Saturday, July 30, 2011

" AKU & 24HRS,L.I.A_D.I.Y"

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

jom sama2 meriahkan segmen ni.. walaupun ana terlambat.. tp blom tutup agy..
hi3.. dh lama sebenarnya nak menjoinkan diri.. tapi..ilham x datang..
so,, terpaksa luangkan diri, ke pantai untuk mencari ilham sendiri..
semoga ianya bermanfaat dikongsi bersama...
segmen ni dibuat oleh cik PC yang empunyanya comel molek tu...
(jangan mare yer)
( saper yang blom join agy. click pic bawah yer )


"demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian"
aku hanya manusia biasa
yang tidak bisa untuk berbuat apa-apa
tapi ada ketikanya
berasa sombong, takabur, dan angkuh
mengundang murka yang maha pencipta

aku selalu teralpa
berbuat dosa
lantas aku rasa sengsara
apabila diriku dibaluti sengsara

aku masih bernafas di dunia
tetapi seakan-akan di pinggiran neraka
yang panas membara
membakar diriku di lembah yang hina

apakah masih ada haluan dan harapan??
apakah masih ada keampunan??
untukku pada masa akan datang
sedangkan dunia ini hanya pinjaman
yang tak mungkin kekal sepanjang zaman

hari-hari berlalu, penuh penyesalan
diatas segala perbuatan yang menyimpang
lalu aku terus mencari-cari satu haluan
yang dapat membantuku kembali kepada keampunan

aku mencari, mencari dan terus mencari
tidak duduk, aku lantas berdiri
tidak berdiri aku terus berlari
aku tak peduli
tak lagi aku duduk bergoyang kaki
untuk memohon keampunan dan keredhaan ILLAHI
agar dapat merasai kebahagiaan untukku disaat-saat usia yang berbaki

aku bersyukur setinggi-tinggi pada-MU ILLAHI
kerana memberi petunjukNYA di saat ini
tidak ku lupa pada mak dan ayah
yang sentiasa mendoakanku sepanjang hari
pada guru-guru aku kagumi
atas ilmu dan didikan yang diberi
Maghfirahmu ya Allah, kuharap buat diriku ini

silih berganti malam dan siang
aku syukuri kurniannmu Ya Rabbi
sampai ke saat ini, aku masih bertahan
semoga tetap akidahku pada agamaMU Tuhan
Islam yang ku bawa,, sepanjang hari, sepanjang masa..
tanpamu mungkin ummah akan sengsara..
di dunia mahupun akhirat sana..


p/s: sama2 kita muhasabah diri sebelom ramadhan ni.. semoga setiap amalan kita diterima ALLAH maha pencipta..SALAM RAMADHAN.. :)

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum cik ainulqalbi..subhanallah, indah terungkap menyampaikan makna pengharapan disetiap celahan bait2nya..semoga Allah mengampuni segala dosa2 kita dan menetapkan aqidah kita..amin Ya Rabbal Alamin..

p/s: comel molek?bodek ke apa ni.hehe.xmain eh..;) papepun syukran sudi join ya. sebrg update cntst sila rjinkan dri jenguk PC slalu..hehe ^_6

'Ainun Qalbi said...

dop bodek pum la cik PC.. hi8... memang cakap benar tu... indah penciptaan..

Anonymous said...

^_^