Tuesday, November 16, 2010

hari ini belum tentu seperti impian semalam....


Andai semalam tangan si ibu memelukmu,
Namun belum tentu tanganmu akan dapat memeluknya hari ini…

Andai semalam keringat bapa dicurahkan buatmu,
Namun belum tentu  keringatmu  buat bapamu  hari ini…

Andai semalam ubi kayu yang kau jamah,
Namun belum tentu kau akan menjamahnya hari ini…

Andai semalam baju kurung yang dipakai mu,
Namun belum tentu kau akan memakainya hari ini…

Andai semalam  sinar pagi memancar ke muka mu,
Namun belum tentu kau akan melihatnya lagi hari ini…

Andai semalam kau membaca buku di rumah,
Namun belum tentu kau bersamanya hari ini…

Andai semalam kau mendengar ungkapan  cinta,
Namun belum tentu kau memilikinya hari ini…

Andai semalam kau dipinangnya,
Namun belum tentu kau akan menjadi isterinya hari ini…

Andai  semalam kau berjalan berpimpin tangan bersamanya,
Namun belum tentu kau akan  dapat dipimpin lagi hari ini…

Andai semalam kau menangis dibahunya,
Namun belum tentu bahunya buatmu hari ini…

Sesungguhnya kita insan  biasa,
Selalu alpa dengan  dugaan dimata,
Janganlah kau terlalu mengejar cinta manusia,
Sehingga lupa cinta pada YANG ESA…


‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

No comments: