Tuesday, August 23, 2011

"Contest Aku Berpuisi-Gadis itu"


Gadis, 
dirimu bak bintang bersinar,
bak bulan mengambang,
memenuhi serata alam..
menjadi idaman setiap insan..

hakikatnya....
keimanan yang dicari,
kelembutan dihalusi,
ada malunya....
itulah sifat keimanan diri,
yang lahir sebati dalam diri,
menjadi pelindung mata-mata tajam,
akhlak dan maruah terjaga rapi
sentiasa dalam lindungan tuhan..

tapi kini,
semuanya telah berubah,
kerana fatamorgana dunia, 
yang serba mewah,
telah melalaikan gadis suci,
untuk terus dalam gelombang hitam..
pekat, kelam, tak menjamin kebahagiaan..
jauh dari rahmat tuhan..

Gadis...
insaflah akan dirimu itu,
siang yang panjang tak mungkin membahagiakanmu,
selamilah hatimu di malam yang syahdu,
jiwa akan tenang
meresap Nur Hidayah NYA,
moga-moga hatimu akan suci murni
semurni hati bayi

Gadis..
selamilah hatimu yang penuh kekosongan,
moga-moga kau akan kembali ke pangkal jalan,
ubahlah dirimu menjadi muslimah yang sejati,
yang sememangnya lumrah illahi,
Ya!!Muslimah yang sejati!!
lupakan kisah silammu,
yang hidup berpeleseran di jalanan,
ubahlah cara hidupmu itu,
dengan menggerak langkah,
hijrah membawa barakah
segalanya pasti berubah


p/s : thanks buat askara cinta ilahi coz sudi tag QA utk join segmen ni... moga masih belom terlambat.. :)
‎(¯`v´¯) `•.¸.•´sekiranya dia ( M.S.A ) ditakdirkan untukku,satukanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami ‎(¯`v´¯) `•.¸.•´

2 comments:

Mohamadazhan.com said...

salam sahabat puisi, mohon maaf atas perhatian yang lewat. saya terlalu sibuk beberapa waktu ni.

Pertama kali saya nak ucapkan terima kasih atas kesudian menyertai contest aku berpuisi =)

puisi indah buat si gadis, moga pelihara dirimu daripada fitnah dunia dan lelaki durjana...

Faaein Talip Roy said...

salam.. indah puisi si gadis..