Friday, August 26, 2011

Ummi 1st Lucky Draw

Syarat-syarat:
1. Buat satu entri beserta gambar banner tuuu.Ada dah kat atas tu.
2. Letak tajuk: Ummi 1st Lucky Draw. 
3. Tanda (tag) 2 orang follower baru... aiii.. tu yang susah tuu..
4. tinggalkan link yer..
5. tarikh tutup 5 sept 2011..
( cepat3 sebelum terlambat)

QA tag:

maaf yer kalau anda2 x suka.. tp.. boleh jer jenguk2 dulu... 
hadiahnya best tau..


‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Thursday, August 25, 2011

detik terakhir...

alhamdulillah.. seinfiniti kesyukuran ana rakamkan buat yang maha Esa..
harini, 25 august @ 25 ramadhan, berakhirnya khidmat ana kat PASTI..
ya Allah,, syukur sangat2 kerana telah memberikan ana
peluang yang sememangnya amat berharga...
bersama anak2, cukup membahagiakan..
mereka anak kecil tanpa dosa sendiri..
tenang hati bila bersama..
tapi apa kan daya..
setiap pertemuan, pasti adanya perpisahan..
itulah sememangnya lumrah alam..




(alamak, pakai tudung ni,, kna marah ni.. xper2..
 pakai g PASTI jer,, sbb budak2 suka sangat tarik2.. )

hari ni juga,, anak2 diberikan duit raya tiap2 orang.. 
seronok jer mereka...
ana??...
saper kata x sebak kan..
3 bulan bersama mereka..
tapi nasib baik dapat control..
ya lah,, xkan cikgu nak nangis depan anak2 kot..
malu r...
cover2 sampai ana terpaksa keluar kelas sekejap..
:)

n ana jugak terkejut apabila cikgu ROSIEDA menghadiahkan something kat ana..
katanya sbg kenang2ngan..
ya ALLAH,, lagi laa terharuu..
huhuhhhuhuhu..
dapat baju raya...



( ni lah kainnya )


huhuhuhu... akhir kalam... mohon maaf buat semua..
andai cikgu tersalah silap...
apa2pn,, janji untuk belajar rajin2,..
pandai baca qiraati..
raya nanti pakat2 datang umah cikgu yer..
alhamdulillah...
cikgu sayang kalian sangat4..

________maafkan ana k.da n moksu n anak2_______

.::. akan sentiasa mengingati kata2 ini .::.
- cikgu2.. saya sayang cikgu
-cikgu2, jadi ma ore nak x??
- cikgu2, umah cikgu kat mana???
-cikgu2.. saya kenal umah cikgu,..
- cikgu2.. saya jumpa cikgu..
-cikgu2.. cikgu dah kawin belom?
jawapannya ...(rahsia)
_ cikgu2, ***********************
- I LOVE U CIKGU -
(banyak agy kata2 mereka... membuatkan ana rindu )



‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Tuesday, August 23, 2011

help me please...


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
senyum3...
ehem8.. harini QA ada hajat ni...
huhuhu..
dah lama tercari2.. xder..
kalian kenal x gambar apa kat atas tu????
kenal kan..:)
boleh tolong x??
QA dah carai serata kelantan ( area k.b )
tp x ada jenis ni ( kopiah raihan )
kopiah ni QA nak beli
ehem4.. nak uat apa yer???
hi3...
(nak wat hantaran-sepersalinan alat solat)

sooo.. kalau sesapa tau kat mana ada benda ni.. inform QA boleh???
kalau nak tolong belikan pn boleh jugak..
tapi bgtau dulu yer..
ASAP

syukran atas jasa baik anda..
( harap2 my sis, my bro, my niece, my nephew x baca )

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

"Contest Aku Berpuisi-Gadis itu"


Gadis, 
dirimu bak bintang bersinar,
bak bulan mengambang,
memenuhi serata alam..
menjadi idaman setiap insan..

hakikatnya....
keimanan yang dicari,
kelembutan dihalusi,
ada malunya....
itulah sifat keimanan diri,
yang lahir sebati dalam diri,
menjadi pelindung mata-mata tajam,
akhlak dan maruah terjaga rapi
sentiasa dalam lindungan tuhan..

tapi kini,
semuanya telah berubah,
kerana fatamorgana dunia, 
yang serba mewah,
telah melalaikan gadis suci,
untuk terus dalam gelombang hitam..
pekat, kelam, tak menjamin kebahagiaan..
jauh dari rahmat tuhan..

Gadis...
insaflah akan dirimu itu,
siang yang panjang tak mungkin membahagiakanmu,
selamilah hatimu di malam yang syahdu,
jiwa akan tenang
meresap Nur Hidayah NYA,
moga-moga hatimu akan suci murni
semurni hati bayi

Gadis..
selamilah hatimu yang penuh kekosongan,
moga-moga kau akan kembali ke pangkal jalan,
ubahlah dirimu menjadi muslimah yang sejati,
yang sememangnya lumrah illahi,
Ya!!Muslimah yang sejati!!
lupakan kisah silammu,
yang hidup berpeleseran di jalanan,
ubahlah cara hidupmu itu,
dengan menggerak langkah,
hijrah membawa barakah
segalanya pasti berubah


p/s : thanks buat askara cinta ilahi coz sudi tag QA utk join segmen ni... moga masih belom terlambat.. :)
‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Kecik Nak Bagi Kad Raya Laa..


kad raya.. kad raya.. kad raya..
saya suka kad raya..
saya suka abg posmen datang hantar kad raya..
jom pakat2 join.. nanti dapat kad rayaa..
:)


‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Monday, August 22, 2011

"Saya join Bloglist Afiqah IsmaiL"

( click pic kalo nak join jugak )

bismillahirrahmanirrahim,
dengan rasminya..  "Saya join Bloglist Afiqah IsmaiL" 
fuh.. debor ni..
1st time join bloglist org ni...
blog kita ni macam ciput jer...
xper2...
kalian nak cakap apa2, cakap lah yer...
ok.. done...
thanks yer.. 
:)


‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

saya suka tengok mereka bahagia..

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
alhamdulillah.. minggu ni minggu terakhir ana berkhidmat sbg GURU kt PASTI
alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar..
3 bulan bersama mereka...
ya Allah, heppi sangat3..
soo.. sbg kenang2an, 
...................
ni pic2 dorang yang ana sempat ambik..


hari ni 7 orang muslimin jer datang sek.. sbb hujan..


muslimatnya ada agy.. pmalu..
nak ambik gambar pn xnak..
xmampu nak pujuk daa,,


gambar muslimin + muslimat..
ce tengok dinding..
adoooooiii..
xlarat cikgu nak tampal.. asyik koyak jer..



sajer jer menjeloskan budak 6 tahun..
( jahatnya)


len posisi

ni plak pic mereka sebelum bg hadiah..
hihihi.. 
rajinnya menyapu...
kecik2 pn cili padi..


cik asraf nak kacau dah tu..
sajer nak masuk camera jugak,..


akir, menyapu ker apa tuuu

alhamdulillah.. ni plak hadiah2 yang dapat cikgu bagi..
semalam,, lepas terawih, 
terus dk memproses membungkus hadiah2 ni..
walaupun simple.. tapi .. tengok aje riaksi mereka...
suka sangat3..









saat2 dinantikan
tengok lah mereka..


selepas sesi qiraati, mini hamper untuk mereka..
dah pakat hepi dah..
x sabar2 dorang nak buka...
+ dengan jelly yang semerbak mewangi
( cikgu pun terliur dengan baunya )


b4 balik.... semua sabar menantikan suprise yang seterusnya..
walhal mini hamper td pn belom dibuka agy ..
bek2 jer semua ni...
( pandai mereka berlakon )


tadaaaaaaaaa....
hihihi


angkat tinggi2...
alamak,, x cantik pic..
maaf anak2.. cikgu x ingat nak bawa DSLR..
tinggal kat umah...
:p


masing2 sibuk nak tunjuk hak milik sendiri



suka lihat mereka bahagia..

ayat terakhir selepas sese doa, bersalaman ." cikgu2.. esok bawa pulak erk "

p/s : sedihnya lepas ni dah kembali ke kampus.... susah dah nak jumpa mereka.. cuti makin kurang..
xpe3.. cikgu sayang kalian sangat3..
for budak2 6 tahun,, maaf cikgu x bagi hadiah kat kalian harini..
sajer jer nak tengok reaksi korang ..
( cikgu2.. saya nak jugak2. )

( bdk2 6 tahun menyerbu masuk kelas ana... "cikgu, mana hadiah utk saya"..
walhal mini hamper sememangnya cikgu bagi utk semua.... "oklah.. nanti cikgu bawa hari khamis plak yer" ) )

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Friday, August 19, 2011

ambik 2 ni boleh???


hari ni ada blogger fiz jenguk2 saya n tinggalkan coment.. dia kata.. nak doodle raya free.. ambik jer..
AQ apa agy... ambik jelah.. pilih punya pilih... AQ ambik pasangan ni... walaupun AQ minat ijau,, tapi raya ni ada orang hadiakan baju raya kaler biru... so.. ambik AQ pilih biru lah..
:)..

salam ramadhan semua n maap zahir batin.. 
sama2 kejar al Qadr..


‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Seorang Insan Bernama Kakak


Dengan Tinta pena aku menulis..

Bertintakan warna melakarkan isi hati..

Hampir semua..

Andainya ku daya..


Rinduku padamu melebihi Isi hatiku..

Cahaya malam menemani..

Bunyi bising kereta meluncur deras..

Mengejar urusan yang tidak pernah terbatas..


Luahan rindu buat kakakku bertamu..

Kubiar perasaan melayani rindu itu..

Tika bergemarnya azan Isyak yang merdu itu..

Aku bersimpuh memohon pada-Nya

Agar kau juga merinduiku seadanya..


Lima tahun sudah berlalu..

Masa itu gambaranku jelas..


Aku,

Budak hinggusan bermesra denganmu..

Mengharapkan kasihmu Kakak abadi setulusnya..

Kakakku yang kusayangi selamanya.. 


Tidak, bukan ini yang kupinta..

Kasihnya bukan sekejap ini..

Ada yang lebih menyanyanginya..

Melebihi sayangku padanya..

Pergilah kakak tinggalkan aku sendirian..


kakak,


Jika kau mendengar rintihanku..


Ketahuilah kakakku sayang..

Budak hinggusan dulu sudah kini berdiri gagah..

Sudah mampu menukil tinta..

Sudah mampu memikul amanah..

Sudah dewasa matang akalnya..


Tapi,
Rindunya padamu tidak pernah luntur..

Amanah Allah padanya kian teguh..

Berdiri dia kini sebagai penukil tinta kalimah Allah..

Penyeru dan penyahut agama Allah..

Bakal daei, penukil tinta Allah dan Penyeru agama Ilahi..

Aku merinduimu kakak...

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Thursday, August 18, 2011

Istighfar (meminta ampun) dan taubat


Sabda rasulullah S.A.W yang bermaksud :

Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.

Sabdanya yang bermaksud:


Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.

Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:






maksudnya;

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.



Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:


Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.

Sabdanya yang bermaksud:


Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.

Sabdanya yang bermaksud:

Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.

p/s : buat diri sendiri dan semua.. sama2lah kita sucikan hati.. moga mendapat keberkatan untuk bertemu malam al Qadr..
‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´