Saturday, October 30, 2010

senyum9..

senyum seindah suria, yang membawa cahaya.... sambung3.. hi7.. nk tau naper aku senyum?? hi4.. biasa lah..dk umah katakaaaannnn.. ni nk cerita nih.. hr jumaat smalam, aku n kawan2 ssampai kb dalam jam 8 pagi kot.. memang 1st time r sampai lewat g2.. sbbnya kami pn bertolak lewat.. syukur sangat kelmarin sbbnya masuk jer subuh, bila kami mintak ngn uncle yang bawak bas tu nk berhenti solat ky masjid, dia cakap ok.. n dia berhentikan kami untuk solat ..( walhal uncle tu india, memang dia hormat kami ah, tapi selalunya kalau uncle melayu yang bawak, huh, puas kami suh berhenti dia x berhenti.. melayu apa g2?? ) ok la tu.. syukur .. tp yang sedihnya, ramai2 lelaki dalam bas tu sbgai penumpang, hanya sorang jer turun untuk solat.. muslimat ramai jer turun, kalau dorang xturun, xheranlah, sbb myb dorang uzur.. ni lelaki?? layakkah mereka dipanggil muslimin???layakkah mereka untuk menjadi wali kepada anaknya nanti? astaghfirullah.. uncle driver tu dh berkali2 bgtau kt penumpang2 semua,, " solat2, pakcik berhenti kat surau ni.." mereka jz don't know jer.. hangat jugak ler hati aku ni... tu la orang kata, zaman sekarang ni, orang non muslim ni, kalau mereka lihat perangai or tingkahlaku orang islam sendiri, mereka xkan masuk islam. tapi kalau mereka mengkaji betul2 Al Qur'an, alhamdulillah, mereka akan masuk islam..n mu'alaf ni lebih elok daripada orang islam sendiri... macamana la negara nanti dipimpin oleh mereka2 yang sebegini??nauzubillah... ( aku pn xla baik sangat, tp terkilan la jugak..).. lupakan pasal tu.. sesampai jer kb( uncle turunkan kami kt stadiun,), tepon ank buah suh mai ambik,, n sekejap pastu abg ipar n ank buah mai ambik.. balik umah dia dulu, ambik kakak utk balik umh. ontheway balik, tgk 1 kmalangn jln raya.. kancil + kancil.. depan + belakang.. ngeri tengok. rasa xmau naik dh kete..sampai umh kakak,sembang2 kejap, makan2,, pastu p la Bachok, kakak nk ambik duit.. dalam kul 12 kami sampai umh mak ayah kt kg... ayah dk mandi,, mak kata, ayah menunggu ank bongsunya dr pg td agy.. n skarang br p mandi.. cian ayah menunggu lama.. ( susahnya nk jumpa ngn ank bongsu ni.. antara ayt ayah kt mak)maafkan sy yer ayah.. sy sayang ayah.. salam2 semua.. sembang2,, pastu dapat masak.. hi2,, balik2 terus masak.. hik5..
makan2 tengahari, solat2 , sembang2 ngn kakak2, main2 ngn ank buah, makan petai belalang, ( termasuklah bab2 kahwin, hi3..). terasa penat.. tido sampai petang.. hrmm bestllah dk umah.. study?? hi5.. xtau lah tu...ni dh masuk hr ke 2.. biasa lah.. pg2 wt kerja umh.. kemas2 umah,, wt sarapan pagi.. tp bes.. i like it.. practise make perfect.. kn8.. k lah, nk smbung buat kerja dulu..

p/s: study lh shuhada wei, nk final ni,, jangan jatuhkan result anda. jz naikkan or kekalkan.. Ya Allah, bantulah hambamu ini.. aku buat semua ini hanya untuk keluarga ku.. bknnya untuk orang lain.. niat liLLAH..

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Adat vs Ibadat

Mahar Hantaran : Adat vs Ibadat
www.iluvislam.com
oleh: tuan mohd rezza
editor: deynarashid

“Jangan nak mengada-ngada, kalau hendak kahwin tunggu dia habis belajar, ada rumah, ada kerja, dan ada kereta. Kalau tak, selagi tu jangan harap mahu kahwin” Meleter si ibu kepada anak daranya yang sudah sampai masa mendirikan rumahtangga..

“Hantaran kena sembilan dulang, RM1000 serba satu. Kenduri buat di hotel lima bintang, siap dengan siaran eksklusif dari tv10” Ayat-ayat yang biasa didengar.

Tergaman dibuatnya.

Masyarakat kita sekarang terbelenggu dengan masalah suka mengubah sesuatu ibadah menjadi adat dan budaya yang mendarah-daging. Kadang-kadang sesuatu yang mudah pada asalnya, tiba-tiba menyulitkan keadaan yang mana melahirkan banyak kesan samping yang membimbangkan.

Isunya yang diutarakan, ibu bapa sanggup menjual anak perempuan semata-mata kerana keadaan sekeliling memaksa bukannya menitikberatkan keperluan syari‘at tersebut. Yang hendak kahwin si anak, banyak pula karenah ‘birokrasi’ daripada ibu bapa.

Hikmahnya ditinggalkan.

Apabila acuan material terbentuk di dalam minda masyarakat, mahar hantaran menjadi tinggi sehingga membawa implikasi buruk kepada teruna dan dara. Si ibu memohon mahar yang tinggi seolah-olah menggali lubang durjana untuk anak gadis mereka dan diri sendiri.

Di Malaysia, mahar (mas kahwin) rasanya tidak susah nak dipenuhi. Tapi hantaran yang boleh buat turun berat badan kerana terpaksa mengikat perut. Daripada pengalaman melihat dan mendengar, kadangkala harga hantaran diletak tinggi dengan sengaja bukan kerana keperluan tetapi sindrom ‘segan’ kepada orang sekeliling.

Bagai terlupa perkahwinan bukan satu hari hanya di hari kenduri sahaja, tapi sampai detik nyawa terpisah daripada jasad, semua ini dipandang remeh. Kehidupan selepas kahwin juga memerlukan akaun kewangan kukuh.

JANGAN ADATKAN IBADAT

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui” an-Nur (24:32)

Bagi wanita yang mempunyai kesedaran dan mampu mempertahankan prinsip ajaran sabda Nabi s.a.w maka perlulah buktikan bahawa mereka mampu melawan adat.

Sayang sekali, kita asyik ulang kalimah melawan arus adat, tetapi jarang kita ambil pegangan mengikut pegangan agama. Mahar yang sedikit bukan merendahkan martabat, malah meninggikan martabat seseorang wanita di sisi agama.

Bayangkan pahala dan jaminan keberkatan yang didapati sehari demi sehari sebaik sahaja terlafaznya akad nikah dan bergelar isteri. Urusan tambahan hadiah dan wang hantaran yang membebankan pihak lelaki yang menyediakan dan juga pihak wanita yang menunggu perlu ditangani.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kenapa tidak ditukar pemberian hadiah ini setelah berkahwin, satu bulan satu hadiah sebagai pengikat kasih sayang di antara suami isteri. Tidak perlu mahal, asalkan ikhlas dan berterusan. Biar pun kita tidak mempunyai peruntukan untuk menetapkan kadar maksimum mahar, setiap ibu bapa terutamanya ibu harus sedar bahawa mahar itu adalah hadiah suami kepada isteri, dan bukannya harga yang ditebus oleh seorang lelaki bagi mendapat seorang perempuan dari ibu dan bapanya.

Mahar bukan harga jualan.

Jangan adatkan sesuatu ibadah, nanti jenuh untuk lunaskan. Jangan terkejut jika ada ternampak warga ‘terlajak’ umur antara lingkungan 40-45 tahun yang menolak stroller di taman-taman rekreasi, pasar raya kerana menunggu lama simpanan penuh sebelum dapat kahwin.

TERBITNYA MASALAH LAIN

Sebenarnya masalah couple atau maksiat hati, mata dan sebagainya bukanlah masalah pokok, masalah ini terbit dari masalah yang lain.

Apabila budaya kita yang mempersulitkan bangsanya untuk mendirikan masjid, dengan hantaran dan mas kawin yang mahal-mahal, sehinggakan dengan belanja kahwin seseorang itu mampu memiliki sebuat rumah maka tidak hairanlah ramai yang berbondong memilih untuk bercouple dahulu.

Berjuang untuk memudahkan urusan perkahwinan juga merupakan suatu ibadah, secara tidak langsung menutup satu alasan kenapa perlu bercouple.

Umumnya di barat pergaulan bebas dan seks sebelum perkahwinan adalah satu budaya yang lumrah dan bukan lagi rahsia. Malah, sesuatu yang janggal sekiranya seseorang itu masih dara setelah berusia tujuh belas tahun. Mereka lebih suka jika isterinya sudah ada pengalaman seks sebelum berkahwin supaya tidak perlu dia mengajarkannya lagi apabila mereka berkahwin nanti.

Jangan kita lupa, masyarakat di negara kita pun sekarang tidak jauh bezanya. Menghalakan pergaulan bebas, berpelesaran lelaki dan perempuan. Tidak mustahil gejala seks bebas tidak pernah berlaku.

Tugas berat ini terletak di bahu kita sekarang sebagai ad-Da’ie. Mulakan di kampus pengajian kita, tempat kerja untuk mengubah suasan tidak sihat ini. Alhamdulillah, inilah kemuliaan mukmin yang mendamba sakinah, mawaddah dan rahmah melalui ikatan perkahwinan. Mudah-mudahan mahar dan hantaran mahal tidak akan menjadi musibah merbahaya yang akhirnya membawa kepada kehancuran nilai-nilai murni dalam masyarakat seperti di atas.

Moralnya, jangan adatkan sesuatu ibadah.
‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

PASRAH SEGALANYA

Ada waktu, kita akan merasa bahawa diri kita sangat tersepit. Susah teramat sangat. Seakan hilang segala harapan. Seakan lenyap segala ruang penyelesaian.

Jauh di dalam lubuk hati kita, kita akan rasa kecewa teramat sangat. Rasa ditinggalkan. Rasa diasingkan. Keseorangan dalam masalah yang menimpa tanpa ada sesiapa yang mampu menghulurkan bantuan. Kadangkala, ia adalah masalah peribadi yang kita malu untuk kongsikan.

Akhirnya mula timbul dalam jiwa kita satu perkataan:

PUTUS ASA. Kita rasa segalanya sudah tidak berguna. Segala usaha sudah tidak bermakna. Maka kita pun bergerak mengikut arus kerosakan untuk ‘self destruct’. Jadilah apa hendak jadi. Kita sudah tidak peduli.

Tetapi kita silap.

Allah SWT itu tidak pernah meninggalkan hamba-hamba-Nya.


Hingga sampai ke benteng kesabaran

Tujuan ujian adalah untuk menguji. Sebab itu namanya adalah ujian. Jika ujian itu datang dalam keadaan mudah dilangkau, tidak dinamakan ianya ujian. Ujian semestinya menggegarkan, menggoyahkan, meragut ketenteraman dan menghilangkan kesenangan.

Dalam keadaan ini Allah ingin melihat sejauh manakah keyakinan kita kepada-Nya.

Yang Allah mahu daripada ujian adalah keimanan kita.

Saya sering mengulang ayat 2 dari Surah Al-Ankabut:

“Apakah manusia itu mengira, bahawa mereka akan dibiarkan berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?”

Sebab itu, adakah kita mengira, kita akan masuk syurga Allah dengan lenggang kangkung tanpa diuji dengan ujian yang hebat? Kadangkala seakan kita tertolak ke pinggir gaung. Hanya menunggu masa sahaja untuk jatuh walaupun telah berusaha bertahan.

Kita bertanya-tanya, kenapa kita diuji sedemikian rupa?

Ketahuilah, itu hakikatnya adalah tapisan kita ke syurga Allah SWT.

“Apakah kamu mengira, kamu akan dimasukkan ke dalam syurga, selagi belum tiba kepada kamu ujian yang telah didatangkan kepada orang-orang sebelum kamu? Mereka diuji dengan kepapaan dan serangan penyakit serta digoncangkan. Sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman dengannya: Bilakah pertolongan Allah(hendak sampai)?…” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Iya. Diuji sehingga ke pinggiran gaung. Sehingga tergoncang keimanan mereka. Allah nak bantu atau tidak ini? Tetapi mereka itu memilih untuk terus percaya. Apakah jawapan Allah pada akhir ayat itu?

“…(ketahuilah) sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Ujian adalah lumrah. Baik diuji dengan bencana, atau diuji dengan dosa yang tidak mampu ditinggalkan.

Tetapi jangan berputus asa. Usaha dan usaha lagi.

Yakin kepada Allah SWT. Berputus asa samalah dengan kita tidak lagi meyakini-Nya. Sebab itu, Allah amat membenci mereka yang berputus asa. Rahmat Allah sudah sangat luas. Justeru di manakah ruang kita hendak berputus asa kepada-Nya?

Kita langsung tiada alasan untuk berputus asa hakikatnya.

Walau terdorong ke pinggir gaung, kita tetap terus yakin kepada-Nya.

Yang terdorong hingga ke pinggir gaung itu sendiri adalah satu ujian.

Maka percayalah.

“Sesekali tidak, sesungguhnya aku bersama Rabbku yang memberikan petunjuk” Surah Asy-Syu’araa’ ayat 62.

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

... SIFAT SAHABAT SEJATI ...

1.. Jika engkau berbuat bakti kepadanyadia akan melindungimu

2.. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannyadia akan membalas baik persahabatanmu itu

3.. Jika engkau perlukan pertolongan kewangan daripadanyadia akan berusaha membantumu

4.. Jika engkau menghulur kebaikan kebadanyadia akan menerima dengan baik darimu

5.. Jika dia mendapat kebaikan darimudia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu

6.. Jika engkau perlukan bantuan darinyadia akan mengusahakan untukmu

7.. Jika dia melihat sesuatu yang tak baik daripadamudia akan menutup dari orang tahu

8.. Jika engkau berdiam diri (malu untuk meminta)dia akan menanyakan kesusahanmu

9.. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimudia akan meringankan untuk menghilangkan kesusahan itu

10.. Jika engkau berkata kepadanyadia akan membenarkannya

11.. Jika engkau merancang sesuatudia akan membantumu

12.. Jika kamu berdua berselisih fahamnescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan

p/s : semoga kami tergolong dalam ini.. k.nana, c'mox, x'leh, c'su, c'b, c'mar, c'da, c'10, aku
ya Allah, peliharalah ukhwah yang kami bina ini dengan tali persaudaraan Mu kerana agamaMu yang kami anuti..kerana IlmuMu yang kami kejar, kerana nikmatMu yang kami perolehi serta kerana kasihMu yang kami bawa bersama... AlQur'an dan Hadis kami bawa sebagai panduan hidup serta sebagai  
'ainun qalbina


‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

CANTIKNYA LELAKI... HEBATNYA WANITA..

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”


P/S : jadilah diantara ciri-ciri akhawat yang telah tersebut.. juga jadilah diantara ciri2 seorang muslimin yang tersebut. insyaallah dunia pasti aman dengan mereka..


‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Thursday, October 28, 2010

hello hello hello

dr semalam memikirkan siapakah yang bakal menjemputku di stesen bas kt kota bharu nanti setelah aku sampai esk pagi.. hu3.. penat memikirkan n dari semalam asyik menalifon n talifonku asyik berbunyi... malam ni jam 10.30 pagi, aku bersama rakan2 akan berangkat ke kampung halaman.. fuh.. xsabar2 ni.. memang barang dh lama tersimpan kemas di dalam beg balik kg ku.. hi3... tp sebelum itu, aku nk kongsi sedikit antara perbualan ku untuk menyelesaikan masalahku sendiri bersama familyku dalam menentukan siapakah yang akan menjemputku nanti.,.. mmg klu nk naik bas "SKMK" mmg mak ayh x bg r.. apatah lg TAXI.. nth la.. aku bkn lah manja sangat, tp,, nthla,, tp best gak ank bongsu ni... semua boleh.. heppy la bila bersama family...


 kisahnya bermula begini,,

khamis, jam 9.00 malam ,,
aku: assalammu'alaikum mak,,sihat x?? ........................................... 
mak: wa'alaikumussalam wbr.. bila naik bas?? ayah dk ingat hr2 dh tu bila lah ank bongsunya nk sampai ni      ( rindu benar ayahku ni, jarang dia gni ) saper y akan ambik kt bus stop??
aku : nth, abg lin kot (abg aku y slalunya akan menjemputku kt bus stop) .. tp oreh x bgtau agy ni..nnti nk sampai    gtau lah
mak: eh, kalau x silap, abg lin cakap dia kna p bukit kluang.. ada program sek dia.. try la konfrm balik..
aku : ok,, nnti org call..
sesaat selepas tu..
aku : assalamualaikum abg lin..................................oreh nk balik kg ni.. nek bas mlm ni,, myb sampai esk pg.. blh x p ambik??
abg lin: wasalam wbr............hrmm,,, abg kna p bkit kluang ler.. ada program sek.. try tnya org lain..
aku : (nada sedih) ok.. nanti org tepon..

sesaaat lepas itu..
aku :mak, abg lin x leh p ambik.. hu3.. nk suh saper p ambik??
mak : hrmm,, abg zie r ( abg ipar yang dk sebelah umh),, try tanya dia.tp abg zie keja pagi jumaat tu kul 8.. kul brp jangka sampai??
aku: xtau agy.. sbb tauke bas xmesej agy bertolak kul brp.. xpa lah.. nnti esk2 org tepon ah..

keesokannya..(hrni lah).. jam 11.30 pagi
selepas tauke bas menghantar mesej memaklumkan bahawa bas kami akn bertolak jam 10.30 dr kuo,, so aku pn menghitung waktu perjalanan ke kelantan.. 8 jam jugak tu.. hitung punya hitung, myb sampai kb kul 7 pagi jumaat.. so, xdapatlah abg zie nkp ambik,, sbb nnti xsempat dia nkp kerja.. nk suh wife dia, mana bleh sbb kak zah x leh nk drive keta dalam cuaca yang gelap..,.. hrmm. so,, tepon mak agy,, tanyakan pendapat..

aku : mak, macamana ni,, bas tolak lambat, abg lin xleh p ambik, abg zie nkp kerja.. pastu saper nkp ambik??
mak: haaaa... suh abg din.. myb dia ada kt umh kot..
aku: a'aa kn,, ok gak tu,, tapiiii,, abg din x mengajar kuliah subuh ka?
mak:: x kot,, xpo lah,, kalau ada pn, ponteng la, suh org lain yang bgkan kuliah tu..
aku: xpo ah, nanti orh call abg din..

sekejap lepas tu
 aku: assalamu'alaikum a.din.. dk wtper??............. org nk balik esk.................
abg din: wasalam wbr.. esk?? abg din kna p gua musang ni..
aku: wt gapo pulop??
abg din: abg din kna jd ahli panel utk forum perdana sempena pilihan raya kecil ni...3 hari dk gua musang.
aku : erk?? ( biasala tu,, abang akuu...teror gak.. mmg xdiakui r.. suma org tau ah.. kami pn mmg politik top r...) alaaa... pastu saper nkp ambik??
abg din: abg lin??
aku: dia kna p bukit kluang.. ada program sekolah dia.. huhuhu.. abg zie pn xleh sbb kerja..pastu nk suh saper??
abg din: hrmm... tnya la saper2 pn... jiran2 pn boleh..
aku:: xpe lah. nnti org tnya...

lepas tu 
aku: mak.. huhuhu.. abg din dk gua musang.. tempat pilihan raya... huhuhu( muka sedih).. dia suh jiran2 or saper2 p ambik.. malu preh nk oyat..
mak:: haaaaaa.... kak sah kn ada.. try tanya dia.. kalau xleh pn suh dia g ambik gak..
aku: ok,, nnti org tanya..

lepas tu
aku: assalamu'alaikum kak sah.. wtper?? cht?.........................
k.sah: wasalam wbr.. sihat.....................
aku: org nk balik esk.. xdek saper leh p ambik kt kb.. suma ada kerja.. hu3.. mak suh oyat ko kak sah jer..
k.sah : bila??? kul baper??? k.sah pn hr ni keta rosak.. p ngajar sek td pn jiran p antar...
aku: hah????(nyaris2 nk nangis)alaaaaaaa.. pastu saper nkp ambik.. hukhukhuk.. sob sob sob..
k.sah: gni ah,, nnti nk try tnya abg ( husbnd dia)..
aku: ok.. suh la ambik erk.. biar jd lah.. nnti xdop sapo nkp ambik.. sedih ni. hu3
k.sah : yelah.. nnti suh abg  p ambik..
aku: ok..:).. (muka kembali ceria)..nanti apa2 org bgtau lain erk.. nnti org mesej ah kalau nk sampai kb esk ( pg jumaat) 
k.sah : ok...............................

lepas tu
aku: mak, buleh dh.. abg din k.sah p ambik.. hi3... 
mak: alhamdulillah..
aku: mak, next week ''ngajar''( rutin mingguan kampung kami bagi muslimat2) kt masjid kita erk?? kita buat putu mayam nk x?? biar org buat.. lama dh x makan.. sedapnya..
mak:: nk makan ka??? beli kt kdai jelah,, xpayah penat2 buat..
aku:: alaaa.. kita buat la banyak2.. lama dh x buat.. kita hidangkan kt org 'ngajar' n org2 yang datang masjid.. (mmg penat ah setiap kali buat benda tu.banyak kan..)
mak.: a'aa kn.. hrmm,, bleh gak tu.. xpo ah.. nnti ''dak'' balik ni kita p kdai bli barang2 erk..
aku : ok,, beres bos.. hi3,,.. sedapnyaaaaaaaaaa..
mak : hi3.. ok..
aku: ok lah mak, nnti org tepon lain erk.. nk balik dulu ni ( dari oral prancis).. esk balik kg.. k,, kim salam semua.. 
mak: ok. wasalam..

dengan muka gembiranya aku pulang.. tp b4 balik kolej, p makan2 kfc dulu.. lepak2,, baru balik,,. tp kt fikiran ni terbayang rumah n putu mayang.. bestnya dapat buat putu maym.. mendapat 1 kepuasan disitu.. hi3.. 

ada lagi ni..
suma abg2 mesej tnya keputusan akhirnya macamana??.. aku pn bgatau r.. hi3...lepas tu bunyik pulak mesej .. tgk ank buah mesej tanya bila ucu balik??
adoi.. memang dorang suma rindu ah kt aku nih.. terharu pulak rasanya.. hu3/... xper2.. jz tinggal berapa jam lagi ucu akan sampai di kampung.. jangan risau yer,,.. sayang semua....


nasib baik bkn suma abg2 n kakak2 dk klantan, kalau x, memang aku mesej semua lah.. 

UHIBBUKUM HUBBAN JAMMA
UHIBBUKUM ABADAN ABADA

p/s : apa2pn keputusan, mesti rujuk kat mak.. hi3.. 
       cuba perhatikan, perkataan " BALIK JELAH NAIK TAXI OR BAS".. xdek pun keluar dr mulut3 mereka.. hu5..
"janjiku pd diriku sndiri n pd mereka, anakmu n adindamu ini akn terus berusaha untuk memperjuangkan agama Allah, insyaallah sampai ke akhir hayatku..kalianlah sebagai pemangkin ku dalam mengharungi segala onak duri serta cabaran dalam dunia ini....doaku mengiringi kalian.. semoga keluarga kita kekal berada di bawah lembayung rahmat Allah dan tetap menjadi sebuah keluarga sakinah yang hari2nya hanya pada Allah....insyaallah.. AMIN... USRATI HABIBI< BAITI JANNATI.. drp Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali...''

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

rindu vs cuti

alhamdulillah.. erkk.. kenyang.. itulah antara ungkapan kami setelah selesai mengalas perut di kedai selera timur...jam 9 malam, seperti biasa, berkumpul depan tv ( macam nkp lawatan plak), cukup semua orang ( kecuali sorang x dapat join, menurut kata sahabat sekolej dengannya, dia  kenyang)..macam biasa, aku memulakan aktivitiku dengan bergayut ngn mak.. rindu kt umah.,. biasalaa.. dh sbulan x balik..(ank bongsu katakan.. tp sorry,, bkn manja tau..).
tujuan utama kami berkumpul makan sama2 bknnya apa,, kn dh nk balik kg semuanya ( macamla x nak datang upsi balik dh.. hi9).. mlm ni 1st time makan kt kdai tu.. nk rasa gak makanan dia.. nth berselera or x.. masing2 mengoderlah makanan yang dihajati... macam2 dioderkan.. suma 8org, so 8 jenis makanan ada.. kuey teaw kungfu, kuew teaw tomyam, bhoon sup, bhoon tomyam, nasi goreng pattaya, mee goreng, kuew teaw goreng...air plak ada milo o ais, barli suam, barli ais, teh o ais, limau,, macam2 lh.. sampainya order.. kami pn memulakan makanan dgn bacaan doa oleh nabihah... sedang khusyuk makan..,, tet tet tet,, hsku bunyik.. senyuuum.. saper call???,, hi3.. keluar kedai ambik port jap.. selang beberapa minit, masuk sambung mam balik..:) :) macam2 benda yang di "bual" kan sepanjang makan.. xelok betollah.. abis jer makan, tangkap2 gambar, rakam2 video (gaya ala2 xnk jumpa dh),, nk order roti tshue(nth eja mcmana),tp segan ah.. so ambik kputusn bayar jelah.. keluar jer kedai tu,,sorang kwn ni, nk makan agy. perut apa la dia ni.. kami pn p la bli cup corn y terjual kt depan tu.. mula2nya 2 orang jer nk bli,, tp sbb mmakn masa utk menunggunya, so makin ramai y nak smpaikan last skali 6 orang bli cup corn... gelak jer makcik tu..macam2 kami sembang ngn makcik n pakcik tu.. dorg pn layan jer kami..(mmg kalau nk buat memantu, makcik tu x kn pilih la kitorg ni).. untuk makan cup corn tu, kami memilih port tepi padang mghadap bahtera...mengintai2 umah sewa kawan.. macam2 lah.. menyanyi lagu2 sahabat,, sembang2,, cerita2,,..tengah syok ni.. tetiba.. "eh korang.. ada sport check barangan letrik lah" dengan exctednya sorang kawan bgtau,, roomate dia cakap.. apa lgi kitorang ni.. kalut lah.. iyer r,, masing2 charger n periuk x daftar.. hi3.. wt jahat kn.. astaghfirullahal'adzim....xper,, jahat kt luar jer, hati masin2 baik.. insyaallah,. dalam hati ada taman... lepas tu, setiap org mengeluarkn hs yang sememangnya telah tersedia d tangan utuk menalifon roomate masing2 menanyakan perkhabaran sport check tu... untuk langkah berjaga2, kami pn bergegas balik ke rumah masing2 dan menyimpan barangan haram itu di tempat masing2.. sayang gak wei kalau kna rampas.. xmasak la kitorang... bkn kami x nk daftar, tp xkn semua kami nk daftar kot.. kami kn pelajar..hu5 :(... maafkan kami..maafkan kami..maafkan kami.. hi3..
ops,, esk ada test speaking france ni.. takut weh.. xtau gapo pn ni.. doakan kami success erk.. chayok3.. basya.. apa2 pn.. IBTASIM!!!!



bersepah2 bdk ni mkn.. ish6, nk wt kakak ipor mcmna xtau ni


muka atin xleh blah..


makan tepi longkang, bihah diet


k.nana yang banyak bercerita.. c'mox telah boring mendengarnya


muka hepi pas makan


cup corn yang dimakan


‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Wednesday, October 27, 2010

sahabatku

Sahabat-sahabatku....

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita…
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan…
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan…
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Kita tidak tahu…
Tetapi. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu..



‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Surat Untukmu Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim..

Ke hadapan sahabatku yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah,

Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya serta dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslimah. Ketika nukilan ini kutulis mungkin kau sedang ditemani oleh sahabatmu yang mampu menceriakan dirimu lebih dariku. Walau bersama siapapun dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu..

Sahabatku, 
Sepanjang cuti yang lalu, banyak yang telah kufikirkan. Tentang kata-katamu mengenai diriku. Tentang teguran darimu yang membuat diriku tersedar dari lamunanku. Terima kasih wahai sahabatku. Dengan kata-kata dan teguran darimu, aku muhasabah kembali tentang apa yang telah aku lakukan sepanjang kita bersahabat. Adakalanya perlakuan dan tutur kataku melukai hatimu. Tapi kau masih tersenyum ketika berbicara denganku. Ku akui kelemahan diri yang sukar sekali mengawal bicaraku. Telah banyak kali kuingatkan diri ini agar mengawal setiap tutur bicaraku namun diriku kecundang jua. 

Sahabatku, 
Kadang-kadang banyak perkara yang ingin kukongsi bersama dirimu. Bila kusedar tentang siapa diriku pada pandangan matamu, cepat-cepat aku padamkan keinginan hatiku itu. Aku mengerti bahawa aku bukanlah sesiapa pada dirimu. Tapi bagiku dirimu amat bererti buat diriku. Sejak aku mengenali dirimu, banyak perkara yang tak pernah aku bayangkan menjadi sebahagian dari kisah hidupku telahpun kutempuhi. Ianya amat beerti bagi diriku yang masih mencari tentang erti kehidupan yang sebenar. 

Sahabatku, 
Aku tertanya ke mana hilangnya kemesraan hubungan kita. Kenapa kau mendiamkan diri dan tidak menjawab semua panggilanku? Jika benar diriku ada berbuat salah dan melukai hatimu, maafkanlah diri ini kerana aku jua manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Khabarkan pada diriku tentang apa yang telah aku lakukan yang membuatkan dirimu menjauhkan diri dariku. Jika dirimu enggan memaafkanku, apalah dayaku kerana hanya kau yang berhak untuk memberikan kemaafan padaku. Sahabatku yang lain pernah berkata 'Orang yang memaafkan kesalahan orang lain punyai jiwa yang besar'. Mahukah kau menjadi seperti mereka? 

Sahabatku, 
Aku tidak mampu lagi untuk menyusun madah kerana setiap kali diriku mencoret nukilan buatmu aku dapat rasakan yang kau semakin jauh dariku. Ambillah sebanyak mana waktu yang kau mahukan. Akanku didik diri ini agar sabar dalam menanti sebuah kemaafan darimu. Jika itu harga sebuah kemaafan yang perlu kubayar akan kusabar dalam penantian ini. 

Sekian dariku. 


Sahabatmu,
Al-Mukhlisah.


p/s : sayangilah orang sekeliling anda selagiianya masih berkesempatan..
‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´