Thursday, August 4, 2011

Ayah, Anak, Ayah, Anak


Dialog antara dua orang ayah dengan dua orang anak kecil mereka di tepi sebuah sungai.....

Ayah 1: Adik, marilah masuk dalam air ni, janganlah takut. Air ni tak dalam pun. Marilah..

Ayah 2: Adik, marilah masuk dalam air ni. Ikut macam ayah. "Best" ni.

Soalan (macam nak exam je kan?)

Antara kedua anak² itu, anak kepada ayah 1 dan anak kepada ayah 2, yang mana satukah akan turun sungai mengikut ayahnya?

http://external.ak.fbcdn.net/safe_image.php?d=b5f9b279112bc836d0daf58a1efd1382&url=http%3A%2F%2F1.bp.blogspot.com%2F-jKLXLOGgWW0%2FTbg78N8Lh1I%2FAAAAAAAACfg%2FFDQ5gGBYxX8%2Fs1600%2Fs_591d65b9ace06535f7ba5be52ff32fcb.jpg


Anak 1: Tak nak! Tak nak! Saya takut. Air tu dalam. Saya tak tahu berenang!!! (sambil menangis² dan berlari ke belakang ibunya…)

Anak 2: Terus berjalan perlahan-lahan ke arah ayahnya, tanpa memandang ke belakang.

Sungainya sama, kedua-dua ayah ini berada di tempat yang sama, kedalaman yang sama, tetapi anak 1 tidak berani untuk masuk menyertai ayahnya, manakala anak 2 tidak takut untuk menyertai ayahnya.

Apakah yang membezakan keduanya???

"Kata-kata."

Ayah pertama, mengajak anaknya, dengan menggunakan kata² negatif. Janganlah takut, tak dalam pun. 

:: Dalam fikiran anak 1 terus berasa takut dan terus rasa air itu sangat dalam. 

Samalah bila kita kata pada seseorang janganlah nangis, "confirm" dari tak nangis terus nangis. Betul tak?

Pentingnya dalam hidup kita mempunyai "Positive Attitude" atau pun berpandangan positif. 

Itulah yang saya belajar hari ini di kelas. 

Jika kita mulakan sesuatu dengan pandangan negatif, maka negatiflah hasilnya. 

Bayangkan sebelum mengambil peperiksaan, awal² dah kata susah, dan merasakan akan gagal, padahal tak duduk pun lagi. 

Adakah pandangan negatif itu akan membantu kita menghadapi peperiksaan? 

Tambah cuak adalah (betul tak???).

Sama juga dalam apa² yang kita lakukan. 

Jika kita awal² dah mengatakan kata-kata negatif dalam fikiran kita, semakin sukarlah untuk mendapatkan sesuatu yang positif. 

Kalau kita katakan ia susah, maka susahlah yang kita nampak. Kalau kita nampak kegagalan, makin dekatlah kita kearah kegagalan. 

Tanamkan kata² yang positif. Orang di sekeliling kita bila melihat kita positif pun akan merasakan kepositifan(ada dalam kamus tak ayat nie) itu!

Sekadar berkongsi apa yang saya pelajari pada hari ini. Berjaya menaikkan kembali semangat saya. Harap anda juga.

Yes! Be positive! I can do it! Wachaa...

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

No comments: