita pelajari selama ini mekar dalah fikiran kita.. I'ALLAH ...

*Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi imtihan duniaMU.. Jadikanlan debaran dijiwa kami disebabkan risau jika gagal melamar redhaMU.. Dengarilah rintihan kami yang sanggup bersusah demi ilmu dan kalamMU.. terimalah air mata kami sebagai penyejuk kemurkaanMU.. belailah jiwa kami disaat kami terkulai lemah agar terhindar kami dari mengharap selain dariMU..Amin ya rabbal'alamiin..>:: SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SAHABAT2KU:::.> moga dipermudahkan segala urusan kita...


* USAHA, DOA,  TAWAKKAL, REDHA*