Sunday, January 23, 2011

JANGAN BIMBANG WAHAI WANITA, KITA AKAN DITEMANI LELAKI KEMANA JUA... SEKALIPUN KE NERAKA..


EMPAT golongan LELAKI yg akan DITARIK masuk KE NERAKA oleh wanita. Siapakah lelaki-lelaki malang ini?? 

1. AYAH: Seorang lelaki yang telah memberikan segala keperluan agama seperti didikan solat, menutup aurat dan sebagainya kepada anak perempuannya. Berusaha keras agar anak perempuannya hidup selesa dan berjaya dalam apa jua yang mereka lakukan. Tapi sayang anak-anak perempuannya pula tidak menutup aurat serta melakukan maksiat diluar pengetahuannya. Walaupun lelaki ini telah menunaikan segala tanggungjawabnya terhadap agama, lelaki berjasa ini tetap bakal bersama anak perempuannya ke NERAKA!

2. SUAMI: Seorang lelaki yang bersusah payah mencari sesuap nasi buat wanita kesayangan yang dikahwininya. Sebaliknya, isteri bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami serta tidak menutup aurat ketika keluar dari rumah. Ada juga isteri yang menutup aurat, tetapi keluar rumah diluar pengetahuan suami. Sekalipun lelaki bergelar suami ini soleh, dia tetap bersama isterinya ke NERAKA!

3. ADIK BERADIK LELAKI: Seorang lelaki yang kakak atau adik perempuannya yang belum berkahwin dijaga, dibantu serta dilindungi dari segala mara bahaya yang mendatang.. Kakak dan adik perempuannya pula tidak menutup aurat, keluar bermaksiat bersama bukan mahram, serta tidak menunakan solat. Lelaki ini bukan sahaja tidak mampu melindungi  kakak dan adik perempuannya, bahkan akan turut menemani mereka di NERAKA! 

4. ANAK LELAKI: Seorang lelaki yang menjaga ibunya, menunaikan segala suruhan serta taat kepada ibubapa dan agama. Malangnya si ibu tidak menutup aurat, tidak menjaga maruah diri dan agama. Ketahuilah bahawa anak lelaki kesayangan ini akhirnya besama-sama dengan ibu mereka di NERAKA!


p/s: Contoh termudah ialah apabila seorang wanita tidak menutup aurat dengan sempurna ketika keluar rumah atau bersama bukan mahram, memakai tudung tetapi berseluar dan baju yang menampakkan susuk tubuh, apabila wanita ini berdosa, maka ayah, abang, adik lelaki, suami atau anak lelakinya mendapat dosa secara percuma. Janganlah hendaknya kasih sayang yang dilimpahkan akhirnya dibalas dengan tiket ke NERAKA...
Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta keluargamu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu..."

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

No comments: