Tuesday, September 11, 2012

SEMBANG-SEMBANG LEHA DAN SENAH


Leha : Ehhhh…. Anak siapa yang menangis dari tadi tu..?
Senah : Anak cikgu Peah.. Kenapa…?

Leha : Kesian budak tu, mak dia tak ada ke…?
Senah : Mak dia pergi sekolah, anak yang kecik tu suami dia la yang tengok-tengokkan...

Leha : Biar betull…. Malam-malam macam ni pun pergi sekolah jugak…?
Senah : Yea lah… anak orang lain nak exam dia pulak yang bertungkus lumus. Biasanya buat kelas tambahan la tuuuu…. Lepas tu sembahyang hajat pula untuk anak-anak muridnya.

Leha : Tapi cikgu balik awal kan….?
Senah : Balik awal? Isshh….. kalau cikgu balik awal, kenapa anak aku petang baru
balik…? Tak kan lah anak aku belajar dengan tukang kebun sekolah kot…?

Leha : Maksudnya cikgu pun balik lewat petang jugak la ehhhh…?
Senah : A’ahh… Si Joyah jiran aku yang mengasuh anak cikgu peah tu cakap.
Cikgu Peah awal pagi dah pergi sekolah, lewat petang baru balik. Ada aktiviti pulak kat sekolah pada belah petang. Masa datang ambik anaknya tu, Si Joyah cakap muka Cikgu Peah dah tak bermaya… Kesian tauu…. Balik rumah tanda buku budak-budak plak, time exam lagi teruk sebab kena tanda kertas exam budak.

Leha : Nasib baik aku bukan cikgu… kalau tak, ngamuk laki aku tu….
Senah : Alaaa…. Hari minggu pun bukan lekat di rumah, aku tengok dia di skolah juga. Ada saja program di sekolah tu… heerrrmm.. kadang2 anak aku sendiri pun tak ikut program tu… tak larat katanya nak ikut program kat skolah tu… penat katanya. Tertanya-tanya juga aku yang cikgu ni tak penat ke..?

Leha : Tapi…. Cikgu kan banyak cuti….. budak cuti sekolah.. cikgu pon cuti kan…
Senah : Si Joyah cakap kat aku… Masa cuti sekolah pun dia kena jaga anak cikgu Peah. Si Joyah cakap cikgu-cikgu kena datang jugak buat kelas tambahan untuk murid yang nak exam. Tak pun kena hadir pelbagai kursus…

Leha : Habis tuu… bila masa cikgu Peah dapat lepak macam kita ni…?
Senah : Alaaa…. Dia lepak ngan budak-budak kelas dia je la kot….. budak-budak tu dah macam anak dia dah… pada dia lah budak2 tu mengadu kalau ada masalah…

Leha : Kenapa ada orang cakap jadi Cikgu rileks jer…?
Senah: Alahai…. Kalau Cikgu tu rileks, kenapa ramai budak yang dapat Cemerlang? Budak-budak tu pandai sendiri ke? Haaa… anak engkau si Fatihah yang masuk Universiti tu….Engkau ke yang ajar dan tanda buku dia kat umah…..?

Leha: Hehehehe…. Mana sempat aku nak ngajar anak aku kat umah… Lagipun anak aku kan ramai, 4 orang… Pening nak melayan karenah diorang tu….
Senah : hahahhahaha……

Leha : Kenapa kau gelakkan aku….?
Senah : Engkau tu baru 4 orang anak dah tak larat nk layan… Cikgu Peah tu berpuluh-puluh anak dalam kelas dia, bukan takat pening, aku rasa dah hancur kepala dia kot…. Hehehehe…. Tapi… seramai mana pun dia masih lagi dapat layan budak-budak tu dengan baik …. Itu baru satu kelas.

Leha : Ehhhh… engkau cakap cikgu layan budak-budak dengan baik, habis tu… yang Si Dollah pergi mengamuk kat sekolah hari tu apa kes…?
Senah : Alaahhh…. Laki aku cakap, Si Dollah tu memang begitu. Cepat sangat naik angin. Dengar sangat cakap anak dia tu… manjakan anak tidak bertempat

Leha : Maksud engkau?
Senah : Pasal hari tu la… dia pergi marah2 cikgu cakap cikgu cubit anak dia. Anak aku cakap kalau cikgu rotan pon memang patut… anak dia nakal. Selalu ganggu kawan-kawan kat sekolah… pastu kurang ajar plak tu kat cikgu. nak jadi gangster agaknya anaknya tu… Macam mana nak suruh anak jadi baik, baru cubit mak ayah dah bising… ntah-ntah ayah ngan anak pun sama je…..

Leha : Susah jugak ehh jadi cikgu ni. Tengok aku ni.. balik kerja duduk kat rumah
dah boleh rileks.. kat tempat kerja pun tak ada tekanan… Fuhhh…. Untung aku dapat kerja bagus…
Senah : Macam mana engkau boleh dapat kerja bagus macam sekarang ni..?

Leha : Laaaa….. aku kan berpendidikan tinggi…. Kat sekolah dulu… aku kan selalu dapat result exam yang cemerlang…
Senah : Ohhhh…. Ingatkan engkau belajar kat rumah sorang-sorang.. rupanya engkau pun blaja kat sekolah jugak dulu yeaa….

Leha : Engkau ni… saje nak kenakan aku…...

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

1 comment:

Anonymous said...

I really liked your blog! It helped me alot… Awesome. Exactly what I was looking for. Thanks!