Saturday, October 1, 2011

tanda-tanda appendik

Apakah yang boleh menyebabkan jangkitan tersebut?
Perkara yang boleh menyebabkan jangkitan ini adalah seperti makanan yang tersumbat, pembuangan najis yang tidak lawas, jangkitan kuman dan juga jangkitan cacing.

Bagaimanakah seseorang itu boleh mendapat penyakit ini?
Orang yang makan makanan yang mengandungi terlalu banyak protein contohnya daging, serta mereka yang tidak mengambil makanan harian yang seimbang, dengan mudah boleh mendapat penyakit ini.

Bagaimana pula cara untuk mengelak dari terkena penyakit ini?
Makan makanan yang seimbang terutamanya sayur-sayuran yang mengandungi banyak kandungan fiber. Manakala bagi kanak-kanak digalakkan mereka supaya diberi ubat cacing.

Berapa peratuskah pesakit yang telah mendapat penyakit ini?
Terdapat lebih kurang 60 hingga 80 peratus pesakit penyakit appensitis ini dan mereka selalunya berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Bagaimana pula dengan keadaan si pesakit apabila mereka disyaki telah mendapat penyakit ini?
99 peratus pesakit yang telah mendapat penyakit ini akan merasa sakit di

sebelah kanan bahagian bawah perut. Si pesakit juga mungkin mendapat demam yang ringan, muntah, berak-berak air serta berpeluh.

Tidakkah si pesakit merasa sakit di bahagian badan yang lain?
Pada mulanya si pesakit akan merasa sakit di seluruh perut atau di bahagian ulu hati ataupun di sekeliling pusat. Tetapi selepas 6 hingga 12 jam, si pesakit akan merasa sakit di sebelah kanan bahagian bawah perut.

Bilakah waktunya penyakit ini kerap menyerang?
Sakit appensitis merupakan sakit perut yang lain daripada sakit perut biasa. Sakitnya juga sering berubah-ubah dan berulang-ulang dan kerap menyerang pada waktu malam.

Bagaimana pula dengan tahap merbahaya bagi penyakit ini?
Apabila appendik telah terkena jangkitan, ianya akan membengkak. Tahap yang paling merbahaya adalah bila appendik tersebut pecah. Bila ianya telah pecah, kuman, najis, nanah dan kotoran yang terdapat di dalam appendik yang telah terkena jangkitan ini boleh pula merebak ke kawasan usus.

Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Apabila si pesakit telah berada di peringkat yang parah, penyakit ini boleh membawa maut tetapi bilangan mereka yang meninggal akibat penyakit ini tidak ramai.

Apakah rawatan yang diberikan oleh pihak doktor?
Apabila si pesakit tersebut telah disahkan mendapat sakit appensitis,
segala antibiotik untuk menahan sakit tidak berguna lagi. Rawatan yang paling berkesan untuk si pesakit hanyalah melalui pembedahan untuk membuang appendik yang telah terkena jangkitan itu.

Berapa lamakah masa yang diambil sewaktu pembedahan dijalankan dan berapa lamakah pula si pesakit boleh sembuh sepenuhnya?
Masa yang selalunya diambil untuk melakukan pembedahan sakit appensitis tidak lama iaitu antara setengah hingga satu jam sahaja. Si pesakit pula boleh sembuh dengan sepenuhnya dalam tempoh 6 hingga 7 hari.

Apakah nasihat doktor kepada mere-ka yang mungkin mendapat penyakit ini tetapi mereka tidak mengetahuinya ataupun takut untuk berjumpa dengan pihak doktor?
Tanda-tanda mengenai penyakit ini telahpun diterangkan tadi. Sektranya seseorang itu merasakan bahawa dirinya mempunyai tanda-tanda tersebut, jangan cepat cemas, tetapi sebaliknya mintalah rawatan daripada pihak doktor dengan segera.
Mereka juga tidak seharusnya cuba merawat sakit appensitis ini dengan cara lain kerana rawatan yang paling berkesan bagi penyakit ini hanyalah melalui pembedahan untuk membuang appendik yang telah terkena jangkitan itu.
Pembedahan ini juga tidak mengambil masa yang lama. Oleh itu,seseorang yang merasakan bahawa dirinya mempunyai tanda-tanda sakit appensitis eloklah berjumpa pihak doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

No comments: