Monday, February 14, 2011

minum cara sunnah

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah, syukur kehadrat illahi kerana telah memberikan hambanya kekuatan dan peluang untuk terus berada di muka bumi ini..
semoga setiap perjalanan nadi ini berisi dengan amalan yang berguna.. amin,, insyaallah..

hari ini, ana terbaca entry dr blog sahabat akhawat.. memang setiap entry yang diposkan adalah berguna...
kadang2 kita melihatnya sebagai sesuatu yang remeh, tetapi apabila ia selalu diamalkan dan diingatkan, insyaallah akan mendapat pahala yang besar disisi Allah..
insyaallah, setiap perilaku kita mendapat restu dariNYA..

setelah ana membaca enti akhawat tu, terus ana minta izin untuk diSHARE di blog ana..
untuk peringatan buat ana sendiri..
terima kasih untuknya kerana telah mengEMAILkan kepada ana...
syukran, merci..
:)




Peringatan buat diri sendiri & juga sahabat - sahabat...

"Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam Sunnah Rasulullah s.a.w"

Setiap pekerjaan yang dilakukan mengikut Rasulullah, pasti ada kejayaan yang Allah janjikan di dalamnya.


Setiap hari, setiap dari kita akan minum air. Terutama setiap kali selepas makan. Betul tak? Jadi, Insyaallah sama - sama kita cuba minum dengan cara bagaimana Rasulullah itu minum.

Sebaik - baiknya kita minum 15 - 30 minit selepas makan. (supaya mudah cerna makanan yang kita makan tadi kerana kalau kita minum terus, enzyme tadi akan pergi bersama air)

Apabila kita minum, peganglah cawan kita tu dengan tangan kanan. (Pegang gelas/cawan dengan tangan kanan, jari kelinking dibawah)

Sebelum minum juga, pastikan kita melihat ke dalam minuman kita, takut - takut kalau ada apa - apa ke... Jika ada lalat, tekan dahulu lalat tersebut ke dalam air, kemudian baru dibuangkan. (kerana sayap kiri lalat membawa penyakit, manakala sayap kanan pula penawar)
Minum duduk & baca basmallah & doa..

Minum susu 

- اللهم بارك لنا فيه وزدنا منه



Minum manis 

- وسقاهم ربهم شرابا طهورا


Jangan bernafas dalam bekas minuman, & mulakan minum kita itu dengan 3 teguk dahulu... Kemudian baru habiskan.
Jika ingin pastikan minuman itu "bersih"(tidak ada apa-apa sihir) setelah baca basmallah & doa, sewaktu teguk pertama kita itu, kita rasa lelangit kita dengan menggunakan hujung lidah. Sekiranya "ada apa - apa" lelangit kita tidak akan berasa geli.

Insyaallah, setakat itu perkongsian mengenai minum secara sunnah. Sama - sama beramal. Boleh tambah sekiranya ada sebarang perkongsian lain.


P/S:- "Minum menjadi ibadah, Mari kita memperbaharui iman kita"

syukran buat sahabat "Baitil a'tiqa" kerana bg ana share something berguna,,..
semoga ianya bermanfaat untuk kita semua...

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

No comments: