Friday, October 7, 2011

perkara yang selalu diambil ringan..


Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa kepada yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan :
Ertinya : "Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH." ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).
Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294).


Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :
  • Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
  • Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah (dipercayai).
  • Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
  • Awas fitnah masyarakat sekeliling.
  • Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
  • Haram melihat kepada aurat masing-masing.
  • Awas daripada bertukar gambar.
  • Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.
  • Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan 'janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)
  • (banyak lagi sebenarnya, cuma ni adalah antara yang selalu diambil ringan.. pertunangan bukanlah jalan untuk menghalalkan perhubungan)
p/s : semoga Allah sentiasa memeliharaku, kami, kamu dan kita semua..
        *bagaimana pula dgn prewedding???.. menyimpan gambar2 pertunangan???bergambar bersama ketika     majlis pertunangan??semuanya jelas di dalam ISLAM.. Islam satu2nya agama yang terlalu sempurna dalam semua perkara... :) ..

1 comment: