Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi
pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan
sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan
mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang
perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita
yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.
Jadilah pelindung
kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung
kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu, supaya nanti pabila tiba
masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung
kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang
terbaik dengan mencontohi Rasulmu!
Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan
membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali
gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar
itulah wanita sejati! Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar
dengan status ‘single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat
dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!
Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci, kerana dia sentiasa menyedari, niat mungkin
terpesong sekalipun begitu murni, kerana dia mengakui, makhluk bertanduk dua
sentiasa "ready"! Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.
Wabishah
bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya
"Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?" Aku menjawab,
"Ya, benar." Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu
sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu
tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam
jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi
fatwa
kepadamu."
(Hadis
riwayat Imam Ahmad)
Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita
tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling
berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang
lain.Rajin-rajinkanlah membersihkan hati. :)
No comments:
Post a Comment