Sunday, January 29, 2012

Tips Kahwin Muda Dan Cara Berhadapan Dengan Ibu Bapa



Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.
Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-
1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.
9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Wednesday, January 11, 2012

exam final sem vs UPSI vs cuti



bismillahirrahmanirrahim..

9/1/12
last paper - science
aik.. ambik course PAKK pn kena blajar science ka??
iyaa...
kami guru pakk ni kan serba boleh..
semua benda kena study..
apa perasaan last paper??
alhamdulillah.. semuanya alhamdulillah.. hanya mampu berdoa..

__USAHA, DOA, TAWAKKAL___

kat sini ana nak kongsikan sedikit pasal UPSI..
saper xkenal UPSI??
alhamdulillah..semua dunia mengenalinya...
sepanjang perjalanan menuju ke dewan peperiksaan..
macam2 keluhan, rungutan,marahan..
macam2 lah..
tapi bagi ana... Adam semestinya tidak bersalah...
tapi kenapa kami2 semuanya yang di check??
roadblock di setiap cabang2.. sampaikan nak masuk kampus pn xboleh??
knp sampai g2 sekali?
adakah mereka ( pengikut Adam ) semuanya berbaring2 dijalanan??
tak kaaannnn..
dah tu??
knp sampai begitu sekali ramainya anggota polis n fru berjaga2??
apa yang nak ditakutkan??
ALLAH kan ada dimana2..
soo.. watpa nak takut??
kan5...

bukannya ada apa2 kesan pn kalau Adam digantung...
UPSI yang effectnya..
Adam bersedia menerima apa2 hukuman..
sebab.. 
" PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR "
" MAHASISWA TAK AKAN BERUNDUR !! MAHASISWA TETAP BANGKIT !!

kami lah pelapis NEGARA..
masa hari kejadia.. sempat la jugak untuk sama2 dk melihat keadaan.
mood dh habis exam kan..
memang *** ( perempuan ) siap berMAKE-UP lagi.
cantik2 g2.. huh
n 2 orang kawan ana siap kena mintak ic lagi..
knp??
ingatkan pendatang ker??
lucu pn ada jugak.. 
xder kerja lain gamaknya..
nasib ana xkena... 
sbb ana lagi lah.. siap berJUBAH n berJILBAB..
( mmg kalau tgk pakaian pn dh tau kan )
__stop bab tu__

malam nya.. 
malam yang dinanti2...
dihantar ke bus stop oleh sahabat ana..
pulang ke kampung dengan lapang dada..

sepanjang perjalanan ( atas bas )
ana dapat mesej dari sahabat ana.. 
memberikan peluang kepada ana untuk berkhidmat sebagai guru PASTI..
Ya Allah.. syukur x terkata bila ana khabarkan bahawa ana hanyalah cuti sebulan.
n ustazah ( owner ) sanggup untuk menerimanya..
( tempat tinggal disediakan :) )
mood : syukur Alhamdulillah..
kira rezeki datang bergolek..

sampai umah : ada something yang mengganggu fikiran..
alhamdulillah.. kesihatan mak ayah makin memuaskan.... .

Ya Allah, moga Engkau satukan kami dalam keredhaanMU..






‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Tuesday, January 3, 2012

examination for third's year... semester 5



sunyi jer blog ni kan..
apa x nya.. cik empunyanya sedang sibuk..
sibuk menghadapi imtihan dunia..
b4 ni..
seminggu tlh diberikan masa untuk ulangkaji..
tapi apa jadik??
saper antara blogger2 yang study masa minggu ulangkaji??
kalau nak kata x study langsung, tipu la kan..
tempoh masa yang stdynya
tapi x berbaloi ngn cuti seminggu "stdy week"
dalam masa sminggu tu..
ana memang ambik masa betul2 untuk..
..
..
..
study??
xder nyaaa...
relax..
rehat2 dari segala kerja2..
hahahahhaa
lawak la..


bermacam2 cerita ana download.. ana tonton..
bermacam2 berita ana ikuti..
tibalah harini..
masa yang dinanti2kan...
1st paper jam 9.00 pagi..
paper minor..
subjek al-sarf al-arabi
(minor arab kan)

2jam diberikan masa..
tapi cam biasa lah kaannn..
hihihi..
Alhamdulillah
tawakkaltu'alaALLAH..

skarang tinggal 3 paper major plak..
soo.. apa lagi??.. ambik mood stdy dgn layan cerita dulu..

bittaufiq wannajah sahabiah ana..
jangan main2..
jawab apa yang ditanya..
bkn apa yang anda tahu..OK.


p/s : Ya Allah, berilah ketenangan kepadaku.. berilah kesihatan kepada ibuku...



‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´