Thursday, January 6, 2011

Naib canselor IPT setuju sesi akademik bermula September


2011/01/06

GEORGETOWN: Semua naib canselor institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk memulakan sesi akademik baru pada September bagi semua pelajar mereka, bermula tahun ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Rektor dan Naib Canselor Malaysia, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, berkata perkara berkenaan diputuskan ketika perbincangan bersama semua naib canselor IPT, kelmarin.
“Kami berpandangan anjakan kemasukan pelajar IPT yang lazimnya pada Julai kepada September akan meningkatkan status universiti tempatan menjadi lebih cekap serta bertaraf global, termasuk membantu melicinkan lagi program pertukaran pelajar antarabangsa.
“Penyelarasan itu perlu kerana kebanyakan institusi pengajian di negara luar memulakan sesi akademik mereka pada September. Malah, kebanyakan IPT negara jiran Indonesia dan Filipina juga memulakan sesi akademik baru pada bulan itu," katanya. 

Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) bercakap pada sidang media selepas menyampaikan perutusan tahun baru kepada kakitangan dan pelajar universiti itu di Dewan Budaya USM di sini, semalam. 

Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dipetik sebagai berkata penyelarasan kalendar akademik IPTA dari Jun ke September, akan dilakukan secara berperingkat mulai sesi 2011/2012 hingga sesi akademik 2013/2014. 

Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke depan setiap sesi akademik supaya fasa peralihan dari Julai ke September dapat dilaksanakan mulai sesi akademik 2013-2014. 
Khaled, berkata penyelarasan itu penting dan menjadi sebahagian pendekatan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memperkukuh serta transformasi sektor pengajian tinggi negara menerusi Fasa Kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) mulai 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2015. 

Dalam perkembangan berkaitan, Dzulkifli berkata, reaksi pelajar berhubung perkara itu seharusnya tidak timbul kerana pelbagai pihak akan memperoleh banyak manfaat penyelarasan itu. 

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

No comments: