Friday, April 15, 2011

JANGAN BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA..





1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu,matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta


p/,: banyak ........... kn9.. hi9

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Monday, April 11, 2011

Lelaki yang cantik,





Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,

Adalah lelaki yang baik sangka
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah,
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan... ... ..

wallahua'lam"

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Sunday, April 10, 2011

.. hukum memberi salam kepada perempuan ..

Oleh: ust. salman maskuri Umum mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat. Dalil-dalilnya juga telah banyak kita temui. Menjawab salam pula hukumnya wajib. Tetapi disana terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab. Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242. Dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya: 

Orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk ) 
Orang yang sedang berada didalam tandas 
Orang yang sedang makan dan minum 
Orang yang sedang berperang
 Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa 
Orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah ) 
Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat 
Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
 Orang yang sedang azan dan iqamat.
 Orang yang sedang qada’ hajat. 
Orang yang sedang bersama isteri (jima’) 
Orang yang sedang iqamat
 Orang yang sedang mabuk. 
Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi 
Orang yang sedang solat 
Orang gila Kanak-kanak 
Orang yang mengantuk @ sedang tidur 
Orang yang sedang dalam urusan penghakiman 

Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab… 
Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya. Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan ( yg bukan mahram ) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah…jika diberi salam haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kpada lelaki…jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh.Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya. Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan. Sumber: Hukum Memberi Salam Itu | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/doa/hukum-memberi-salam-kepada-perempuan/#ixzz1J6k5sZQe

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

"Aku bukan untukmu"


sedikit perkongsia ana ingin kongsikan, semoga ianya berguna untuk kita semua...

Kali pertama Hakim melihat wajah Huda ketika mereka mengikat tali pertunangan suatu ketika dulu. Mereka tak pernah berjumpa sebelum ini apatah lagi saling mengenali. Hakim merupakan penuntut di Universiti Al-Azhar (Mesir) yang baru sahaja selesai ijazah dalam bidang Lughah. Semasa di menara gading, dia sering dijolok dengan gelaran "ustaz". Mungkin dia terlalu baik dan alim pada pandangan mahasiswa/i lain. Lagipun dia pernah menuntut ilmu di Madrasah al-Bakriah Pasir Tumboh setiap kali cuti semester. Mukanya yang sentiasa jernih dengan wudu' kadang-kadang mencuri tumpuan para mahasiswi di Azhar. 

Tak pernah terlintas di benaknya untuk dijodohkan dengan muslimah dari Madrasah . Bahkan dia tak pernah ke sana. Pada mulanya, dia ingin segera mendapatkan Master sebelum diijab kabulkan. Jodoh tak dapat disengka. Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata ibunya.
" Hakim, mak nak sangat tambah ahli keluarga baru " .
Dia tak mampu membantah kerana lebih pentingkan hajat ibu.

Dia hanya tahu bahawa bakal isterinya itu bernama Huda binti Muhammad, tinggal di Bachok dan pelajar Maahad. Saat pertama kali dipertemukan 2 bulan lepas, Hakim masih ragu-ragu sama ada patutkah dia menyunting gadis tersebut atau sebaliknya namun dia yakin jodoh itu ketetapan Ilahi dan tak dapat diragui. 

Huda yang sentiasa berpurdah dan bertudung labuh itu hanya menyerah segala-galanya kepada Tuhannya. Dia tidak terlalu memilih. Baginya agama pada bakal suaminya itu paling utama. Cinta berteraskan agama akan kekal sehingga ke syurga. Sebelum ini, 3 orang jejaka yang berlainan latar belakang melamarnya. Zaidi, bakal doktor dan seorang yang pentingkan kreadibiliti. Ahmad, bakal mendapat gelaran "Dr." dan hanya menunggu PhD kejuruteraan diluluskan. Farid, baru sahaja mengambil alih tempat bapanya sebagai pengurus suatu syarikat di pusat bandar. Lamaran ketiga-tiga lelaki ini ditolak Huda setelah istikharahny. Tak dinafikan Farid berada dalam situasi selesa dengan pangkatnya selain Ahmad hanya menanti kekayaan dan Zaidi yang tampan menjadi kegilaan wanita lain.

Huda tidak berat untuk menerima Hakim sebagai kekasih halalnya dan pembimbingnya. Wajahnya yang boleh menimbulkan fitnah bagi kaum Adam hanya dapat dinikmati oleh suaminya. Huda tahu bahawa kehidupannya selepas ini akan berubah. Dia juga seperti wanita lain yang mahu menyayangi dan disayangi.

Mereka berdua disahkan menjadi suami dan isteri pada Disember 2010. Majlis akad nikah begitu meriah dengan kehadiran saudara mara dan ahli keluarga. Batasan syara' tetap terjaga. Tempat makan lelaki dan perempuan diasingkan manakala bunyian yang ada pada hari ini hanyalah alunan nasyid dan selawat. Mereka berdua tidak mengejar romantik yang dicampuri hawa nafsu dan cinta yang dimerahkan dengan dosa. 

Janggal rasanya bersama orang yang masih terasa asing. Mereka seolah-olah bisu dan menunggu pihak yang memulakan percakapan.
" Kenapa kamu menerima lamaranku? Sedangkan aku lelaki seperti 3 orang yang kamu tolak lamarannya sebelum ini " Hakim memecah kesunyian.
" KeranaNya " .
" Kamu tidak mengenaliku, aku juga tak pernah berbicara denganmu sebelum ini, yakinkah kamu bahawa aku bakal membimbingmu? "
" InsyaAllah " .
" Padamu 4 perkara yang cukup lengkap. Engkau beragama, daripada keturunan yang mulia, keluarga yang berada dan wajahmu terlalu sempurna pada pandanganku. Bahkan kamu terlalu mahal daripada wanita di luar sana ".
" 4 perkara itu pun ada pada kamu " jawab Huda sepontan.
" Tapi kamu tak punyai apa yangku ada. Sepanjang umurmu, berapa kali kamu wajahmu dipandang oleh lelaki asing " .Pertanyaan yang tak langsung dijangka oleh isterinya.
" Purdahku ini melindungi wajahku, melindungi maruahku daripada sebarang kekotoran. Namun aku tahu, aku tak sesuci yang kamu tahu. Sepanjang hayatku, seorang lelaki ajnabi, jiranku pernah memandang wajahku tapi ia berlaku terlalu pantas. Aku tak sedar dia ada di halaman rumahnya " terlalu perlahan nada Mariam sambil menunduk kepalanya.

Tangan Hakim yang sedang memegang jari-jemari Huda tersentak. Dia segera bangun berdiri dari sisi katil biliknya tanpa sebarang kata-kata. Meninggalkan Mariam di situ berseorangan. 

Huda tahu bahawa dia tak mampu mempertahankan kesucian maruahnya untuk suaminya. Dia belajar agama tapi tak semua diamalnya. Kadang-kadang dia lalai daripada melaksanakan hukum Ilahi. Air matanya membasahi pipi yang telah lama kemerahan. Dia terlalu mudah tersentuh. Hatinya terlalu lembut kerana martabat ruhaninya sentiasa dinaikkan. 

Makan pagi bersama keluarga mertua pada pagi itu terlalu suram. Huda diam seribu bahasa. Hakim tak langsung memandang wajah isteri baru itu bahkan mukanya yang serius bertambah tegang . Ibu bapa Hakim yang hairan hanya memerhati dan terus memerhati. Selesai sarapan, Hakim bangun sambil meminta diri untuk mengajar di sekolah. Huda yang masih diam disapa ibu mentuanya...

" Hakim tak sihat ke? "
" Dia tak apa-apa " jawab Huda.
" Mariam berkelahi dengan Hakim? " bapa mentuanya menyelit.
" Tak juga ayah "
" Biasanya Hakim paling banyak cakap, pagi ni diam pula " tambah bapa mentuanya itu.
" Baiklah, ni urusan rumah tangga Huda dengan Hakim, kami berdua tak mahu masuk campur " kata ibu mentua Huda.

Huda yang terus dihimpit serba salah dan fikiran yang serabut pergi ke kamarnya untuk membaca Kalamullah. Setiap kali hatinya tak tenang, al-Quranlah yang menemaninya. Air  matanya terus mengalir. Dia telah menyakiti perasaan suaminya. Malam pertama yang bahagia bagi pengantin baru yang lain namun dingin bagi mereka berdua.

Terlalu lama di hadapan mashaf suci itu, Huda terlelap . Hakim yang baru pulang hanya memerhati dari jauh. 
Hari ketiga dan seterusnya mereka berdua seperti orang yang tak saling mengenali. Huda yang cuba mendekati Hakim tapi rasa salahnya lebih tebal daripada keinginannya.

