Wednesday, February 16, 2011

MENGAPA mesti berTUDUNG?????


RAMBUT...
di dunia menjadi mahkota
di dalam kubur, ialah yang mula-mula akan tertanggal dari tubuh
terjaga rambut, syurga menyambut
terdedah rambut, neraka meragut



 
Mengapa mesti bertudung? Rambut kan mahkota wanita.
Benar, rambut adalah mahkota wanita. Disebabkan terlalu ingin menjaga ‘mahkota’ ini untuk dipamerkan kepada semua orang, wanita menghabiskan banyak masa untuk menguruskannya. Sebagai contoh, wanita semestinya tidak ingin sehelai pun rambutnya terpacak sedangkan rambut yang lain kelihatan rapi. Jadi, mengapa tidak bertudung? Padahal persiapan untuk menggayakan tudung lebih cepat berbanding persiapan untuk menggayakan rambut.

Satu fakta yang semua orang harus tahu. Rambut lebih mudah berserabut berbanding tudung. Jadi, wanita yang tidak bertudung kerap rimas untuk merapikan kembali rambutnya yang berserabut dek angin. Bagi wanita bertudung, merapikan tudung tidaklah terlalu merimaskan kerana tudung yang berserabut dek angin tidak memerlukan perapian kembali yang banyak.
Selain itu, bukankah rambut adalah salah satu elemen yang sangat sensitif bagi wanita? Rambut senang rosak jika terdedah kepada cahaya matahari yang terik. Jadi, mengapa tidak bertudung untuk mengelakkan rambut cepat rosak? Mungkin wanita tidak tahu, rambut juga kusut jika aliran neuron otak bermasalah atau fikiran berserabut. Jadi, setiap helai rambut yang kusut menunjukkan bahawa masalah pada pemikiran sesorang itu. Satu persoalan. Mampukah kita kekal tenang bagi memastikan rambut kekal rapi? Mengapa tidak tutup kepala supaya tiada sesiapa dapat mengagak apa yang berlaku dalam pemikiran kita?

Ramai wanita yang berpendapat bertudung menyebabkan kepala mereka cepat panas. satu fakta yang wanita-wanita ini lupa adalah, wanita yang tidak bertudung memerlukan gel atau krim untuk memastikan rambut mereka kekal rapi. Gel dan krim rambut mengurangkan kadar pernafasan rambut yang memberi kesan kepada kulit kepala, menyebabkan kepala cepat panas yang mengganggu daya pemikiran.
Namun, cukupkah sekadar bertudung ala kadar? Jawapannya, TIDAK! Sebenarnya menampakkan rambut amat berbahaya bagi wanita. Sedarkah kita bahawa salah satu unsur dalam menentukan personaliti dan kesuburan wanita terletak pada rambutnya? Fakta ini tidak asing bagi kebanyakan lelaki dan generasi yang berilmu.

Apa kena-mengena leher dalam aspek aurat wanita? Mengapa wanita tidak boleh menampakkan lehernya?
Seharusnya semua sedar bahawa leher tersangat sensitif. Apatah lagi leher wanita. Hakikatnya, leher wanita juga menjadi penunjuk betapa suburnya wanita tersebut. Semakin sensitif leher seorang wanita itu, semakin suburlah dia. Perubahan suhu sekitar sangat mempengaruhi leher wanita tersebut. Jadi, wanita seharusnya mencuba sedaya upaya untuk menutup lehernya sebaik mungkin kerana ketidakseimbangan pengaliran darah pada leher sangat memberi kesan kepada keseimbangan elemen dalam badan.

Mengapa wanita perlu melabuhkan tudungnya sehingga menutup dada?
Dada wanita sangat sensitif kepada sentuhan apatah lagi tekanan berbanding dada lelaki. Sejujurnya, bahagian dada wanita menarik minat lelaki lebih berbanding muka dan bentuk badannya. Hakikatnya, dada wanita sangat mempengaruhi bentuk badannya. Jadi, kita harus sedar mengapa gejala rogol hari ini begitu berleluasa.

Mengapa bahagian lengan wanita perlu ditutup?
Tangan adalah bahagian yang banyak bekerja dalam kehidupan seharian kita. Jadi, semestinya, ada urat-urat atau otot-otot pada tangan yang akan timbul sedikit. Ini bergantung pada kekuatan dan berapa kerap ia digunakan. Bagi wanita, tidak perlulah menunjukkan bahagian lengannya kerana ia adalah RAHSIA.
Sesetengah wanita sangat bangga kerana mempunya lengan yang licin dan tidak berotot. Bagi mereka, ini suatu kecantikan yang patut dipamerkan. Betapa yakinkah mereka bahawa lengan mereka itu cantik? Ada juga sesetengah yang berpendapat mempunyai lengan berotot itu lebih baik. Lalu mereka menunjuk-nunjuk lengan mereka yang berotot. Bentuk lengan tidak membuktikan kecantikan seseorang.
Ingat! Cantik itu subjektif tetapi sihat itu objektif. Dengan melihat pada lengan seseorang wanita itu sahaja, seseorang mampu memutuskan betapa lancar dan stabilnya hormon wanita tersebut. Sesetengah wanita tahu hakikat ini, namun ramai lelaki yang arif bab ini.

Mengapa wanita perlu berpakaian longgar dan tidak boleh menampakkan susuk tubuhnya? Berpakaian longgar akan menampakkan seorang wanita itu lebih gemuk.

Susuk tubuh adalah aset berharga semua orang. Satu prinsip mudah bagi susuk tubuh. ‘BIAR NAMPAK GEMUK, JANGAN NAMPAK BOROI’. Hakikat pemakaian adalah berpakaian ketat akan menampakkan seorang itu boroi. Samada kita sedar atau tidak, orang yang gemuk juga cantik. Tapi, orang boroi tidak cantik sama sekali. Jadi, jika ingin nampak cantik, jangan kelihatan boroi. Salah satu cara supaya tidak kelihatan boroi adalah berpakaian longgar yang tidak menampakkan susuk tubuh. Kelihatan boroi bukan hanya bagi mereka yang gemuk, tetapi juga bagi mereka yang kurus. Pendek kata, selagi ada perut, selagi itu ada peluang kelihatan boroi. Hatta tidak makan pun ada peluang kelihatan boroi kerana perut akan diisi dengan angin.

Mengapa wanita dan lelaki perlu menutup dari pusat hingga lutut?
Kerna di situ terdapat aset paling penting wanita dan juga lelaki. Satu fakta yang mungkin ramai tidak tahu, kesuburan alat sulit manusia juga boleh dinilai dari pusatnya dan juga lututnya. Tidak kurang yang tahu hakikat ini. Jadi, tutup bahagian antara pusat hingga lutut ini sebaiknya supaya anda SELAMAT.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa bahagian paha adalah sensitif. Apa yang berlaku pada paha agak mempengaruhi sistem sulit lelaki dan wanita. Sistem ejakulasi lelaki atau wanita mampu terbantut jika lutut dan pahanya diusik dengan cara tertentu.

Hakikatnya, terdapat bahagian pada lutut lelaki dan wanita yang terkandung rahsia yang agak besar. Di situ terdapat tanda-tanda yang menunjukkan tahap sistem pembiakan lelaki dan wanita. Percaya atau tidak, sekiranya sesuatu berlaku pada aliran sistem pembiakan lelaki atau wanita, ia tertonjol pada bahagian lututnya.

Mengapa wanita perlu menutup keseluruhan bahagian kakinya?
Betis termasuk dalam bahagian yang menyokong badan. Jadi urat-urat dan dan bentuk kaki seseorang mampu menonjolkan apa yang ada pada badan seseorang. Ini teramat bahaya bagi wanita kerana sistem dalaman wanita kerap kali terganggu. Sudah semestinya wanita tidak mahu sesiapa mengetahui apa yang berlaku dalam badannya. Jadi, tutuplah bahagian kaki sebaik mungkin.

Sebagai bahagian paling bawah badan dan menjadi anggota badan yang paling rapat dengan bumi, banyak toksik berkumpul pada kaki. Kaki seseorang mungkin nampak putih dan lembut, tetapi ini tidak membuktikan sistem dalaman badannya tiada masalah. Kaki yang putih dan lembut itu mungkin kerana sistem dalaman badannya sangat bermasalah. Seperti lengan, kaki juga mampu menjadi petunjuk betapa stabilnya hormon seseorang wanita itu.

Mengapa suara wanita itu termasuk sebagai salah satu auratnya?

Pada suara seseorang wanita itu, terdapat satu tahap yang sangat SEKSI dan merangsang nafsu lelaki. Wanita mungkin tidak sedar hakikat ini dan merasakan semua suara adalah sama. Akan tetapi, lelaki amat peka akan perkara ini. Oleh sebab itu, lelaki senang tertarik kepada suara wanita. Tidak kurang kejadian rogol yang berlaku kerana si lelaki tertarik pada suara sang wanita yang lunak sebelum menyedari bahawa wanita itu cantik lalu merogol wanita malang tersebut.

Yakinkah wanita-wanita di luar sana untuk mengawal tona suara anda? Latihan vokal tidak menjaminkan apa-apa kerana tahap suara ‘memikat’ itu di luar kawalan dan sangat subjektif. Cara yang paling berkesan, simpan suara anda dan berpadalah...

AKHIR KATA :Mengapa wanita itu dikatakan fitnah dunia? Kerana pada susuk badan wanita itu sendiri ada banyak perkara yang boleh ditafsir. Jadi, kepada WANITA dan juga LELAKI, LINDUNGILAH ANGGOTA BADAN ANDA SEBAIK MUNGKIN supaya tidak ditafsir sesiapa. Lebih teruk sekiranya KITA DISALAH TAFSIR.

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

No comments: