Dalam sebuah riwayat
menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai,
sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil
wuduk sambil menangis.
Apabila orang tua itu
melihat anak kecil itu menangis maka dia pun berkata: “Wahai anak kecil, kenapa
kamu menangis?”
Maka berkata anak
kecil itu. “Wahai pakcik, saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai
kepada ayat yang berbunyi “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang
bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan
dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan kedalam neraka.”
Berkata orang tua itu.
“Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak
akan dimasukkan ke dalam neraka.” Berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik,
pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan
api maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan ran- ting-ranting kayu yang
kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu besar. Jadi tentulah saya
yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”
Berkata orang tua itu,
sambil menangis: “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka
daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
VVIP akhirat
7 golongan dbwah payung arasy Allah
1.
Pemimpin yg adil
2.
Pemuda kuat ibadat
3.
Orang yg hatinya berpaut pda masjid(solat jamaah)
4.
Dua orang yg saling mengasihi karena Allah
5.
Lelaki n wanita yg digoda maksiat berkata, 'Aku takut kepada Allah!'
6.
Seorang yg memberi sedekah dgn rahsia dan
7.
Mengingati Allah hingga mengalirkan air mata .
p/s: ya Allah golongkan
kami berpeluang jadi VVIP akhirat..ameen..
No comments:
Post a Comment