Monday, November 8, 2010

Fadhilat Bulan Zulhijjah


Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:  Nabi SAW.  bersabda yang bermaksud;
Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10).  Sahabat bertanya:  Walaupoun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah?  Jawab Rasulullah SAW.;  Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah  dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah.  Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a.,  Rasulullah bersabda maksudnya; 
 
HARI
KELEBIHANNYA
1 ZULHIJJAH
kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa
berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.
2 ZULHIJJAH
doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJJAH
doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya
4 ZULHIJJAH
Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
5 ZULHIJJAH
Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 ZULHIJJAH
Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya,
barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
7 ZULHIJJAH
pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah.  Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
8 ZULHIJJAH, 
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail.  Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.  Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.
9 ZULHIJJAH
 turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3.  Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat.  Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan.  Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu).  Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan  Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang
10 ZULHIJJAH
 adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih).  Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli  keluarganya.  Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada
Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.
Abil-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Ubaid bin Allaitsi berkata;
Sesungguhnya Allah telah menghadiahkan kepada Nabi Musa bin Imraan alaihissalam "lima doa" untuk dibaca pada hari-hari sepuluh yang dibawa oleh Malaikat Jibril a.s. 
 
Lafaz Doa (Harap dapat dirujuk kepada yang ahli/biasa dengan doa-doa ini.
Makna/Pengertian
1
La ilaha illallahu wahdahu laa syarakalahu,  lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumiitu wahawa hayyun laa yamutu biyadihil khairu wahuwa ala kulli syai'in qodier
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal dan tiada bersekutu,  semua milik/kerajaan dan pujian adalah HaqNya dan Dia Hidup tidak mati.
2
Asyhadu an laa ilaha illallahu wahdahu la syarika lahu,  ilaahan waahidan ahadan shomadan lam yattakhiz sho hibatan walaa waladan
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu,  Tuhan Yang Tunggal,  Yang Dibutuhkan,  Yang Tidak Berkawan dan Tidak beranak.
3
Asyhadu anlaa ila haillallahu wahdahu laa syariikalahu ahadun shomadun lam yalid walam yakullahu kufuwan ahad.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa,  Satu dan sangat dihajatkan, tiada beranak dan tiada diperanakkan,  dan tiada bandingan sesuatu apa pun.
4
Asyhadu anlaa la haillallahu wahdahu laa syariikalahu mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa hayyun laa yamuu tu biyadihil khoiru wahuwa 'ala kulli syai'in qodier.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu,  baginya kerajaan dan pujian,  menghidupkan dan mematikan,  dan Dia Hidup tidak mati,  di TanganNya semua kebaikan,  dan Dia di atas segala sesuatu Maha Berkuasa.
5
Hasbiyallahu wakfa sami'allahu liman da'aa laisa waraa allahi muntahi.
Allah telah menjamin aku,  dan cukup Allah telah Mendengar tiap-tiap siapa yang berdoa,  Tidak ada selain Allah tempat meminta dan berhajat.
Juga tersebut bahawa doa-doa dan kalimah ini diturunkan di dalam Injil,  dan orang-orang Hawariyyun menanyakan fadhilah kalimah-kalimah ini kepada Nabi Isa a.s.;  maka diterangkan kepada mereka fadhilah dan pahalanya yang tidak dapat dihitung oleh orang yang membacanya pada hari-hari sepuluh(dari 1 hingga 10 Zulhijjah).
Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah
Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
  • 1. Berkat pada umurnya
  • 2. Bertambah hartanya
  • 3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
  • 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
  • 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
  • 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
  • 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
  • 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
  • 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
  • 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
Amalan Di Bulan Zulhijjah 
 
HARI
AMALAN
1 hingga 9 Zulhijjah
Sunat berpuasa
8 Zulhijjah
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat
9 Zulhijjah
(Hari Wukuf di Arafah)
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji, 
·  Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
·  Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..
·  Solat sunat qabliyah asar
·  Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali
·  Membaca Laillahaillalah wahdahula....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.
·  Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib
·  Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa     bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...
·  Solat sunat tasbih
·  Solat sunat hajat
·  Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali
10 Zulhijjah 
Hari Raya Haji/Korban
Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir
 Melakukan korban
 11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik)
hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
29 atau 30 Zulhijjah
Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.
Allahu A'lam

p/s : selamat ber'amal

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

No comments: