Friday, December 31, 2010

..::: malam terakhir :::..

Awal kalam, bismillahirrahmanirrahim.




sebelum tu,.. xterlewat rasanya untuk ucapkan tahniah pada anak buahku..
SYAHIRAH cz dapat 9A ( smuanya 10A) dalam PMRU yang diumumkan baru2 ni....
tahniah erk.. teror2 anak buah cu nih...
xmampu bagi hadiah sbb ramai sangat yang dapat straight A ank2 buah ni..
muflis r cu.. hik3..


hari ni hari terakhir ana bermalam di rumah..
sedih sesangat nak tinggalkan mak ayah..
xnak balik kolej rasanya..
banyak benda agy x settle kt umah ni..

td petang, abang2 balik umah.. jumpa ngn ank2 sdara suma.. cium2 agy.. sedihnyaa..
tp dh cakap kt diorang,, evry month cu akan balik..
hi3...

esok abang, mak, ayah, p antaar ana kat stadium ( bas yang ana naik kt stadium )
ana naik bas jam 8.15 malam..
tp kna bertolak awal2 agy.. sbb takut jalan jem ( xmampu nak makan jem banyak2 ) n sambil2 nkp antar dua orang anak saudara kt MMP..
F4 n F3..

semoga perjalanan kami selamat nanti..

ops,, esk pagi nkp antar anak saudara.. 
kna jadi ummi.. tlg uruskan pendaftaran anak saudara..
bcouse ummi n abahnya terpaksa pulang ke Gua Musang.. sbb abahnya ada urusan penting kt sek..
( biasalah,, pengetua katakan..)
baru masuk F1 kat Mahad Ar-Rahmah Kenali..
bestnya dapat tgk gelagak budak2 baru esok... hi3.. teringat zaman mula2 masuk sek menengah dulu..

p/s : SHUHADA... kamu jangan nangis yer nanti... 
belum terlewat nk ucapkan selamat tahun baru 2011..
esok,, 1111..
tarikh ana tuu...
hanya orang2 tertentu jer tahu tarikh ni...



‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Thursday, December 30, 2010

..:: PMRU..


berdebar ker???
bkn ana laa yang ambik result PMRU,, tp ank buah ana yang form 2.....
dia dk kalut ni cakap berdebar2,, takut weh.. hi3..

korang tau x PMRU tu ap??
biasala,,.. sekolah Arab ni every year ada exam.. PMRU ni paper utk bebudak form 2..

sbnrnya mula2 ank buah ana ni xla nebes sangat...
tetapi bila spupunya ( ank buah yang lain ) dapat result PMR (9A)..
tercabar r dia tu.. yelah tercabar.. sbb dulu masa UPSR, mereka sama2 dapat 5A..
(teror gak anak buah ana ni.. hrmm ) 
mula lah berdebar hari2 sementara tunggu hr result kuar..
nk tau bila???
hr ni r.. 30 disember 2010...

dia capat INSYAALLAH dapat 10A ( full r tu )
kita tgk erk....

NAJAH...NAJAH...NAJAH..40X..
insyaallah makbul... :)


‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Wednesday, December 29, 2010

.. warkah buatmu...

Bismillahirrahmanirrahim.

aku telah pateri pada sungai hati,
aku telah lukis pada cermin budi,
aku telah ukir pada tulus erti,
untuk aku terus mapan berdiri,
memegang janji.

biarlah atmosferaku hampir terbakar,
biarlah musim2ku jadi kemarau,
sekalipun ilusi dan fantasiku kering garing,
dan tanah mimpiku merekah.
tunggu pecah menanti musnah,
aku akan tetap teguh berdiri.

andai segala2nya hangus,
andai orang jadi abu,
andai hitam jadi kelabu,
aku akan cekal mengharung hidup,
menobakkan janji,
sekalipun aku disini,
memunggu mati.


p/s : dinukhilkan khas buat yang berada jauh..

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

.. impian masing2 ..

dengan lafaz mulia,, kalam Allah, ana memulakan tinta pd hari ini..
Bismillahirrahmanirrahim...


tiap orang mesti mempunyai impian masing2.. entahkan tercapai atau tidak,, itu adalah atas usaha kita sendiri dan atas kehendak yang maha Esa..


....
semalam kami anak beranak sibuk mengadap laptop.. knp ya??
sbb kami nk tolong salah sorang kakak kami tu belikan kereta baru....
adohai.. masing2 dh ada kereta,, tp entahla musim apa datang,, suma nk bli kereta lain..
yang lama??? jual ka simpan wat koleksi.. ha8..
keteta apa yang dia nk???
ESTIMA????INNOVA????
jom kita tengok dulu..








  ni adalah kereta estima.. kami semua pujuk 
                                                 kakak suruh beli kereta ni.... hihihihi.. insyaallah xlama lagi dapatlah
tuuuu...
amiiiinn




nak estima ke alphard??
yang ni lagi besar.. ha8.. nantilah anak2 ramai agy baru bli yang ni erk..hihihi

ni lagi r.. in progress.... wish



yang ni memang dh dimiliki.. alhamdulillah...

 ni pn satu.. dh dimiliki lama,,tp dengar2 khabar nk bli lagi satu sbagai tambahan... abang cakap nk bli Innova...
 anak ramai.. biasa lah..



ini kepunyaan abangku( avanza).. setelah terjualnya proton saganya,, maka inilah yang dia beli...

 hihihi.. yang ni ada kisahnya tersendiri... biarlah rahsia.. tp warnanya black.. ( naza citra )



keter sporty ni milik kakak( abang ipar)... warnanya lagi cantik.meraaahh... hi3... tp keter2 yang sport ni xleh pakai sangat. sbb xleh nek bonggol2 tinggi2.. mula lah ter"sesek".





ni adalah keretaku.. xnak kereta besar2.. susah.. 
tp nk bli bas 1 agy.. sng nk bawa smua ahli keluarga p jalan2..
n sambil2 mengurangkan jem2 kt jalanan...bila nk bli???
entahla.. skarang belajar lagi.. xada "fulus" agy..
so.. tunggu jelah yer until ana dapat Master.. insyaallah.. amiinn..



‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Tuesday, December 28, 2010

~~~.......~~~~

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum wbr..
hrni ana kena jadi babysitter agy..
abang tinggalkan anaknya untuk ke hospital ambik ubat ayah..

xperlah..
tapi hrni baby buat onar cikit,.. asyik nk kna dukung jer,..
dhla berat.. sakit pinggang2 ni.. hu4..nk goreng lauk pn xsempat.. 
nasib bek ada gak anak sdara yang besar tolong gorengkan..
ni sempat edit entry ni sbb baby baru jer tidoo..
hihihihi.. rasa lega cikit..:P..

ni xleh lama2,,,. sbb anak sdara berebut nk on9 ni..
ish2,, bebudak zaman sekarang, kecik2 pn dh pandai nk ber'blog'..
biasa laaaa... zaman IT kaaaannn..

japg baby bangun,,, so,, xleh r nk main2 ni.... 
perut pn dh berbunyi,, tandanya minta untuk diisikan..
bek p mamam dulu.. nnti xpasal2 kebulur sbb xmam..
hihihi..


p/s : suasana ujan di kg,,.. sejuk3.. best tidooo




‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

singgah malam

kali pertama on9 dalam ***** esok nkp pantai,,
bersama "abang"..nkp cari "remis"
sambil2 men air.. 
so tidur awal..

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Monday, December 27, 2010

.. R U M A H ..

apa nak dibuat??
mesti pelawat2ku dh boring tengok blog ni???
knp??
sejak awal2 agy xpernah tukar2 pn layout nya
( pernah dh tukar,, tp x banyak kali )
knp ya??
sebaaaaabbb..
line internet slow..
hi3..+  MALAS nk sobek2..
nanti lah,,..
ana rajin2kan diri,..
tp nanti bukak cuti r... 
saper2 yang ada cadangan??
bagi la cadangan nk letak yang mana plak...
ana ni jenis susah yang amat sangat untuk membuat "pilihan"..
" " perlu ka??
semestinya...

p/s : yok.. sila sibukkan diri anda dipagi hari..






‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Sunday, December 26, 2010

hihihi

ni antara novel yang sempat dibaca time cuti ni...
best.. ada banyak agy.. tp x sempat.. busy katakaaan..


buku ini banyak mengajar ana erti ketabahan dan erti sebuat pertemuan..
ia juga mengajar ada tentang sebuah prinsip hidup..



bertemu cinta dalam halaqoh, hidup lebih indah terarah,
menyulam tautan hati kerana Allah, 
terpaterilah ikatan akidah..


buku ni dah lama beli,, tp baru sempat baca,,
hi4..
kuatnya iman seorang lelaki walaupun digoda oleh wanita cantik (ratu)


p/s : sesiapa yang berminat,, hubungi ana...( pinjam jelah ).. 



‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

YaAllah


            jagalah keturunan mu,,
jgn kamu lalai dari tangungjawab kamu,,
jgn kerna keluargamu,, dirimu ditarik oleh2 keluargamu ke lembah neraka,, jagalah org2 terdekat kamu dri melakukan kebencian allah,,, maksiat didunia mmg indah,, jika dipamirkn keadaan diakhirat kelak,, x de spa y ingin melakukanmaksiat didunia ini,, truknya azab bagi yang melakukan maksiat,,

ana nak sentuh bab aurat,,
ramai yg xkisah ngan aurat,,
pemain bola,
ahli sukan,
pompuan...
pompuan lebih ramai yg menginap di nerka,,
coz,,
lalai dari menjaga aurat,,,
aurat harus dijaga dri atas kebawah,,
itu stu tuntutan agama,,
wajib keatas umat islam,,,
aurat isu sensitif,,
coz,,, rmai y malu ngan tutup aurat,,
pkai jilbab pun dah jarang,,,
selendang digantinya,,,
selendang skrg blum tentu dapat menutup aurat yang ditetapkan dalam islam,,
bagi pompuan,, jilbab adalah yg terbaik,, selendang blum tentu dapat menutup dada,, islam itu lengkap,, ade sbb islam melarang pompuan mendedahkan dada,, berjubah n berbaju kurung pun ade hikmahnya,, 
jgalah keluargamu dgn aurat nih,,,
antara aurat yg payah dijaga skrg,,
rambut: akan di gantung rambtnya di neraka, wlau satu utas rambut,,
dada: dilayurkan dada diatas bara api neraka,,
aurat penting dalam islam, bagi menjaga moral n akidah umat islam,, pemimpin harus bertegas ttg aurat,, 
slam  dri ana,,

ana hnyalah menilai pompuan yg solehah ngan pkai stokin,, coz,, stokin bila berselipar mmg pyah untuk diamalkan,, bagi menjaga aurat,,,



jagalah tol2 aurat,,, pesan ana untuk semua,,,

p/s : peringatan untuk diri ana sendiri...


‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

..:: indah permai bumi kita :::.

PENAT..
knp ya??
nth la,, biarlah rahsia.. hi3..
nk keluar bermain sama2 anak saudara,,
tp xmampu..
kepenatan melanda jiwa,,
jadi pemerhati mereka jelah, sambil2 menghadap laptop ni..

hrmmm..

HEPPI??
semestinya.. saper x hepi kalau berada bersama2 keluarga,,
dengan suasana kampung yang aman,nyaman..
ahhh.. tak terucap keseronokannya..
terima kasih YaAllah, atas segala nikmat yang KAU kurniakan..

lagi hepi apabila sentiasa menerima panggilan "jauh"..
hrmmm..

SEDIH???
yaaa...
kesedihan sudah mula terasa..

KNP ya???
kerana musim cuti makin pendek..
AHHHHH....
malasnyaaa nk balik K-HAR!!!!!
bukak cuti ni masuk sem baru... 
lambatnya nak abis DEGREE..
xsabar nak sambung MASTER ni...
dh bgtau smua family pasal impianku ini..
apa dorang cakap???
belajarlah seumur hidup kita..
"tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"..

sooo???
on jerr...
k lah..
penat menaip.. hi33( tipulah)
bubuy.. 
salam tahun baru...


‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

Saturday, December 25, 2010

Hayatilah...X rugi muslimah baca.



Suatu kisah
Kisah benar belaka seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke webLaman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook

Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!
Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur


Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Daku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohiWatak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh


p/s : puisi ini mmg sengaja di copy...Wahai adik2 muslimah marilah mengambil iktibar,jadilah muslimah sebenar,jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.sampaikanlah pada sahabat2 kaliansekiranya mereka bertepatan dengan puisi iniTerima Kasih kepada penulis puisi ini.

jadi, hargailah anugerah kecantikan yg Allah bagi.. dalam hati juga mau baik maa.. bukan sekadar luaran (sekali lg, peringatan utk diri ana jua). simpan..simpan lah gmbar2 cun cute miut mu itu seelok2nya. Krn gmbr2 itu membawa sejuta tafsiran... lets think deeply about it..

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

SAYA SUDAH BERTUNANG


Assalamualaikum wbr

ana terbaca kisah ni membuatkan hati ni terdetik untuk berkongsi... begitu hebat CINTANYA.. adakah cinta kita sampai ke tahap itu???


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´