Wednesday, November 24, 2010

10 PERSOALAN SEKITAR ISU CINTA DAN PERKAHWINAN



Adakah seorang khunsa boleh berkahwin?


     Khunsa ialah seorang manusia yang mempunyai dua alat kelamin, alat kelamin lelaki dan alat kelamin perempuan. Khunsa terbahagi kepada dua, khunsa musykil ( kedua-dua alat kelamin berfungsi ) dan khunsa ghairu musykil ( salah satu daripada alat kelamin tidak berfungsi ). Pada hakikatnya khunsa ghairu musykil, adalah seorang lelaki yang mempunyai lebihan alat kelamin atau seorang wanita yang mempunyai lebihan alat kelamin.


     Telah berkata para ulama': "Khunsa ghairu musykil di anggap lelaki atau perempuan mengikut tempat keluar air kencing. seandainya khunsa tersebut membuang air kecil mengikut salur air kencing lelaki (zakar) maka dia dianggap sebagai lelaki, jika dia buang air kecil mengikut salur air kencing wanita (faraj) maka dia dianggap sebagai seorang wanita." Para ulama' mengambil tempat keluar air kencing sebagai iktibar kerana ianya merupakan tanda paling umum, tanda ini akan wujud pada seseorang sejak dia kecil hinggalah dewasa, berlainan dengan tanda-tanda lain yang hanya wujud pada waktu-waktu tertentu.


Khunsa ghairu musykil


     Hukum bagi seorang khunsa ghairu musykil dalam perkahwinan, pembahagian harta pusaka dan semua hukum yang lain mengikut tanda yang jelas pada dirinya , sama ada lelaki ataupun perempuan. Seandainya  tanda yang jelas pada diri khunsa tersebut lelaki maka dia mengikut hukum seorang lelaki dan begitulah sebaliknya.



Khunsa musykil


     Manakala khunsa musykil pula tidak dapat dibezakan sama ada dia seorang wanita atau seorang lelaki. Dalam situasi ini dia tidak sah menjadi isteri atau suami. Para fuqaha' telah berkata: "Tidak pernah digambarkan oleh syara' khunsa musykil boleh menjadi seorang ayah, ibu, atuk, suami ataupun isteri kerana haram menikahi seorang khunsa selagi mana dia dalam keadaan musykil kerana tidak ada tanda-tanda yang membezakan dirinya seorang lelaki ataupun perempuan. Urusan pernikahan memerlukan keyakinan, pasangan yang dinikahi mesti dipastikan berlainan jantina, tidak cukup sekadar syak atau agak-agak.

     Menurut kajian ulama-ulama moden, khunsa yang kedua-dua alat kelaminnya berfungsi masih boleh dipastikan sama ada mereka lelaki atau perempuan melalui hormonnya. ،Kandungan hormon lelaki dan perempuan boleh di ketahui dengan menggunakan perlatan moden.Menurut mereka, amat sedikit khunsa yang dikategorikan sebagai khunsa musykil.



Hukum lelaki muslim berkahwin dengan wanita ahli kitab


Sesungguhnya syariat Islam tidak pernah menghalang lelaki muslim untuk berkahwin dengan ahli kitab masihi dan yahudi, sepertimana yg telah disebutkan didalam al-quran:



ٱلْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ ٱلطَّيِّبَاتُ وَطَعَامُ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلْكِتَابَ حِلٌّ لَّكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلٌّ لَّهُمْ وَٱلْمُحْصَنَاتُ مِنَ ٱلْمُؤْمِنَاتِ وَٱلْمُحْصَنَاتُ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ إِذَآ آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ وَلاَ مُتَّخِذِيۤ أَخْدَانٍ وَمَن يَكْفُرْ بِٱلإِيمَانِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ وَهُوَ فِي ٱلآخِرَةِ مِنَ ٱلْخَاسِرِينَ


Maknanya: "Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya - di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka mas kahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan."


     Berdasarkan ayat tersebut Allah s.w.t membenarkan lelaki-lelaki muslim berkahwin dengan wanita-wanita ahli kitab dengan syarat mereka mestilah wanita-wanita yang menjaga kehormatan diri mereka. Pada suatu hari, Umar bin Al-Khattab telah mengarahkan huzaifah supaya menceraikan seorang yahudi yang dikahwininya, maka huzaifah pun bertanya: " Adakah haram aku mengahwininya?" Saidina Umar menjawab: “ Tidak, tapi aku takut kau akan berkahwin dengan pelacur dalam kalangan mereka.” Ini menunjukkan haram berkahwin dengan wanita yahudi tersebut bukan kerana agamanya yahudi, tapi kerana haram berkahwin dengan pelacur. Firman Allah:


 ٱلزَّانِي لاَ يَنكِحُ إِلاَّ زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَٱلزَّانِيَةُ لاَ يَنكِحُهَآ إِلاَّ زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذٰلِكَ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (al-nur: 3)


     Oleh yang demikian sebahagian ulama’ mengatakan: “ berkahwin dengan ahli kitab yang menjaga kehormatan diri lebih baik daripada berkahwin dengan seorang muslimah yang berzina, kerana ahli kitab yang menjaga kehormatan diri Allah taa’la menyatakan mereka ini adalah dari kalangan orang yang baik-baik, halal bagi kita untuk mengahwininya, manakala Allah mengatakan perempuan muslimah yang berzina merupakan perempuan yang kotor ( jahat) dan tidak boleh berkahwin melainkan lelaki yang jahat seumpama dengannya"  Firman Allah:


ٱلْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ

Mafhumnya: “Perempuan yang kotor ( jahat) untuk lelaki yang kotor (jahat)” (al-nur: 26)




Rujukan

1. Ma yajuz wa ma la yajuz fil hayatiz zaujiyyah ( Syeikh Said Abdul Aziz Bin Al-Siddiq Bin Al-Ghumari)
12.34am 18/02/2010
Rumahku syurgaku, Bait Al-Tijari,
Mansurah Mesir.

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

No comments: