Thursday, August 4, 2011

..::: Kasih Ini Untuk Dia :::.



Ya ALLAH..

Dia yang kutemui dalam istikharahku...
aku tahu..
dia lelaki soleh yang sentiasa mendambakn cinta ILLAHI..

Gerak hatiku memberitahu..
dia sangat segak dan tampan..
bukan kerana rupa parasnya..
tapi kerana iman dan taqwa yang menghiasi wajahnya..
dia sangat kaya dan mewah..
bukan kerana hartanya..
tapi kerana ilmu dan amalnya yang sesekali tidak pernah tersasar dari landasan keikhlasan...
dia sangat penakut..
bukan kerana takut untuk berjuang di jalan ALLAH..
tapi terlalu takut untuk melakukan dosa dan maksiat pada ALLAH..
kerana dia mahukan kasih sayang dan rahmat ALLAH selalu memeliharanya..

Dia ikhwan yang kutemui dalam istikharahku..
seorang mujahiddin soleh..
seorang pemimpin ke jalan yang benar...
seorang pejuang agama ALLAH...
seorang yang pasti mencintai ALLAH..
lebih daripda cintanya kepadaku..
seorang yang pasti akn menjagaku dalam kebahagiaan dan kegembiraan...
dia pasti tidak akan pernah biarkn aku dalam kelalaian dan kealpaan dengan nikmat dan tipu daya dunia..
seorang imam yang akan mengetuai setiap solat2ku..
seorang lelaki yang akn menggengam jari jemariku meniti titian as-sirrat..
satu2nya pendampingku di syurga ALLAH....

ya RABB..
ku jaga sekeping hati ini..
ku akan pelihara hati ini..
hanya untuk dia....
hanya untuk dia yang Engkau ciptakn untukku..
kerana aku yakin..
dia pasti hadir untuk menjadi yang halal untukku..
maafkan aku..
pintu hati aku tertutup untuk menerima sebuah cinta dari lelaki yang bukan tercipta untukku..
tidak akan aku cemari kesucian cinta ini..
tidak akan aku kotori perasaan tulus ini dengan kepalsuan kasih yang berakhir dengan kemurkaan ALLAH..
xkan sesekali aku membiarkn ALLAH jauh dari hatiku...
lantas..
biarkn aku simpan hati dan perasaan ini untuk dia yang berhak..
kerana cinta itu pasti bersama keredhaan dan kasih sayng ALLAH..
Ya,
kasih ini untuk dia..
seorang adam yang ku temui dalam istikharahku..
indahnya rahsia ALLAH.

No comments:

Post a Comment