Sunday, November 21, 2010

Menilai Dengan Adil


" Abang buat keputusan, " tegas isteriku.
Itulah kalam yang biasa aku dengar dari isteriku. Membuat keputusan adalah mudah jika tanpa menilai. Sebagai seorang guru, aku berhadapan dengan konflik menilai dan membuat keputusan. Berlaku banyak pertembungan yang kadang-kadang memakan masa untuk memikirkannya. Akhirnya diri kita teruji dengannya. Stress adalah simptom bagi orang yang sukar untuk menilai dan membuat keputusan.
Pengalaman lebih kurang tujuh bulan mengajar, memberikan sedikit panduan kepada aku bagaimana dan apakah perasaan orang yang berhadapan dengan sesuatu perkara yang berhajatkan kepada satu keputusan dan penilaian. Setiap kali ujian dan peperiksaan, kemahiran menilai dapat di'tatbikkan' ( diaplikasikan). Namun, setiap kali itulah, aku diuji.
Dan inilah yang ingin aku kongsikan kepada semua pembaca. Sekiranya perlu dibincangkan hal ini, maka silakan untuk kemukan respon kalian.
Menilai bukan suatu yang mudah.
Dalam bulan Julai juga, aku diberi amanah untuk menilai pelajar Tingkatan Empat bagi peperiksaan lisan Al-Quran. Dilema aku bertambah-tambah, kerana markah-markah perlu diberi mengikut keupayaan dan prestasi bacaan dan hafazan mereka. Aku tahu, tugas yang aku terima, tidakklah sedahsyat seorang hakim mahkamah yang lebih besar taklifnya. Namun, ianya ada titik persamaan, iaitu aku sebagai guru, dan dia sebagai hakim akan disoal kelak di mahkamah Rabbul Jalil yang tidak sedikit pun dapat kita mengelak.
" Yang gagal, bagi lulus je, " ujar cikgu A.
Baru-baru ni ada hari komunikasi (hari tandatangan report card pelajar ). Jadi aku adalah antara guru yang cuak sebab subjek Pendidikan Islam ada yang gagal. Dan itu adalah antara respon yang aku dapat bila menceritakan bahawa ada anak murid aku yang gagal subjek Pendidikan Islam.
" Aku yang gagal, bagi lulus semua, kalau tak, nanti penatlah nak menjawab, " ujar cikgu B.
Aku bertambah dilema. Aku tahu dan pernah diajar agar tegas. Kalau gagal, tetap gagal. Yang jadi dilema, aku takut mereka gagal disebabkan aku.
" Kalau saya, senang je nak jawab dekat mak bapak, dah dia orang tak dapat jawab, kalau tak faham cikgu mengajar, kenapa tak tanya, " jelas isteriku.
Dia lebih berpengalaman dari aku. Ada benarnya juga. Setakat aku mengajar, memang jarang-jarang ada dikalangan mereka yang berkata
" Saya tak fahamlah ustaz. "
Melainkan hanya sedikit yang bertanya. Wallahua'lam. Namun, bukan aku nak berlepas diri. Dalam soal ni pun, kita perlu menilai agar dapat mengenal pasti apakah punca-puncanya.
Sewaktu di kuliah dulu, soal nak bagi markah lulus atau tidak pernah menjadi perbincangan diantara kami dengan lecturer. Ada sesetengah institusi pendidikan yang tidak mementingkan budaya kejujuran. Bila ada salah seorang pelajar yang gagal, tapi tetap diberi lulus, sebab takut parents datang menyerang atau pelajar pindah sekolah lain. Inilah diantara cabaran warga pendidik.
Ingatlah, walau di mana posisi kita, menilai secari adil dan jujur mestilah diberi keutamaan yang sewajarnya. Jangan kita jadi penilai rice cooker atau cari makan.

No comments:

Post a Comment