Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud, “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke
dalam rumah yang ada di dalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
Secara
umumnya, Islam tidak meredhai umatnya menyimpan patung di dalam rumah kerana ia
mirip kepada sembahan-sembahan yang biasa dipertuhankan oleh orang-orang
kafir. Sekalipun seseorang itu tidak menganggap patung tersebut sebagai
tuhan dan tidak menyembahnya, ia tetap ditegah kerana Islam bukan sekadar
melarang seseorang dari melakukan syirik tetapi ia juga menghalang dan menutup
segala jalan-jalan yang mengarah, menyerupai dan memiliki unsur
syirik. Lebih dari itu Malaikat juga enggan memasuki rumah yang mempunyai
patung di dalamnya dan ketiadaan para malaikat ini akan menjauhkan rahmat dan keredhaan
Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada penghuni rumah tersebut.
Para ulama berbeza
pandangan mengenai perkara ini. Ini kerana, merujuk sejarah, pada zaman Nabi
Sulaiman a.s. dibenarkan kegiatan membuat dan memiliki patung, tetapi pada
zaman nabi-nabi lain aitu sebelum dan selepas beliau, patung adalah diharamkan
termasuk pada zaman Nabi Nuh a.s. dan pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Manakala
pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. pula diharamkan patung untuk disembah dan
dipuja, tetapi diharuskan patung mainan untuk anak-anak.
Para ulama terkenal
masakini yang berbeza pandangan mengenai patung ialah Dr. Yusuf al-Qaradawi,
Syeikh Gadul Haq Ali Gadul Haq, Syeikh Atia Saqr dan Dr. Mohammad Amarah.
Mengenai hukum orang
Islam memiliki patung, al-Qaradawi di dalam "Fatawa Muasirah" berkata Islam
mengharamkannya, sama ada patung manusia mahupun patung binatang. Pengharaman
itu menjadi lebih kuat jika patung itu merupakan makhluk yang disanjung tinggi
seperti raja, nabi sepertimana Nabi Isa a.s. di kalangan orang Kristian dan
lembu di kalangan orang Hindu. Menurut beliau, ada satu jenis patung saja yang diharuskan oleh
Islam untuk dimiliki, iaitu patung mainan anak-anak. Ini berdasarkan kepada
hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan bahawa isteri baginda yang masih
kecil, Aisyah cenderung dan suka bermain patung.
yang
dikatakan harus memiliki anak patung adalah sebagai mana hadis Nabi s.a.w
Adapun patung atau
lukisan yang dibuat bagi tujuan permainan kanak-kanak, ianya adalah harus
hukumnya kerana ada riwayat daripada Rasulullah SAW yang memberi rukhshah
(kelonggaran) mengenainya. Kelonggaran dan pengeculian ini adalah berdasarkan
hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. berkata yang maksudnya,“Aku biasa
bermain-main dengan patung anak-anak perempuan di sisi Nabi SAW dan aku ada
beberapa orang kawan bermain-main bersama-samaku. Apabila Baginda masuk, mereka
menyembunyikan (patung-patung tersebut) daripada Baginda, Baginda membiarkan
mereka untuk bermain-main bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)
Syeikh Gadul Haq,
Bekas Syeikh al-Azhar, mempunyai pendapat yang sama dengan al-Qaradawi. Beliau
membenarkan patung untuk pendidikan seperti patung mainan anak-anak
dan berpendapat harus hukumnya bagi patung separuh tubuh dan mudah rosak
yang diperbuatkan daripada tepung (atau bahan-bahan lembut seperti plastesin
dll).
Syeikh Atia Saqr dalam
fatwanya, membolehkan patung mainan anak-anak, patung cepat rosak dan patung
separuh badan. Selain itu patung yang tiada salah satu anggota badan yang
penting seperti kepala juga boleh dimiliki orang Islam, tetapi hukumnya
adalah makruh. (Kepala merupakan anggota penting bagi tubuh. Manakala kaki
tidak penting, kerana manusia masih mampu hidup tanpanya).
Menurut Syeikh Saqr,
Imam Malik menganggap harus hukumnya memiliki patung yang lengkap seperti
seorang manusia, tetapi dengan syarat ia berlubang walaupun sangat kecil.
(untuk mencacatkannya). Manakala Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mengenakan
syarat patung lengkap itu mesti mempunyai lubang yang besar. Ini termasuk juga
patung mannequin yang digunakan untuk mempamerkan pakaian di butik-butik dan
gedung-gedung pakaian.
Dr. Amarah dalam
fatwanya berkata, hukum syarak tentang hak pemilikan patung adalah merujuk
kepada al-Quran. Pertama, patung dianggap termasuk daripada nikmat Allah yang
dikurniakan kepada Nabi Sulaiman. Patung pada zaman Nabi Sulaiman tidak
disembah dan tidak dianggap berbahaya terhadap akidah tauhid.
Allah berfirman: Dan
(Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup
menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami
mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman
apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung,
dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk
besar yang tetap di atas tungkunya. (Setelah itu Kami perintahkan):
"Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!'' Dan sememangnya
sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (sabar'34: 12-13)
Kedua, patung yang
dianggap berhala yang disembah pada zaman Nabi Ibrahim a.s. dan zaman nabi-nabi
lain. Pada zaman-zaman ini patung dimusnahkan seperti yang dilakukan oleh Nabi
Ibrahim dan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu kata Dr. Amarah, hukum
mengenai patung adalah dilihat pada matlamat penggunaannya. Apakah ia merupakan
hiasan yang termasuk daripada nikmat Allah ataupun ia merupakan sembahan
seperti berhala?
Menurut Dr. Amarah,
seorang ulama dari Mazhab Maliki, Imam Ahmad Idris al-Qarafi, merupakan seorang
yang pandai mengukir patung untuk kegunaan raja. Beliau mencipta patung yang
menggunakan teknik pembakaran lilin bertujuan untuk mengejutkan raja ketika
azan subuh.
Secara dasarnya, ulama
bersepakat bahawa patung dianggap harus jika ada faedah seperti untuk mainan
anak-anak dan dan dianggap haram jika digunakan untuk penyembahan.
Kesimpulan
Zaman kini agak sukar dibezakan antara patung (al-Tamathil) yang
dibenarkan atau dilarang kerana ia kini diperbuat dari pelbagai bahan-bahan yang
berbeza dengan zaman Rasulullah SAW. Ada patung dari aloi logam, bahan gentian
plastik, kaca dan sebagainya. Maka langkah terbaik dan selamat ialah tidak
menyimpan patung-patung tersebut sama ada di dalam rumah, pejabat, kereta atau
di mana-mana sekalipun kerana ditakuti ia menjebakkan kita di dalam perbuatan
haram dan syirik tanpa sedar, jika terdapat unsur atau bertujuan penyembahan
dan pengagungan.
k.shu bg cni la..anak pantung bsar tu..rindu la nk tdo atas dio..haha
ReplyDeleterindu kat Bebe...='(
ReplyDeletesu : mai la ambik kt bilik ni.... xkn dia nk panjat sndiri tangga kot..
ReplyDeleteusna:hi4
bwk trun esk...haha
ReplyDeletebawak p kelas ka???,, hahahahaa.. mana muat.. besar sangat..
ReplyDelete