Thursday, February 3, 2011

S A H A B A T


Hadirmu tak pernah ku duga
namun ini mungkin takdir pencipta
dari kerana mata
akhirnya menyentuh ke dasar hati
meresap ke seluruh urat sendi
yang mengalir sebati dalam diri

Tuturmu mengundang tawa
katamu menghadir bahagia
senyummu mengusir lara
sentuhmu mendamaikan jiwa
gelakmu menghidupkan suasana
janjimu mengikat setia
kasihmu menyatukan kita

sahabat,
andai bisa gunung ku persembahkan
sudah tentu ku lakukan
andai bisa ku gapai bintang yang berkerlipan
sudah pasti ku hadiahkan
andai bisa masinnya lautan ku hilangkan
sudah semestinya ia ku tawarkan
selagi tugu persahabatan kita
biar ia menjadi saksi
betapaku menghargai persahabatan ini
tak sanggup ku kehilangannya
walau hanya untuk seketika

Ah.. itu semua omongan
yang tak mungkin menjadi satu kenyataan
namun demi persahabatan kta
terimalah sepenuh kejujuran dan keikhlasan
ku persembahkan buatmu
sebagai tanda ikatan antara kita
Dulu.. kini.. dan selamanya

Percayalah duhai sahabatku
sekali dikau hadir dihati ini
selamanya dikau tetap diingati
walau kita tak mungkin bersama lagi
setelah perpisahan ini
andai tiada lagi ruang untuk kita bersua
nantikanku di pintu SYURGA
moga persahabatan kita sentiasa diberkati
Di dunia ini mahupun diakhirat nanti
INSYA-ALLAH.
Amin..

KREDIT UTK : MAMA MOX, UNTIE FATIN, TOK DA, MOKTEH LEHA, MAKDE SU, SU BIHA, NEK MAR, KAK NAN... MISS U OLLL.. MUAH9


‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

( ^_^ ) ANTARA ILMU DAN HARTA ( ^_^ )



ILMU - warisan dari Nabi
HARTA - warisan dari Karun

ILMU - menjaga kita
HARTA - kita yang menjaganya

ILMU - ramai kawan
HARTA - ramai musuh

ILMU - bila dibelanjakan akan bertambah
HARTA - bila dibelanjakan ia akan berkurang

ILMU - akan di hormati
HARTA - akan di kuasai kedekut

ILMU - akan diberi syafaat diakhirat
HARTA - akan di hisap dihari kiamat

ILMU - makin lama makin elok
HARTA - makin lama akan usang

ILMU - dapat menerangkan hati
HARTA - hati akan keras - sombong

ILMU - mengaku hamba Allah
HARTA - mengaku pemilik harta

Berpesan Luqman Al-Hakin pada anaknya:
"Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan."

Berpesan lagi Luqman Al-Hakim:
"Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan jadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engaku bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu."

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Tuesday, February 1, 2011

Ibu bapa bimbang, mahu pelajar di Mesir segera dikeluarkan


KUALA LUMPUR 1 Feb — Bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka di Mesir, beberapa ibu bapa pelajar hari ini mendesak kerajaan mengambil tindakan segera bagi membawa pulang anak mereka ke tanah air.
Seorang bapa, Salahul Ahmad Jamal Mohd berkata anaknya Nurul Firdaus, 18, yang kini menuntut di Mansura, memberitahu yang dia terpaksa tidur bertemankan pisau kerana bimbang dengan keadaan yang semakin tidak terkawal.
Melihat pada keadaan sekarang, Salahul berkata sewajarnya kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengeluarkan pelajar Malaysia dari negara terbabit.
Sejak Selasa lepas beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.
Sementara itu, Rohana Abdul Rahman, ibu kepada Hanan Amira Hashim,22, berkata beliau bimbang talian komunikasi di negara terbabit akan terputus.
"Sekiranya talian telekomunikasi terputus, ini akan menyukarkan kami (ibu bapa) untuk berhubung dengan mereka,” katanya.
Beliau juga berharap kerajaan memberi lebih tumpuan kepada kawasan di Mansura yang agak jauh jika dibandingkan dengan Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta dan Iskandariah. — Bernama


‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

..: bum pak bum

bismillahirrahmanirrahim..

dh lama ana x update blog ni... sibuk katakan ( mengalahkan menteri )
skarang ni ana sedang enjoi di KG...
merasai nikmatnya hujan, angin di KG,,.. menyebabkan keenakan tidor terasa..
apa2 pn.. hari2 sememangnya xtenang.. memikirkan keadaan pergolakan di SANA...
semoga smuanya berada dalam keadaan selamat.. amin..
pakat2lah buat solat hajat,, doa banyak2.. berkat doa semua orang..insyaallah...

cuti ni, ana balik paling lewat ( walaupun lewat sehari jer )
slalunya analah orang yang balik paling awal.. tp di sebabkan oleh " bum pak bum pak "
terpaksalah korbankan cuti sehari.. tp best walaupun sakit gak tangan..
enjoi laaa....
dapat tgk kenduri kt negeri org...
hi3...
nnti ada lagi bgtau yer.. hi4..



ahli kami ni.. yang nakal2 smuanya


sempat lagi bergambar masa pengantin sampai..
dasat6

ana n cik b.. kami wakil GGM ber"kompang"
nnti saper2 GGM nk kawin,, jemputlah kami yer


balik cuti ni, bknnya bleh enjoi pun.. ada satu tugasan yang perlu disettlekan.. mencari taska yang berkenan..
satu hari pusing2 semua"BANDAR" bersama my fren suriana,, alhamdulillah.. jumpa la jugak..
ada yang call.. jumpa face to face.. 
btol org kata... org kelantan ni mulut manis2 n kata2 pn manis,.. urusan menjadi senang..
nk berhubung pn senang..
yang cakap dalam phone pn,, DIA siap esej agy,, "dik, kalau berminat dengan taska kami, dialu2kan".. 
alhamdulillah.
insyaallah nanti cuti panjang ni nk kerja kt TASKA lah.. hi3,,.. peluang yang terbuka luas..
kredit to abg saya cz sudi bg pinjamkan kereta untuk adinda ni round2..
pastu kredit gak utk mek, ayah, kakak2 n abang2,, cz memahami diri ini...
SAYANG kalian hingga ke akhir....

lepas 1 beban.. tp ada agy,,.. esemen MADKHAL, 2P, xcari ap2 agy.. adoooooiii.. asyik nk tidor jer ni.. mcmana???,,. weekend ni ada majlis KESYUKURAN kt rumah kami..:).. knp ya??? hi3..
pastu esoknya ada kenduri kawan.. ramainya kawin..
xpa lah.. smga berbahagia ke anak cucu.. barakallahu 'alaikum..:)


p/s : hati sentiasa berdoa..smalam dapat jugak pengalaman manis,, sampai ke kebun lada,, tolong petik lada.. hi3.. bknnya reti pn.. ish3

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´