Selepas solat Isyak, Huda tiba-tiba pengsan di pangkuan suaminya. Badannya terlalu panas. Hakim segera mengusungnya ke ruang tamu. Pada waktu itu, mereka hanya berdua. Ibu bapa Hakim ke Perlis untuk menghadiri konvo anak bongsu mereka. Setelah tiba di Hospital, Huda diberi rawatan. Hakim mula rasa tak tenteram. Rasa menyesal pun terbit. Huda masih tak sedarkan diri. Hakim ke surau untuk solat hajat memohon kepada Yang Maha Berkuasa agar dijernihkan kembali keadaan. 

" Ya Allah ya Tuhanku, aku tahu engkau yang menguasai alam ini, engkau jua memberi manfaat dan mudharat. Maka angkatlah kegelisahan padaku dan sembuhkanlah isteriku. Aku tahu, aku terlalu melampau dalam tindakan, pimpinlah kami berdua ke jalanmu " .

Hakim ke bilik pesakit dan mendapati isterinya masih belum sedarkan diri. Doktor menasihati Hakim agar menjaga Huda dengan baik kerana Huda terlalu lemah untuk melawan perasaan dan tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan. 

Terucap kalimah syukur di bibirnya. Lantas segera ke katil Huda. Bersamanya butir-butir tasbih di tangan kanan manakala tangan kirinya memegang erat jemari Huda. Sambil menunggu Huda sedar,dia banyak kali tersengguk. Terlalu mengantuk. Namun tetap dilawan sehingga terlena di lengan Huda.

Jam menunjukkan 2 pagi. Suasana terlalu sunyi. Hanya bunyi cengkerik di sekitar hospital dan kipas yang berputar di siling. Huda yang tersedar cuba bangkit mendapatkan minuman di sampinganya untuk menghilangkan haus tapi dia terlalu lemah. Baru disedari bahawa suaminya ada di sampingnya dan sekarang dia berada di hospital.Tak tergamak untuk mengejutkan suaminya pada awal pagi itu, dia cuba sedaya mungkin mengambil gelas yang berisi air mineral. Dari dulu lagi, Mariam tidak suka menyusahkan orang lain dalam urusannya. 

Terdengar gelas pecah, Hakim tersedar. Tanpa memerhatikan Huda, dia hanya mengutip serpihan-serpihan kaca gelas dan dibuang di dalam tong sampah. Dahi Huda di sentuhinya, rasa panas semakin kurang. 

" Rasa lemah lagi? " ucapan ringkas Hakim kepada Huda.
" Mungkin ini salahku, kehidupanmu tak terurus walaupun kamu mampu menjaga kebajikanku, mak dan ayah. Aku menyebabkan fikiranmu bercelaru. Aku menyedarinya tapi aku takkan membiarkan permata yang mahal digandingkan bersama batu yang bersulam emas. Kamu terlalu suci, terlalu bernilai sedangkan aku bukanlah lelaki yang baik dan padan denganmu. Aku pernah banyak kali memandangkan perempuan yang bukan halal bagiku sebelum ini jika dibandingkan dengan mujahadahmu memelihara dirimu  " tambahnya.

Belum sempat Huda berkata-kata. Hakim meneruskan kalamnya
" Aku diajar agar tidak melakukan kezaliman pada diriku dan orang lain. Bagiku, bersamamu adalah suatu kezaliman kerana tidak meletakkan sesuatu di tempatnya. Kamu sepatutnya bersama lelaki soleh yang jauh lebih baik daripadaku. Aku tak mampu melawan perasaan bersalahku semenjak mengahwinimu. Aku tak dapat menyimpannya di dalam sanubariku walaupun kucuba beribu kali. Kamu pula terkena biasnya " .

Huda tak dapat berkata-kata. Itulah lafaz yang paling menyentuh hati pernah didengarinya. Bergelinangan air mata Hakim tapi terus ditahan daripada mengalir setelah dapat meluahkan perasaannya.

" Bagiku, kamu adalah insan terbaik pernah kutemui " suara lembut Huda bertutur. " Ini pilihan Allah Taala, ini ketetapan jodoh anugerahNya. Allah pasti memberi yag terbaik untuk hambanya yang mengintai cinta hakiki " .

Hakim segera bangun dan keluar dari bilik hospital itu. Huda menyapu air matanya dan menguatkan anggota turun dari katil dan memeluk Hakim dari belakang. Hakim hanya menghadiahkan kucupan di dahi Mariam seperti mana kucupan selepas mereka diijab kabulkan..

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´