Tuesday, November 23, 2010

.::: bAnGuNlAh DaRi LeNa YaNg PaNjAnG NuR ShUhAdA' :::.

Ya Allah,
kenapa dengan diri hambamu ini??
semakin hari semakin lalai 
dengan AMANAH yang telah KAMU berikan untuk hambaMu ini..

hari demi hari berlalu begitu sahaja 
tanpa menambahkan bekalan diri ini
Ya Allah,
aku tahu, masa itu emas,
aku juga tahu, masa umpama pedang, 
aku juga tahu, masa tak akan menunggu kita,
aku juga tahu, masa tak akan berundur kembali, 
aku juga tahu, masa akan mematangkan kita,
aku juga tahu, masa yang berlalu tidak akan berulang kembali,
tp kenapa dengan aku??

Ya Allah,
hidup ini umpama roda,
adakalanya kita diatas,
adakalanya kita dibawah,
adakalanya kita kedepan,
dan 
adakalanya kita ke belakang.
itulah resam kehidupan.
tetapi aku tahu, 
kita semestinya harus berusaha untuk sentiasa ke hadapan!!!
jadikan masa lalu sebagai kenangan, panduan untuk kita memperbaiki kehidupan diri sendiri..
jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam,
hari esok lebih baik dari hari ini
hari lusa lebih baik dari hari esok
dan begitulah seterusnya..
tetapi,,
bagaimana pula dengan aku???
betul kata orang dan juga aku..
musim peperiksaan adalah masa yang menimbulkan pelbagai masalah..
apa tidaknya,
hendak membaca pelbagai bahan bacaan..
tapi ini tidak bagi mereka yang study smart
dari awal lagi membuat persiapan rapi
aku???
hahahahaa...
tidak pernah berubah..
last2 minute barulah mula membuka buku2..
lepastu mulalah kalut kerana tidak tahu yang mana harus diberi tumpuan..
alhamdulillah,
aku ni bukan dianugerahkan jiwa yang mudah tension..
sekitanya tak, habislaaaah.

aku??
walaumacamanapun, tetap cool, relax, 
ubatnya kalau terasa sedikit tertekan??
senang n paling mujarab, sentiasa diamalkan...
ambik wudu',solat, baca Qur'an, tepon mak ayah, tengok gambar family..
(mak aku yang sentiasa nasihatkan)
n tak lupa juga,, tido dan makan..

disebabkan aku ni jiwa macam ni lah, so sekarang mcmana jadinya??
buku xsentuh lagi..
adoooiiiii..
paper exam 25/11 ni
pastu 27/11...29/11...3/11...4/11... 
lepastu.. horey boleh baliiiikkk..
cuti lama2..
duduk ngn family..
main2 ngn anak saudara yang ramai2...
ucu nk balik...
result??
insyaAllah..

bila lah aku nk berubah yer??
umur sekarang dah 22..
masing2 sibuk fikir pelbagai benda..
aku pun apa kurangnya..
tapi.....

takut rasanya....
kat kampung pun macam2 berlaku..
tp semua tu saya dh "tolak"
tp xtahu lah kot2 "datang" yang lain plak..
nk tergelak pun ada..
saya mampu senyu jelah..

bila "awak" nak balik ya??
belajarlah sungguh2 tau.. 
tahun depan "awak" dah boleh habis belajar..
ok la tuu.. kn3..
waa.. bestnya dah habis belajar..
saya??
lambat lagi, 2tahun setengah lagi..
pastu nak sambung MASTER plak...

ni final sem 3.. 
GOOD LUCK NUR SHUHADA!!
do your best
you can do it..
inna ALLAH ma'ani..
sedarlah dari lena yang panjang..
off fb,off skype, off movie,
on mood, on note, on light, on mind 
n ON LIFE..

(hari2 ank buah mesej,, ucu dk wat gapo?? g baco nuh, dk dumoh baca 1 slide tido.. ish3,, dk kolej kna baco banyak2.. ingat jasa orang tua n family)

maafkan hambaMu ini Ya Allah
maafkan ummatMu wahai Rasulullah
maafkan anakmu ini wahai ibu dan ayahku
maafkan adikmu ini wahai kakak dan abangku
maafkan ucumu ini wahai anak buahku
maafkan aku wahai teman2ku
maafkan aku wahai housemate dan roomateku
maafkan aku wahai seluruh ummat ISLAM... 
maafkan segala2nya..

Ya Allah,
ampunkanlah dosaku, kedua ibu bapaku, keluargaku, jiran2ku, 
sahabat2ku dan seluruh muslimin dan muslimat..
Engkau bersihkanlah hatiku dari segala kekotoran
bersihkanlah mindaku dari firiran yang sia2
tenangkalah jiwaku dalam setiap urusanku
jagailah aqidahku, 
kerana, itulah tunjang agamaMU.
jadikanlah aku hambaMu yang benar2 ikhlas kepadaMu
hambamu yang benar2 taat kepada perintahMu
hamba yang benar2 bersyukur diatas segala nikmatMu
jadikanlah aku seorang anak yang taat kepada orang tuaku
jadikanlan aku anak yang solehah, sahabat yang tidak menyakiti sahabatnya,
ummat yang patuh ajarannya, masyarakat yang harmoni serta insyaallah isteri dan ibu yang solehah serta mithali.. amin Ya Rabb.

Rabbi Yassir, wala tu'assir....
amiin

hasil luahan hati : nur shuhada che muhammad..
semoga ianya bermanfaat..


‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

No comments: