Thursday, June 14, 2012

last semester b4 praktikum



Masa kian berlalu
pejam celik, pejam celik,, auu.. hrni last paper utk sem 6..
xsangka dh 3 tahun menuntut di bumi UPSI
hanya tinggal 1 tahun 2 sem lagi

tapi sedihnya bila habis je exam
xdapat cuti lama pun untuk bergembira, 
melepaskan rindu keluarga
sbb dah kena pergi praktikum
berdebar hati nak mulakan status CIKGU,
walaupun sebelum ni berpengalaman menjadi guru selama 4 bulan,,
tp yang ni perasaanya lain cikit
yala kaannn.... budak2 bandar lain cikit.. dhla kna ngajor kok 'luau'..
hrmmm..
menantikan saat berpuasa..
dh dapat bayangkan mcmana berpuasa tanpa keluargaa
huhuhuhu
lepas tu berhari raya...
huhuhuhuhu
nth sempat ke x nak wt kuih ni
( jauhnya pikir )
nak bg mak mertua lg..
opsss...
hihhihihi
debor weh..
campur blake daaaaahhh
Ya Allah,, semoga Allah tabahkan hati ini melayan lumrah duniawi
n semoga Allah tetap anugerahkan kekuatan kepada hambaMU ini..
Amiin Ya Rabbal 'alamiin...

redha dengan ketentuanNYA





aku hamba yang lemah
aku hamba yang hina
selalu membuatkan insan lain terseksa
iyaa...
terseksa oleh perbuatanku 
oleh perlakuanku
baru ku sedari
bahawa selama ini
aku hanyalah pengganggu dalam hidup mereka
aku sedar
dan
terus aku mengundur diri
semoga mereka sentiasa bahagia
bersama....
semoga dengan kehilanganku ini
menjanjikan mereka lebih bahagia
semoga ikatan yang telah mereka bina
kukuh sehingga akhirnya
tapi, adakah kalian mengerti
bahawa diri ini 
sentiasa menangisi
siang dan malam
dalam sujudMU ya Rabbi
memohon hidayahMU 
semoga persahabatan ini
tetap utuh sehingga ke syurgawi
tapi 
itulah dinamakan ujian hidup
sehinggakan menegurku walaupun sedikit
tidak sudi
Ya Allah, apalah dosa hambaMu
ku cuba untuk melupai
segala2nya yang telah terjadi
walaupun kadang2 bersama mereka, luarannya happy
tapi, hati ini, siapa yang tahu
hanya diri ini yang mengerti..

doaku semoga mereka sentiasa dibawah lembayung rahmatMU Ya Rabbi
setiap saat, setiap detik, ku berdoa untuk mereka
doakan kebahagiaan orang, akan menenangkan hati kita sendiri
ya...benar sekali

sekarang, aku ambil keputusan,
mahukan diri ini
bersendiri
aku yakin,
Engkau sentiasa disampingku
juga 'dia' yang sentiasa menemaniku
yang akan bersatu
dalam jangkaan waktu
.................
memberi semangat untukku
tak lupa juga, keluargaku yang tercinta
Amiin

Thursday, June 7, 2012

jagai mereka untukku





Pertemuan telah ditakdirkan
Antara kita tidak pernah dirancangkan
Manalah takdir hendak dilawan
Semuanya ketentuan Tuhan
Wahai sahabat sematkan semua kenangan
Yang telah bersama-sama  kita lalui
Suka dan duka memburu impian
Moga teguhnya ikatan ini
Sahabat yang amat ku kasihi
Susah senang kau disampingku
Kehadiran dikau disisi
Mengubat sepi dihatiku
Wahai sahabat sematkan semua kenangan
Yang telah bersama-sama kita lalui
Suka dan duka memburu impian
Moga teguhnya ikatan ini
Sahabat yang amat ku cintai
Susah senang kau disampingku
Kehadiran dikau dimata
Namun kau tetap dihatiku
Oooohooooo
Sahabat bertuahnya ku rasa
Mendapat teman sepertimu
Membimbing menasihatiku
Hanya satu dalam beribu
Oooooohoooooooo
Sahabat yang amat ku cintai
Susah senang kau disampingku
Walau kini  hilang dimata
Namun kau tetap dihatiku
Namun kini hanyalah tinggal kenangan
Pertemuan kita dilaman perpisahan
Kemesraan memekar diakhir perkenalan
Sayu menitiskan air mataku

.:: hari-hari dilalui dengan tabah






Ya Allah, kurniakanlah aku kesabaran dalam menempuhi dugaan ini
Engkau lahirkanlah sifat penyabar dalam diriku
aku tahu, aku adalah hambaMU yang paling lemah
saat-saat aku amat memerlukan mereka
pelbagai dugaan yang datang
tanpa aku pinta
yang aku tidak mampu untuk menempuhnya sendirian
Ya Allah
aku penat
penat 
penat dengan permainan ini
dikala aku sendirian, aku merindui mereka
tetapi dikala berhadapan dengan mereka
pelbagai perasaan yang datang
aku tak tahu mengapa ianya terjadi sebegini
untuk mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku
aku gagahkan diri untuk undur diri
dari kelompok mereka
biarlah aku sendirian
bersendiri dari manusia
bukan bermakna aku bencikan mereka
maafkan aku wahai sahabat
aku tahu
aku takkan sendirian
kerana aku ada ENGKAU yang maha mendengar segala rintihan hambaMU
ampunkanlah hambamu ini
hanya kepadaMU aku berharap
Engkaulah segala2nya
pegangan hidupku
aku bahagia begini
daripada berkelompok yang mungkin akan menyakitkan hati kalian
ampunkanlah segala salah silap sahabatmu ini
semoga ianya kekal di hati, walaupun secara zahirnya amat memedihkan.
aku ingin kembali kepada diriku yang dulu
ya
diriku yang dulu
yang sentiasa redha dengan setiap apa yang datang
yang mampu tersenyum dikala ada insan lain yang memusuhiku
doaku moga kalian sentiasa bahagia selalu

* mood exam - tumpukan pada pelajaran cik Shuhada
* luahan perasaan insan bernama sahabat
* tiada kaitan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia ( rekaan semata2 )

Sunday, June 3, 2012

kenduri kahwin sahabat


Bismillahirrahmanirrahim .
Tanggal 25 / 5 /2012 ---> jumaat jam 8.00 malam
mungkin hari bersejarah bangi kami apabila,
perancangan kami ber8 berjalan dengan lancar
walaupun ada gak halangan2 yang perlu ditempuhi

bermulanya perjalanan kami ke Terengganu lebih kurang jam 8.30 malam.
alhamdulillah, separuh perjalanan berjalan dengan lancar, tapi..
banyak dugaan yang melanda kami..
abang driver bas
ya allah, lajunya pecut bas,, macam pecut ferrari plak
myb dia mengantuk, sbb tu dia pecutkan bas..
ana yang dk dalam bas ni, memang kecut perut tahan takut
tengok kawan sebelah,, Ya Allah, lenanya tidooooooo
sampai separuh jalan, tengah hutan belantara...
bas diberhentikan..
hasil pasang telinga dengan perbualan mereka,, tali kipas bas putus..
( tu la bawak laju sangat )
baiki punya baiki, xjalan jugak,, pastu sdg asyik bas dibaiki..
DUMMMMMM !!! bas dilanggar lari oleh lori minyak ( yang besi2 tu )
YaALlah, memang pucat je masing2.. semua isi bas terjaga..
apa dugaan yang Engkau berikan ini??.
baca sedikit ayat2... untuk tenangkan hati, ana ambik hs, nuka ayat al-qur'an..
berkumandang dalam bas.. lega cikit hati..
dalam 2 jam menunggu.. xder penyelesaian ,
so kami terpaksa menumpang bas 1 lagi walaupun keadaan seperti sardin2
gagahkan hati untuk bertahan..kesian kat bas PHD sbb xlarat jalan bawak penumpang srdin ni..
:) 
alhamdulillah, kami sampai lebih kurang jam 9.00 pagi
kami diberi masa untuk bersiap2 n lepastu baru dijemput ke rumah pengantin
macam lipas kudung masing2 bersiap..
hik4..





kami ber9...
terpisah sedikit bersebab..
:) 
pengantin seterusnya la tuuu
doakan eaa










abang mie n kak nana malu2 dengan kami
cam x biasa2 pulak kaaaannnnn


special dari kami..

Selamat pengantin baruuuu...
esoknnya masa untuk jalan2..
thanks abang midi, kak ji n abang shah coz sudi bawakan kami, hiburkan hati kami dgn jalan2..

1st place ke masjid terapung ( walaupun dh banyak kali datang, tp tetap hepi ) 


area ontheway ke penambang ( kat masjid kristal...) 


kawasan luar masjid kristal 


* banyak lagi sebenarnya gambar kami.. tapi biarlah ia menjadi koleksi kami.. :)
kenangan bersama x dapat dilupakan sampai bila2..

**T.M ----> K.TERENGGANU ---->  MASJID TERAPUNG ----> ICT ----> PASAR PAYANG ----> MASJID KRISTAL ----> PANTAI TELUK KETAPANG ( makan sct ) 

**bas rosak --> kena langgar --> _____ umah pengantin ( kami je boleh tahu, memalukan ) --> kasut c'leh putus --> ALhamdulillah... masing3 penat n seterusnya majlis berjalan dengan lancar