Thursday, March 31, 2011

20 Perkara yang membuatkan wanita benci lelaki


by Mohd Afizi Zakari Awang

Beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan, malahan perkara yang dinyatakan juga ada yang termasuk dalam perkara maksiat. Artikel ini mengunakan perkataan kekasih (bagi admin kekasih yang sebenar dalam artikel ini ialah Isteri bukannya kekasih yang tidak menepati syariat). Moga kaum adam mendapat manfaat terutama yang bergelar suami dan bakal bergelar suami.

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’ 
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Wednesday, March 30, 2011

Cara Syaitan Membuka Aurat Wanita

bismillahirrahmanirrahim..
ana terbacakan artikel ni dari ustaz ana....
sama2lah kita renung n kita muhasabah diri..


Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. 


Berikut adalah cara bertahap: 

I. Menghilangkan Definisi Hijab 
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. 

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza 
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. . 

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya? 

Pertama, Membuka Bahagian Tangan 
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan? 

Kedua, Membuka Leher dan Dada 
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka. 

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya. 

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang 
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru. 

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita 
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanja! ng). 

Keempat, Agak di Buka Sedikit 
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya. 

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hi! jab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya. 

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit 
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya. 

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit 
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab." 

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen ! pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang. 

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis 
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, 
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis." 

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwan! ya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi. 

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis 
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya." 

Tetapi? apakah itu tidak menja! di fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman." 

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita. 

III. Serba Mini 
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah." 

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mu! stahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia. 

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita." 

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko. 

Penutup 
Demikian halus,! cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat. 

Wallahu a'lam bisshawab. 

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Mestica Mimpi Yg Indah




MIMPI YANG INDAH
------------------------------
Telah ku lalui jalan berduri 
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
 
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar 
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
 
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Hijjaz - Rindu



Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

fly

awal kalam.. bismillahirrahmanirrahim..

1st time ditinggalkan... 
macam2 ana rasa.. hu4..
xper... tinggal kerana sambung belajar..
semoga akhi selamat sampai...

flight smalam jam 12.15 tengah malam..
n dia kata myb sampai dlm jam 9 pagi..

perkataan yang xpernah lekang dari bibirnya,,," jaga diri "
ingat mak ayah sokmo..
hrmm.."i'allah"..


rahsia ana ngn GGM.. korang jangan lak dk heboh2 pasal kes smalam erk..
segan la i... hi4
sayang korang..
saranghae

p/s : =)...

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Sunday, March 27, 2011

Di uji dan terus Di uji....

Awal kalam, Bismillahirrahmanirrahim..
seperti biasa, ana hanya ingin kongsikan perasaan ana yang terbuku di hati..
terpulanglah kepada semua untuk menilainya..

tidak ada seorang pun hamba Allah yang tidak pernah di uji..
berat ataupun ringan, bergantung kepadaNYA..
mungkin ianya berperingkat2..

YA ALLAH, KURNIAKANLAH KEPADA HAMBAMU INI TAHAP KESABARAN YANG TINGGI... 

Satu kes ana nukulkan apabila ana telah menjadi mangsa fitnah kepada rakan ana sendiri..
FITNAH?? ya,,, fitnah..berat x fitnah tu??
cuma disini ana hanya nak tegaskan bahawa " Bukan saya yang menyebarkan cerita itu kepada semua orang, tetapi tanyalah dia sendiri... dia lebih tahu ( itupun sekiranya dia jujur )

YA ALLAH, KURNIAKANLAH KEPADA HAMBAMU INI TAHAP KESABARAN YANG TINGGI... 

Kadang-kadang, apa yang kita berikan kepada orang lain dengan penuh keikhlasan,
akhirnya akan pudar sifat itu..
knp ya???
kerana disebabkan oleh perilaku individu tersebut yang langsung tidak pandai untuk menghargai..
" blh x tolong jaga harta orang lain macam kita jaga harta kita sendiri?? 
nescaya kita akan tahu erti menyayangi n menghargai..

YA ALLAH, KURNIAKANLAH KEPADA HAMBAMU INI TAHAP KESABARAN YANG TINGGI... 

ini adalah yang paling berat ana rasakannya, kerana ia berkaitan dengan erti sebuah persahabatan..
dah berkali-kali ana ingatkan supaya mengkhabarkan kepada ana sekiranya nk pergi..
sampaikan hari jumaat pn ana masih lagi mengingatkan..
bukannya ana nak pesan or kirim something, tetapi ana juz nak minta sedikit pertolongan
kalau ana sendiri ada, ana xkan minta pertolongan orang lain..
apa yang boleh ana lakukan sendiri, akan ana cuba usahakannya..
ini pun disebabkan oleh dah beberapa minggu ana tangguhkan..
knp??
sbb xnak menyusahkan orang lain...
tetapi saat2ini mereka dh memerlukan..
 kalau masa kuliah, ( hari biasa ofice hour )
tapi ana ada kelas..
bas untuk ke sana kurang,,
ana xnak susahkan C'leyh untuk jd driver ana.. 
banyak dh c'leyh tolong ana.. terhutang budi sangat2 kt dia..
itu bukannya sikap ana hidup nak bergantung dengan orang lain...
n then, tadi,, bila ana tanya kembali...
kalian p x??
pergi..
naper xbgtau??
entah( sambil jungkit bahu)

YA ALLAH, KURNIAKANLAH KEPADA HAMBAMU INI TAHAP KESABARAN YANG TINGGI... 

tetiba jer air mata bertakung....ya Allah,, sabar shuhada,, sabar shuhada...
"Sesungguhnya Allah bersama2 orang yang sabar" ..
xpa lah kalian, kalau kalian rasa memang ana ni menyusahkan,,.. it's ok...

kepada AMU.. ana akan cuba usahakan sendiri dengan ke sana sendiri..
ana akan cuba ambik waktu lapang... if bas xder.. prebek kn ada.. apa susah..
sebenarnya bahaya ke sana sorang2, macam2 ragam orang ada... 
tp kna hilangkan rasa takut tu.... ( taekwondo kan ada )
 k.. ana xnak sedih2... hidup kena ceria... bersyukur dengan apa yang ada...
thanks to my ****... slalu jd pendengar setia.. hi3... tapi.. awak dh nak pergi...huhuhu

p/s : beribu kemaafan ana pohon sekiranya ada yang terasa...
ukhwah fillah abadan abada..
thanks k.nana cz tepuk blakang ana dr mengeluh lagi...
( xelok mengeluh kan )
lov u oll

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Tuesday, March 22, 2011

...kus.. lemah semangat...

assalamualaikum...
diharap semuanya sihat belaka...
ana nk kongsi kesah ana n 2 member ana ( k.nana n moq )

kenapa kami jd begini??
begini ceritanya...
pg2 tadi jam 8 pagi, kami ke kelas 2P..
tp biasa lah kami ni.. kalau sampai awai pun mesti lewat jugak masuk kelasnya...
xtau la kenapa jd mcm ni.. hik3.. cian lecture.. maafkan kami yer..

sebenarnya c'moq n k.nana dorang nk print apa benda entah...
kami pun berjalan ke kedai print..
tetiba ana cakap " Eh2.. comelnya puppy tu... macam kucing "
kami jalan agy n masuk kdai print..
lepas siap suma.. dk berkumpul kt dpn pintu kdai..
tetiba...............

eh4.. anjing kt blakang kita!!!!!..
ana jerit.. apa lagi.. masing2 menggelabah...
suma brtongkol kt pintu tu.. nk masuk kedai dh xleh sbb masing2 dh tersangkut...
k.nana ambik inisiatif lari keluar..
ana ngn c'moq jer yang dk kt pintu... 
tetiba anjing tu datang lagi sbb tgk k.nana berlari...
ana pun lari pusing.. masa tu c'moq dh masuk n relax2 dk atas kerusi dalam kedai...
ana ni xtau nk wtpa dah..
adooi.. last2 dapat peluang masuk kt kedai n selamat la... nasib bek anjing tu xmasuk kedai..
makcik yang jual kuih datang halau anjing tu...
lari lintang pukang anjing..

adoooi.. kalau ada penyakit jantung,, memang pengsan situ jer...
bukannya kami takut kna gigit,, sbb tu adalah puppy jer..
cuma takut apa????
TAKUT kena SAMAK...
adoohaiii...
lepas tu kami semua cepat2 lintas jalan.... nk pergi ke kelas...
masa dlm perjalanan tu...
xtahan dk gelak bila ingat2.. adoohai..
puppy pn takut...
"bkn takut kna gigit.. tp takut nanti kna SAMAK.. kat mana lah nk cari tanah..". 
ni lah ayat yang slalu kami dok ulang...
:)

p/s : alhamdulillah,, semuanya selamat... tahniah kawan2.. kredit to k.nana,, tahniah kerana ,menjerit sehingga orang kt pagar utama terpandang2 kami... MALLLLUUUUUUUUUUU

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Monday, March 21, 2011

.: RINDU itu ANUGERAH ::..

seperti biasa... kita mulakan setiap detik nafas kita dengan lafaz yang mulia...
bismillahirrahmanirrahim..
Asslamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


hari ini terasa kerajinan sedikit untuk meng"UPDATE" blog ni...
walaupun pagi tadi dah mencoretkan sedikit rasa hati..hi8..
sori kalau kalian terasa keboringan membaca entry2 dari ana ni...


DiSaat hati resah, ana selalu terkenangkan zaman sekolah Menengah dulu...
banyak program yang ana ikuti..
dulu semasa ana pelajar, ana sebagai peserta,, tetapi sekarang ni,, ana sebagai ajk r utk program adik2...
pertamanya,, ana berterima kasih kepada kawan kembar ana yang selalu mengajak ana men"JOIN" program kt UPSI ni..
bknnya ana xnk ikut... ada sesetengahnya ana ikut.. tp sesetengahnya x.. knp??? nth la.. mungkin ana fikir ada insan lain yang lebih layak..
lagipun ana lebih suka n bahagia bila bersama dalam program untuk adik2 sekolah...


ana selalu teringat kata2 ummi kami iaitu ustazah sakinah masa kt MAYA ulu..
kata2 ni dipetik semasa program "MUKHAYYAM PENDAKWAH REMAJA"

Anak-anak pendakwah,
jangan malu bergelar pendakwah dan pendidik ummah, kerana andai bukan kita siap lagi yang boleh diharapkan, 
Bila lagi jika tidak sekarang kita mulakan...
dan andai bukan di MAAHAD YAAKUBIAH ini, Di mana lagi haluan kita mungkin bersatu mengorak langkah dan haluan...???

makan hari ini, hargailah kenangan di sini, kerana mungkin ini hanya yang terakhir kali,
yang mampu dicipta sebelum pergi,
sedangkan bertahun di MYN hanya untuk diri sendiri,
mereka yang lain menunggu bakti,
daripada kalian yang mementingkan diri,
menggapai matlamat secara peribadi,
di mana tema " BIMBINGLAH ORANG LAIN DAN BAIKILAH DIRI "

ayuh bangkit dari lena yang panjang!!!
kami pendidik menunggu ketika dan ruang
melihat bukti dan kasih sayang
daripada kalian sebagai pejuang!!
menabur BAKTI dan suntukan harapan
buat adik-adik yang kelaparan
pada sebuah QUDWAH dan TELADAN

Salam sebuah perjuangan yang ....................................BELUM SELESAI!!!!!!1


YaALLAH.. rindunya zaman sekolah duru.. mengikuti program2 yang sungguh mencabar kesabaran...
tiada lagi program2 dakwah dan tarbiyah yang menandingi tahan mencabarnya semasa di sekolah...


p/s : xsbar nk cuti.. mem busykan diri bersama adik2.. berprogram bersama mereka...




‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

kukuhnya ikatan kami

awal kalam.. 
bismillahirrahmanirrahim..

sebenarnya ana terlalu happy.. knp??
kerana ana baru sahaja balik KG weekend lepas.. n pg td ana sampai kt kolej...
sedih sangat saat salam n cium mak ayah...
anak2 buah pun semuanya dok tanya
" bila cu nak balik pulop, nak main ngn cu ni?.."
makin la sedih rasa hati..huhuhuhu
xper lah..kuatkan semangat ya SHUHADA..
sebenarnya,, balik umah hari tu rindu sangat2 nk jumpa keluarga.. 
n anak buah pun balik nk pegi dh.. so balik jumpa mata r..
hansome n besar2 semua dah..
everyday kt KG full ngn program2 yang dirancang n x dirancang...
sempat melawat tok saudara.. SYAFAKILLAH..

niat di hati nk juga berjumpa dgn ..............
adik dia pun balik...
nk pergi umah.. tp masing2 sibuk.. sooo.. xsempat..
xper lah.. myb lain kali.. 
tp nk tau aper jadi??
kalut2 dk tunggu bas smalam,, tetiba sampai mesej...
***,, *** dk TESCO jugak ni.. antar adik...
hah??terjekut bukan main..
tp xsempat jugak sbb dh nek bas...

masa atas bas,, b4 bas bergerak.. 
nampak kelibatnya dok berdiri tepi kedai..
YA ALLAH.. hepi sangat3.. nk turun,, tp xsempat sbb bas dh nak gerak..
cakap pn dalam fone..
cuma sempat bagi lambaian terakhir jer.. :)


bayangkan jelah,, masa 2006 jer kami jumpa...
2011 ni pulak baru jmpa agy.. fuh...
dia tetap xberubah...
tu pun nasib bek dia balik ( darurat kan )
yang x disangka2nya...
kami sedondon.. adoi...

xper lah ****,, nanti ****** g antar kt KLIA...
sambil2 antar anak saudara...

semoga ALLAH merestui kami..
amin..

p/s drnya : SYU.. jaga diri.. belajar leklok..jangan lupa solat awal waktu.. hik3..
INSYAALLAH

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´