sedikit perkongsia ana ingin kongsikan, semoga ianya berguna untuk kita semua...
Kali pertama Hakim melihat wajah Huda ketika mereka mengikat tali pertunangan suatu ketika dulu. Mereka tak pernah berjumpa sebelum ini apatah lagi saling mengenali. Hakim merupakan penuntut di Universiti Al-Azhar (Mesir) yang baru sahaja selesai ijazah dalam bidang Lughah. Semasa di menara gading, dia sering dijolok dengan gelaran "ustaz". Mungkin dia terlalu baik dan alim pada pandangan mahasiswa/i lain. Lagipun dia pernah menuntut ilmu di Madrasah al-Bakriah Pasir Tumboh setiap kali cuti semester. Mukanya yang sentiasa jernih dengan wudu' kadang-kadang mencuri tumpuan para mahasiswi di Azhar.
Tak pernah terlintas di benaknya untuk dijodohkan dengan muslimah dari Madrasah . Bahkan dia tak pernah ke sana. Pada mulanya, dia ingin segera mendapatkan Master sebelum diijab kabulkan. Jodoh tak dapat disengka. Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata ibunya.
" Hakim, mak nak sangat tambah ahli keluarga baru " .
Dia tak mampu membantah kerana lebih pentingkan hajat ibu.
Dia hanya tahu bahawa bakal isterinya itu bernama Huda binti Muhammad, tinggal di Bachok dan pelajar Maahad. Saat pertama kali dipertemukan 2 bulan lepas, Hakim masih ragu-ragu sama ada patutkah dia menyunting gadis tersebut atau sebaliknya namun dia yakin jodoh itu ketetapan Ilahi dan tak dapat diragui.
Huda yang sentiasa berpurdah dan bertudung labuh itu hanya menyerah segala-galanya kepada Tuhannya. Dia tidak terlalu memilih. Baginya agama pada bakal suaminya itu paling utama. Cinta berteraskan agama akan kekal sehingga ke syurga. Sebelum ini, 3 orang jejaka yang berlainan latar belakang melamarnya. Zaidi, bakal doktor dan seorang yang pentingkan kreadibiliti. Ahmad, bakal mendapat gelaran "Dr." dan hanya menunggu PhD kejuruteraan diluluskan. Farid, baru sahaja mengambil alih tempat bapanya sebagai pengurus suatu syarikat di pusat bandar. Lamaran ketiga-tiga lelaki ini ditolak Huda setelah istikharahny. Tak dinafikan Farid berada dalam situasi selesa dengan pangkatnya selain Ahmad hanya menanti kekayaan dan Zaidi yang tampan menjadi kegilaan wanita lain.
Huda tidak berat untuk menerima Hakim sebagai kekasih halalnya dan pembimbingnya. Wajahnya yang boleh menimbulkan fitnah bagi kaum Adam hanya dapat dinikmati oleh suaminya. Huda tahu bahawa kehidupannya selepas ini akan berubah. Dia juga seperti wanita lain yang mahu menyayangi dan disayangi.
Mereka berdua disahkan menjadi suami dan isteri pada Disember 2010. Majlis akad nikah begitu meriah dengan kehadiran saudara mara dan ahli keluarga. Batasan syara' tetap terjaga. Tempat makan lelaki dan perempuan diasingkan manakala bunyian yang ada pada hari ini hanyalah alunan nasyid dan selawat. Mereka berdua tidak mengejar romantik yang dicampuri hawa nafsu dan cinta yang dimerahkan dengan dosa.
Janggal rasanya bersama orang yang masih terasa asing. Mereka seolah-olah bisu dan menunggu pihak yang memulakan percakapan.
" Kenapa kamu menerima lamaranku? Sedangkan aku lelaki seperti 3 orang yang kamu tolak lamarannya sebelum ini " Hakim memecah kesunyian.
" KeranaNya " .
" Kamu tidak mengenaliku, aku juga tak pernah berbicara denganmu sebelum ini, yakinkah kamu bahawa aku bakal membimbingmu? "
" InsyaAllah " .
" Padamu 4 perkara yang cukup lengkap. Engkau beragama, daripada keturunan yang mulia, keluarga yang berada dan wajahmu terlalu sempurna pada pandanganku. Bahkan kamu terlalu mahal daripada wanita di luar sana ".
" 4 perkara itu pun ada pada kamu " jawab Huda sepontan.
" Tapi kamu tak punyai apa yangku ada. Sepanjang umurmu, berapa kali kamu wajahmu dipandang oleh lelaki asing " .Pertanyaan yang tak langsung dijangka oleh isterinya.
" Purdahku ini melindungi wajahku, melindungi maruahku daripada sebarang kekotoran. Namun aku tahu, aku tak sesuci yang kamu tahu. Sepanjang hayatku, seorang lelaki ajnabi, jiranku pernah memandang wajahku tapi ia berlaku terlalu pantas. Aku tak sedar dia ada di halaman rumahnya " terlalu perlahan nada Mariam sambil menunduk kepalanya.
Tangan Hakim yang sedang memegang jari-jemari Huda tersentak. Dia segera bangun berdiri dari sisi katil biliknya tanpa sebarang kata-kata. Meninggalkan Mariam di situ berseorangan.
Huda tahu bahawa dia tak mampu mempertahankan kesucian maruahnya untuk suaminya. Dia belajar agama tapi tak semua diamalnya. Kadang-kadang dia lalai daripada melaksanakan hukum Ilahi. Air matanya membasahi pipi yang telah lama kemerahan. Dia terlalu mudah tersentuh. Hatinya terlalu lembut kerana martabat ruhaninya sentiasa dinaikkan.
Makan pagi bersama keluarga mertua pada pagi itu terlalu suram. Huda diam seribu bahasa. Hakim tak langsung memandang wajah isteri baru itu bahkan mukanya yang serius bertambah tegang . Ibu bapa Hakim yang hairan hanya memerhati dan terus memerhati. Selesai sarapan, Hakim bangun sambil meminta diri untuk mengajar di sekolah. Huda yang masih diam disapa ibu mentuanya...
" Hakim tak sihat ke? "
" Dia tak apa-apa " jawab Huda.
" Mariam berkelahi dengan Hakim? " bapa mentuanya menyelit.
" Tak juga ayah "
" Biasanya Hakim paling banyak cakap, pagi ni diam pula " tambah bapa mentuanya itu.
" Baiklah, ni urusan rumah tangga Huda dengan Hakim, kami berdua tak mahu masuk campur " kata ibu mentua Huda.
Huda yang terus dihimpit serba salah dan fikiran yang serabut pergi ke kamarnya untuk membaca Kalamullah. Setiap kali hatinya tak tenang, al-Quranlah yang menemaninya. Air matanya terus mengalir. Dia telah menyakiti perasaan suaminya. Malam pertama yang bahagia bagi pengantin baru yang lain namun dingin bagi mereka berdua.
Terlalu lama di hadapan mashaf suci itu, Huda terlelap . Hakim yang baru pulang hanya memerhati dari jauh.
Hari ketiga dan seterusnya mereka berdua seperti orang yang tak saling mengenali. Huda yang cuba mendekati Hakim tapi rasa salahnya lebih tebal daripada keinginannya.
Selepas solat Isyak, Huda tiba-tiba pengsan di pangkuan suaminya. Badannya terlalu panas. Hakim segera mengusungnya ke ruang tamu. Pada waktu itu, mereka hanya berdua. Ibu bapa Hakim ke Perlis untuk menghadiri konvo anak bongsu mereka. Setelah tiba di Hospital, Huda diberi rawatan. Hakim mula rasa tak tenteram. Rasa menyesal pun terbit. Huda masih tak sedarkan diri. Hakim ke surau untuk solat hajat memohon kepada Yang Maha Berkuasa agar dijernihkan kembali keadaan.
" Ya Allah ya Tuhanku, aku tahu engkau yang menguasai alam ini, engkau jua memberi manfaat dan mudharat. Maka angkatlah kegelisahan padaku dan sembuhkanlah isteriku. Aku tahu, aku terlalu melampau dalam tindakan, pimpinlah kami berdua ke jalanmu " .
Hakim ke bilik pesakit dan mendapati isterinya masih belum sedarkan diri. Doktor menasihati Hakim agar menjaga Huda dengan baik kerana Huda terlalu lemah untuk melawan perasaan dan tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan.
Terucap kalimah syukur di bibirnya. Lantas segera ke katil Huda. Bersamanya butir-butir tasbih di tangan kanan manakala tangan kirinya memegang erat jemari Huda. Sambil menunggu Huda sedar,dia banyak kali tersengguk. Terlalu mengantuk. Namun tetap dilawan sehingga terlena di lengan Huda.
Jam menunjukkan 2 pagi. Suasana terlalu sunyi. Hanya bunyi cengkerik di sekitar hospital dan kipas yang berputar di siling. Huda yang tersedar cuba bangkit mendapatkan minuman di sampinganya untuk menghilangkan haus tapi dia terlalu lemah. Baru disedari bahawa suaminya ada di sampingnya dan sekarang dia berada di hospital.Tak tergamak untuk mengejutkan suaminya pada awal pagi itu, dia cuba sedaya mungkin mengambil gelas yang berisi air mineral. Dari dulu lagi, Mariam tidak suka menyusahkan orang lain dalam urusannya.
Terdengar gelas pecah, Hakim tersedar. Tanpa memerhatikan Huda, dia hanya mengutip serpihan-serpihan kaca gelas dan dibuang di dalam tong sampah. Dahi Huda di sentuhinya, rasa panas semakin kurang.
" Rasa lemah lagi? " ucapan ringkas Hakim kepada Huda.
" Mungkin ini salahku, kehidupanmu tak terurus walaupun kamu mampu menjaga kebajikanku, mak dan ayah. Aku menyebabkan fikiranmu bercelaru. Aku menyedarinya tapi aku takkan membiarkan permata yang mahal digandingkan bersama batu yang bersulam emas. Kamu terlalu suci, terlalu bernilai sedangkan aku bukanlah lelaki yang baik dan padan denganmu. Aku pernah banyak kali memandangkan perempuan yang bukan halal bagiku sebelum ini jika dibandingkan dengan mujahadahmu memelihara dirimu " tambahnya.
Belum sempat Huda berkata-kata. Hakim meneruskan kalamnya
" Aku diajar agar tidak melakukan kezaliman pada diriku dan orang lain. Bagiku, bersamamu adalah suatu kezaliman kerana tidak meletakkan sesuatu di tempatnya. Kamu sepatutnya bersama lelaki soleh yang jauh lebih baik daripadaku. Aku tak mampu melawan perasaan bersalahku semenjak mengahwinimu. Aku tak dapat menyimpannya di dalam sanubariku walaupun kucuba beribu kali. Kamu pula terkena biasnya " .
Huda tak dapat berkata-kata. Itulah lafaz yang paling menyentuh hati pernah didengarinya. Bergelinangan air mata Hakim tapi terus ditahan daripada mengalir setelah dapat meluahkan perasaannya.
" Bagiku, kamu adalah insan terbaik pernah kutemui " suara lembut Huda bertutur. " Ini pilihan Allah Taala, ini ketetapan jodoh anugerahNya. Allah pasti memberi yag terbaik untuk hambanya yang mengintai cinta hakiki " .
Hakim segera bangun dan keluar dari bilik hospital itu. Huda menyapu air matanya dan menguatkan anggota turun dari katil dan memeluk Hakim dari belakang. Hakim hanya menghadiahkan kucupan di dahi Mariam seperti mana kucupan selepas mereka diijab kabulkan..
No comments:
Post a Comment