Tuesday, November 2, 2010

Koktel Bulan Madu






Bahan-bahan:
20 gm tepung kastard
25 gm gula kastor
250 - 450 ml susu cair
400 gm buah-buahan campuran dalam tin

Hiasan
15 - 20 gm gula kastor
Pewarna pilihan
Oren, nanas, epal

Cara Menyediakan:
1. Masukkan tepung kastard ke dalam mangkuk bersama gula.
2. Gaul sebati bersama susu cair 100 ml susu cair yang diambil dari 450 ml susu cair.
3. Panaskan susu yang selebihnya hingga mendidih, kemudian tuangkan ke dalam adunan kastard dan kacau hingga rata.
4. Panaskan adunan di atas api yang kecil dan kacau hingga rata supaya tidak berketul dan biarkan mendidih.
5. Gaulkan adunan kastard bersama buah-buahan hingga rata.
Untuk Hiasan:
Warnakan gula kastor dan hias di mulut gelas.
Masukkan hirisan buah-buahan ke dalam gelas dan hiaskan juga di tepinya.

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

2 comments:

Hakim Az said...

koktel mmg sedap. I really luv it :)

'Ainun Qalbi said...

a'aaa.. hr2 makan pn x jemu... huhuhu