Monday, August 22, 2011

saya suka tengok mereka bahagia..

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
alhamdulillah.. minggu ni minggu terakhir ana berkhidmat sbg GURU kt PASTI
alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar..
3 bulan bersama mereka...
ya Allah, heppi sangat3..
soo.. sbg kenang2an, 
...................
ni pic2 dorang yang ana sempat ambik..


hari ni 7 orang muslimin jer datang sek.. sbb hujan..


muslimatnya ada agy.. pmalu..
nak ambik gambar pn xnak..
xmampu nak pujuk daa,,


gambar muslimin + muslimat..
ce tengok dinding..
adoooooiii..
xlarat cikgu nak tampal.. asyik koyak jer..



sajer jer menjeloskan budak 6 tahun..
( jahatnya)


len posisi

ni plak pic mereka sebelum bg hadiah..
hihihi.. 
rajinnya menyapu...
kecik2 pn cili padi..


cik asraf nak kacau dah tu..
sajer nak masuk camera jugak,..


akir, menyapu ker apa tuuu

alhamdulillah.. ni plak hadiah2 yang dapat cikgu bagi..
semalam,, lepas terawih, 
terus dk memproses membungkus hadiah2 ni..
walaupun simple.. tapi .. tengok aje riaksi mereka...
suka sangat3..









saat2 dinantikan
tengok lah mereka..


selepas sesi qiraati, mini hamper untuk mereka..
dah pakat hepi dah..
x sabar2 dorang nak buka...
+ dengan jelly yang semerbak mewangi
( cikgu pun terliur dengan baunya )


b4 balik.... semua sabar menantikan suprise yang seterusnya..
walhal mini hamper td pn belom dibuka agy ..
bek2 jer semua ni...
( pandai mereka berlakon )


tadaaaaaaaaa....
hihihi


angkat tinggi2...
alamak,, x cantik pic..
maaf anak2.. cikgu x ingat nak bawa DSLR..
tinggal kat umah...
:p


masing2 sibuk nak tunjuk hak milik sendiri



suka lihat mereka bahagia..

ayat terakhir selepas sese doa, bersalaman ." cikgu2.. esok bawa pulak erk "

p/s : sedihnya lepas ni dah kembali ke kampus.... susah dah nak jumpa mereka.. cuti makin kurang..
xpe3.. cikgu sayang kalian sangat3..
for budak2 6 tahun,, maaf cikgu x bagi hadiah kat kalian harini..
sajer jer nak tengok reaksi korang ..
( cikgu2.. saya nak jugak2. )

( bdk2 6 tahun menyerbu masuk kelas ana... "cikgu, mana hadiah utk saya"..
walhal mini hamper sememangnya cikgu bagi utk semua.... "oklah.. nanti cikgu bawa hari khamis plak yer" ) )

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Friday, August 19, 2011

ambik 2 ni boleh???


hari ni ada blogger fiz jenguk2 saya n tinggalkan coment.. dia kata.. nak doodle raya free.. ambik jer..
AQ apa agy... ambik jelah.. pilih punya pilih... AQ ambik pasangan ni... walaupun AQ minat ijau,, tapi raya ni ada orang hadiakan baju raya kaler biru... so.. ambik AQ pilih biru lah..
:)..

salam ramadhan semua n maap zahir batin.. 
sama2 kejar al Qadr..


‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Seorang Insan Bernama Kakak


Dengan Tinta pena aku menulis..

Bertintakan warna melakarkan isi hati..

Hampir semua..

Andainya ku daya..


Rinduku padamu melebihi Isi hatiku..

Cahaya malam menemani..

Bunyi bising kereta meluncur deras..

Mengejar urusan yang tidak pernah terbatas..


Luahan rindu buat kakakku bertamu..

Kubiar perasaan melayani rindu itu..

Tika bergemarnya azan Isyak yang merdu itu..

Aku bersimpuh memohon pada-Nya

Agar kau juga merinduiku seadanya..


Lima tahun sudah berlalu..

Masa itu gambaranku jelas..


Aku,

Budak hinggusan bermesra denganmu..

Mengharapkan kasihmu Kakak abadi setulusnya..

Kakakku yang kusayangi selamanya.. 


Tidak, bukan ini yang kupinta..

Kasihnya bukan sekejap ini..

Ada yang lebih menyanyanginya..

Melebihi sayangku padanya..

Pergilah kakak tinggalkan aku sendirian..


kakak,


Jika kau mendengar rintihanku..


Ketahuilah kakakku sayang..

Budak hinggusan dulu sudah kini berdiri gagah..

Sudah mampu menukil tinta..

Sudah mampu memikul amanah..

Sudah dewasa matang akalnya..


Tapi,
Rindunya padamu tidak pernah luntur..

Amanah Allah padanya kian teguh..

Berdiri dia kini sebagai penukil tinta kalimah Allah..

Penyeru dan penyahut agama Allah..

Bakal daei, penukil tinta Allah dan Penyeru agama Ilahi..

Aku merinduimu kakak...

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Thursday, August 18, 2011

Istighfar (meminta ampun) dan taubat


Sabda rasulullah S.A.W yang bermaksud :

Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.

Sabdanya yang bermaksud:


Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.

Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:






maksudnya;

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.



Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:


Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.

Sabdanya yang bermaksud:


Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.

Sabdanya yang bermaksud:

Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.

p/s : buat diri sendiri dan semua.. sama2lah kita sucikan hati.. moga mendapat keberkatan untuk bertemu malam al Qadr..
‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´