Tuesday, October 26, 2010

mata, jangankau engkau menangis..


Ya Allah, jika ini adalah merupakan ujian daripadaMU, aku redha. Tabahkanlah hatiku. Berikanlah keupayaan untukku terus berjuang di jalanMU. Sepanjang aku berada di sini, ini adalah merupakan satu-satunya 'ujian'' yang aku tempuhi. Mungkin aku yang banyak bersalah, manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan, manusia mana yang tidak pernah leka, aku memohon maaf sekiranya aku yang menjadi penyebabnya. lidah lagikan tergigit. 
Tp, pada ketika itu, aku sememangnya sedang mengharapkan seorang teman yang boleh bersama-samaku susah senang kami bersama. Aku tidak akan menyusahkan semua orang. ini adalah Azam baruku.. Insyaallah aku akan cuba untuk hidup berdikari tanpa bergantung harap sepenuhnya kepada teman-teman. Cukuplah keluarga sebagai pendorong semangatku dan ALLAH serta RASULNYA sebagai peganganku. aku berharap, walaubagaimanapun kedudukan dan keadaanku, semoga imanku tetap utuh dan kukuh serta ENGKAULAH sebagai panduanku. Jauhkanlah aku daripada sifat lalai kepadaMU.
Aku memang seorang yang keras hati, degil dan sebagainya. Sbb itulah aku sebenarnya susah untuk terguris dengan seseorang, tetapi jikalau sekali ianya terguris, memang susah luka itu untuk pulih. Ya Allah, kenapa aku dianugerahkan 'penyakit' yang sebegini?? Nabi sendiri boleh memaafkan ummatnya,, inikan pula manusia biasa.. hrmm.. sudah berkali2 aku mencuba untuk membuang segala2nya, tetapi, semakin aku cuba melupakan, semakin kuat ianya datang. xsemena2, air mata akan membasahi kelopak mataku. aku sendiri tidak tahu kenapa ianya berlaku. Mungkin orang akan cakap ianya adalah perkara remeh temeh.. tapi.. nthlah....Ya Allah, bantulah hambamu yang hina ini..
Biarlah kejadian yang lepas menjadi memori dalam sejarah hidupku. cukuplah hanya ini sebagai yang pertama dan yang terakhirnya. Terima kasih kepada k.nana kerana walaupun kau kepenatan, tapi sanggup melayaniku. TQ a lot. sori sangat9, kita tau yang k.nana memang penat sangat2.. ( baru balik meredah hujan + jalan kaki dr sungai samak)tq jugak coz pandai mereka2 cerita untuk menutup asbab kenapa mataku bengkak.. hi3.. x larat nk nangis..pertama kali menangis kerana *****....
  aku harap, ianya ikhlas. semoga mendapat ganjaran dari Nya..
Semoga dengan percutian selama 3 minggu ini akan mengembalikan lagi semangatku yang telah hilang..
Rahmatilah orang yang aku sayangi selamanya..

Doaku mengiringi perjuangan kalian


p/s:      mencari seorg teman bgaikan mencari sebiji benih pokok dalam semak berduri..b'sedialah utk dilukai n jgn mngalah utk terus mncari..andai sudah kau temui,sygngilah ia sepenuh ati..
 

‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

No comments: